Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 24, 2008

Coret-Coret


Kartun yang tersiar Isnin lalu dalam surat khabar. Kelaka lalala... ;p

‘Something is best be shut’

Memetik topik diskusi oleh Syed Putra

“to all especially batch atasan, I’m really sorry…rasa macam dah tersiram minyak pada api yang membara dan membuat kucar kacir antara dua pihak…
Sori pada semua!”

My simple answer to him is,
‘it’s not your fault dear…’

Atas apa yang berlaku…bagus juga…ia membuka mata mereka yang sebelum ini hanya memandangnya dengan sebelah mata ^_^

Segala luahan rasa, hentaman atau apa2 sahaja adalah bagus untuk memantapkan lagi sesebuah institusi. Secara peribadi, saya hanya terasa sedikit sahaja…selebihnya saya ambil sebagai nasihat dan kritikan yang membina untuk sama2 memperbaiki kualiti institusi kita. Inilah yang diperlukan, teguran sesama sendiri ke arah masa depan yang lebih baik!

Ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku…think of the bright side…dengan cara ini, ukhwah yang pernah terbina kembali bertaut. Mungkin dengan cara ini Allah ingin mempertemukan kami semula setelah sekian lama masing2 menyepikan diri.

P/s: tapi masih tak puas hati…pihak yang sepatutnya masih mendiamkan diri…tunggulah tiba masanya nanti…alasan apa pula selepas ini huhu…

10 Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah

1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit.

2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah.

3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.

4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.

5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.

6. Allah dapat melanjutkan usianya.

7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.

8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.

9. Dapat menggimbirakan jenazah yang berada di alam barzah.

10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

Thursday, October 23, 2008

Diary Seorang Lelaki

Copy daripada blog sekut tawar...tak apa kan? ;p

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairangiler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuhdengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk kepintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berseleraklelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk kedapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidakbercuci.mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masukke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendamlelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas,melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awaksakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambilmeletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balasisterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakanyang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenatdiri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yangsaya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatankadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANGBIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI......."Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengekatau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akanterus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...Best baca sampai abis!!!. It's true.To share..Dari Ilham seorang lelaki..As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadikporak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalupening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure attimes boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah,alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Bolehbelengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She'sGone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, noonce shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that,no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hariketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandidah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgategigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malasnak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikahitu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITINURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukarada pengganti.Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citerbest pun jadik tak best.Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadikrasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dahmakin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abisutkdipakai.Toiletdah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonelygini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atausetahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuhpengsan.Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kitasedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isterikita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..>So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buatkerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingatdorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best frenkita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masanikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat kejarumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yangpaling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengokbini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumahlagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...takrela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless withoutyouBagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anaksekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serbatidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidupbagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah,hati melonjak HAPPINESS!!!Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,bolehpecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silapgaya, tingkap pun boleh tercabut...And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can dowhatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumahkawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayutkat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh pontengsolat!!But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasakehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumahjadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kitasedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyerirumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup nitak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun,takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jarijemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hiduplebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan takbererti.Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in ourlife!!

Wednesday, October 22, 2008

Makhluk Tuhan Paling Sabar!

Suatu hari dalam kelas Undang-Undang Keluarga

Pensyarah bertanya kepada pelajar2nya…

Pensyarah: Setuju tak dengan saya jika saya katakan bahawa kaum lelaki lebih penyabar daripada kaum perempuan? (sambil memandang ke kedua2 arah kumpulan pelajar iaitu lelaki dan perempuan)

Pelajar2 Perempuan: Tak setuju. Mana adil puan cakap macam tu…

Pensyarah: Betul. Memang betul pun. Kalian kena terima hakikat lah kan…betul tak pelajar lelaki?

Pelajar2 lelaki: betul tu puan…tepat sekali (dengan bangga sambil bertepuk dengan kuat)

Pensyarah dengan tersenyum menjawab,

“ Betul…memang betul lelaki lah yang paling sabar. Yelah…anak dok menangis melalak2 tengah malam die boleh tak buat apa2. Bersabar je. Boleh je sambung tidur dengan nyenyak…perempuan jugakla yang tak sabar. Yang bangun dan pergi kat anak tu buat apa2 yg patut…”

Hah…selepas mendengar hujah mantap yang sedemikian…saya pun ikut setujulah ^_^ lelaki merupakan makhluk Tuhan yang paling sabar!

Sebelum graduasi…

my yummylicious ice blended capuccino ^_^

Hari ini hari terakhir kelas ‘Adab & Feqah dalam Kehidupan Seharian’ (Ethics & Fiqh in Everyday Life). Hari terakhir kami akan menghadiri kelas tersebut bersama pensyarah kami dari Turki yang baik hati ^_^

Aktiviti biasa yang kami lakukan selepas kelas tersebut adalah makan di kafe bersebelahan yang menyediakan makanan kesukaan kami iaitu…tauhu ^_^ nyum2…tapi mungkin hari ini juga kali terakhir kami makan di sini kerana selepas ini kami mungkin tidak lagi mempunyai kelas di sini. Tambahan pula, Fakulti Undang-undang yang agak jauh tidak memungkinkan kami kembali ke sini tanpa sebab yang munasabahlah.

Selesai berjalan-jalan di tempat yang dikenali oleh semua sebagai Centre, kami ternampak lori kuning itu…hehe…lori ‘Kopie Satu’ yang menyediakan pelbagai jenis minuman berasaskan kopi, my fave! Lama sudah tidak minum, jadi sebagai meraikan hari ini, saya dan sahabat masing-masing mendapatkan Ice Blended Capuccino yang sangat sedap…puas hatilah…

Bukan apa, saya dan sahabat saya ni ada macam-macam perancangan untuk dilakukan sebelum kami graduasi. Macam-macamlah usah ditanya, nanti kalian gelakkan kami pulak hehe…saya teringat kisah kakak saya dahulu ketika masih belajar di sini. Dia dan teman-teman pernah berkata salah satunya,

“Sebelum grad, kami nak try naik tangga batu caves tu…”

Ya, tangga batu caves yang tinggi melangit tu. Apabila kakak saya menyuarakan hasrat tersebut kepada Ibu, maklum balas yang diterima,

“ takde keje ke nak naik tangga tu..buang masa. Baik buat benda berfaedah yang lain…”

Hehe…sesekali terfikir juga, terfikir apa yang ada di sana, bukan mempunyai niat yang sama, cukuplah bagi saya menaiki ‘tangga batu caves’ di kampus saya sendiri ;p

Dalam pada itu, ketika sedang bercuti semester yang lalu, saya membantu makcik saya di kantinnya yang merupakan kantin mahkamah. Sementara di sana, saya berkawan dengan pengawal keselamatan di sana. Seorangnya lelaki melayu dan seorang lagi lelaki India. Di kesempatan yang ada, saya pernah bertanyakan kepada kepada lelaki India tersebut, Das namanya…tapi saya memanggilnya Devdas ;p

Saya: Apa yang ada kat dlm batu caves tu? Brapa bnyk tangga ye? Pnat tak?

Devdas: Entahlah saya pun tak pernah naik lagi..tak mahulah saya..penat saja buat pa

Rakannya yang melayu itu mencelah:

“ Dia ni Hindu murtad. Mane penah gi kuil. Dia siap makan lagi daging tuhan die tu”

Wah…begitu pulak. Tergelak saya mendengarnya. Ada jugak hindu murtad ye…ini merupakan kali pertama saya mempunyai kawan berbangsa India, beragama hindu yang murtad!

Sunday, October 19, 2008

Love the feeling...


Love the feelings of being hugged by someone who was not really close to me *wink* feels like there's already tight bonding between us :)

p/s: betul...tak tipu...tak percaya cubalah :p saya baru merasai perasaan sedemikian semalam...tak sangka ^_^

Six ways to make people like you

1. Become genuinely interested in other people

2. Smile

3. Remember that a person's name is to that person the sweetest and most important sound in any language

4. Be a good listener. Encourage others to talk about themselves

5. Talk in terms of other person's interests

6. Make the other person feel important - and do it sincerely

Saturday, October 18, 2008

Pergi Beraya

Sabtu lalu saya menerima jemputan oleh seorang teman untuk menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan di rumah sewanya bersama kawan-kawan. Jemputan yang diterima agak mengejutkan kerana saya dia menjemput saya pada hari Jumaat. Kalau diikutkan hati, mengenangkan perjalanan yang agak jauh ke sana, membuatkan saya teragak-agak untuk menerima dan justeru, saya memilih untuk memberi jawapan kemudian. Dengan semangatnya, saya terus menelefon sahabat baik untuk mengajaknya menemani dan jawapan pantas darinya membuatkan saya langsung bertukar fikiran dan dengan senang hati menerima jemputan dengan mengatakan saya akan hadir bersama dua teman saya.

Pada hari tersebut, selepas selesai kelas Kepemimpinan dan Pengurusan (Leadership & Management), kami bertiga pun tunggula bas. Bas ke Terminal Putra tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari. Dan dari sana kami turun di stesen KL Sentral pada jam 1.30 ptg. Memandangkan perjalanan kami yang masih panjang, singgah dulu solat di KL Sentral. Ohya, untuk pengetahuan, arah tuju kami adalah ke Shah Alam.

Setelah menanti selama hampir satu jam, barulah bas yang menanti iaitu bas U80 tiba. Sengaja kami tidak menaiki komuter kerana saya bercadang untuk menemui sahabat baik saya yang menuntut di UiTM. Katanya bas tersebut akan turun di Seksyen 2 dan kami akan bertemu di situ. Alang-alang sudah ke sana, langsung terfikir untuk menemui sahabat tersebut. Sudah 2 tahun kami tidak berjumpa. Kangen banget mau ketemunya ^_^

Untuk pengetahuan juga, ini adalah kali pertama kami bertiga menuju ke Shah Alam. Suatu alam yang kami tidak kenal sepenuhnya jalan ke sana. Selok belok dan liku-liku kami hadapi dengan yakin sekali (saje buat ayat mengade) ;p Berbekalkan informasi yang diberi sahabat, kami menaiki bas dengan yakin ^_^

Dalam perjalanan…jeng3…trafik macet. Kenderaan bergerak perlahan. Hujan yang lebat turut menyumbang kepada situasi kenderaan lambat untuk bergerak. Kami resah. Takut kalau2 tidak sempat untuk tiba ke sana kerana untuk kembali ke Gombak memerlukan masa yang sama dan lama juga.

Resah kami tidak lama. Kami semakin hampir ke destinasi. Namun begitu, persoalan timbul, di mana mahu kami turun? Kami saling berpandangan. Menurut sahabat, stesen akhir untuk bas tersebut adalah seksyen 2 tetapi di mana ya? Tidak kami tahu. Setiap kali bas berhenti, kami melihat penumpang turun dan naik. Saya melakukan ijtihad dengan mengatakan, kita akan turun apabila seorang sister ni turun (berdasarkan ciri2 yang dia ada, saya menganggap dia merupakan pelajar UiTM yang akan turun ke seksyen 2).

Perkiraan saya meleset. Sister tersebut turun di tempat yang kami yakin bukan stesyen akhir. Dengan yang demikian, ijtihad kedua dilakukan. Tunggu dan lihat sahaja. Kalau sesat, baru fikir cara lain ;p Dalam keadaan kilat yang agak dahsyat, saya menerima SMS daripada sahabat.

“Sini dah ribut. Kawasan asrama kite dah banjir. Tak boleh nak kuarla”

Saya membalas;

“takpelah. Takde rezeki untuk kite jumpe…waa..sedih2. promise me lain kali kite jumpe tau”

“ok. Hati2…mesti lenjun nnt. Elok2 tau.”

Tiba di seksyen 2, hujan masih lebat. Kami berlari turun, ikut berlindung di bawah perhentian bas yang telah dipenuhi manusia-manusia yang berlindung daripada tempias hujan. Dengan keadaan yang basah kuyup (kasut, stoking dan kain semua sudah basah) kami sabar menanti kehadiran teksi ke seksyen 7. Memandangkan perjumpaan dengan sahabat terbatal, kami pun menanti dan menanti. Hujan semakin lebat ditambah pula angin yang menempiaskan air hujan ke seluruh badan. Maka, basah lenjunlah semua dan kami semua telah menjadi manusia-manusia lenjun huhu

Kami menanti dan terus menanti. Menanti dan berharap ada teksi yang sudi mengambil kami dan berharap hujan akan berhenti. Setelah beberapa ketika, hujan mulai reda namun ketiadaan teksi pula membuatkan kami resah. Jam sudah hampir ke pukul 5. Berkat kesabaran dan doa ;p teksi pun tiba and off we go to seksyen 7!

Rumahnya di blok 44. tingkat dua. Kami yang masih lenjun ni pun melangkah ke rumah teman saya tu. Farah namanya. Dalam berbasah-basahan digagahkan kaki menaiki tangga. Nasib baik tingkat dua je huhu

Sampai sana, kami disambut baik. Mestilah kan. Tetamu ;p tujuan asal kami ke sana adalah untuk makan jadi apa lagi kan. Tapi, saya tidak dapat menghayati makanan dengan baik. Mungkin kerana kesejukan dan kepenatan sepanjang perjalanan menjadikan tangan saya Parkinson sekejap ;p tapi tidak bagi teman-teman saya. (bagus betul korang. ni yang wat tambah sayang ^_^)

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Shah Alam atau lebih spesifik seksyen 7 dengan menaiki kenderaan awam. Sebelum ni saya pernah bersama rombongan sekolah melawat ke kilang duit syiling, Royal Mint Malaysia di sini tetapi kedudukan spesifiknya adalah tidak diketahui ;p ini juga merupakan kali pertama saya berjumpa dengan cik Farah ni. Sebelum ni hanya jumpa di alam maya je…agak kekok juga bagi saya untuk memulakan perbualan but then my friends said that I did a good job! ^_^ *wink wink*

Setelah selesai makan-makan, jam 6.30 petang kami pun meminta diri untuk pulang. Untuk kembali semula ke Gombak bukan dekat. Pulang dengan cara yang sama. Kami Magrib di KL Sentral dah setelah itu, sempat lagi kami mencuci mata ;p shoppinglah…bukan buat benda lain ;p and I bought for myself a new dress ^_^ suke3…

Tiba di Gombak kira2 jam 11 malam. Saya serba salah sebenarnya dengan teman-teman yang sudi menemankan saya ke Shah Alam. Terima kasih kerana sudi lenjun bersama ^_^ Terima kasih kerana sudi ikut beradvencer dengan saya. Walaupun advencer saya tidak sehebat Advencer Si Peniup Ney, tetapi bagi saya, pengalaman ini sudah cukup advancer buat saya. Mungkin ini juga pengalaman manis yang dapat dikutip ketika menuntut di sini. Juga menambahkan ilmu untuk menaiki kenderaan awam ke destinasi yang berlainan pula. Selepas ini, tidak akan ada masalah untuk kembali yah ^_^

SMS
Farah: thanks sbb dtg sorila…sori sebab susahkan korang

Aku: takpe. Kalo tak wat macam ni smpai bila2 pun kita tak jumpe kan :) thanks jugak sudi jemput kami ^_^

p/s: Terima kasih Farah. Lain kali jemputlah kami lagi.


sempat posing dalam bas

hujan yang sangat lebat

muka ceria lepas makan ^_^

Piece of Cake

Sometimes, we ask ourselves:

What did I do to deserve this?

Why God let these things happen to me?

Here is the explanation..

A daughter tells her mother how everything is going wrong for her, she probably failed her Math exam, her boyfriend just dumps her for another girl. In times so sad, a good mother knows just the thing to cheer up her daughter.. "I make a delicious cake." In that moment, the mother hugged her daughter and walked her to a kitchen, while the daughter attempted to smile. While the mother prepared the utensils and ingredients, her daughter sat across to her at the counter. Her mother ask, "sweetheart, would u like a piece of cake?" her daughter replies, "sure mom. You know how much I love cake". "Alright.." the mother said, "drink some of this cooking oil". Shocked, the daughter responds, "what? !No way!!" "how about a couple of raw eggs?" to this, the daughter responded, "are you kidding?. "how about a little flour?". "no mom. I'll be sick!". The mother responded, "all of this things are uncooked and taste bad, but if you put them together.. they make a delicious cake!". God works the same way. When we ask ourselves why does He make us go through these difficult times, we don't realize the what/where these events may bring us. Only He knows and He will not let us fall. We don't need to settle for the raw ingredients, trust in Him! and see something fantastic come about!. God loves us so much! he send us flowers every spring! he makes the sun rises every morning.. And every time you need to talk.. He is there to listen. He can live anywhere in the universe.. but He choose to live in your heart!.

So, don't regret for what happen cuz it all will makes us go strong through our life..

Hrmm..it gives me and inspiration and motivation!

Thursday, October 16, 2008

Kantuk

Pertama kali saya mengenali perkataan ini adalah ketika membaca karya Faisal Tehrani. Ia adalah kata akar daripada perkataan mengantuk tetapi yang biasa kita gunakan ialah ‘ngantuk’ Minta maaflah kalau saya tersalah. Tak sempat untuk saya meneliti dengan lebih tepat dalam Kamus Dewan. Kamus Dewan bergerak saya pula ada di Jordan sekarang. Tambahan pula saya pun sedang mengantuk ni, jadi malas untuk mencari dan menelaah perkataan tu hehe ^_^

Mata jadi mengantuk kerana lega baru usai ujian Undang-Undang keluarga. Lega bukan kerana dapat menjawab dengan baik tetapi kerana tidak perlu untuk memikirkan ujian untuk subjek ini lagi ;p yang tinggal untuk difikirkan sebelum peperiksaan akhir semester ini adalah dua lagi pembentangan. Diharapkan kedua-duanya akan berjalan lancar.

Pertama kali saya mendengar kalimah ini keluar dari ibu saya ketika saya menelefonnya siang tadi,

Ibu saya: Saje je ibu kol tadi. Ibu ngantuklah. Nak tido jap.

Saya: Tak aci ibu nak tido. Nak tido jugaklah hehe…

Memikirkannya membuatkan saya tergelak sendirian. Ibu agak berbeza sedikit selepas dapat menantu ni hehe ;p

Situasi dua pula berlaku petang tadi. Saya geram dengan sahabat saya ni. Kami ber’SMS’ dan saya menceritakan masalah kepadanya. Mengharapkan dia akan memberi nasihatlah. Permulaannya baik tapi tiba2 dia senyap dan setelah seketika membalas:

Sahabat saya: ngantuk…

Rupa2nya saya seorang yang beria-ia bercerita sedangkan dia tidur rupanya…sabar sajalah huhu ;p

Sunday, October 12, 2008

Selamat Hari Lahir bro! ^_^

OKTOBER

Suka sembang // suka org yg sayang padanya // suka ambil jln tengah // sangat menawan & sopan santun // kecantikan luar & dalam // tidak pandai berbohong & berpura-pura // mudah rasa simpati, baik & pentingkan kawan // sentiasa berkawan // hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama // cepat marah // macam pentingkan diri sendiri // tidak menolong org kecuali diminta // suka melihat dari perspektifnya sendiri // tidak suka terima pandangan org lain // emosi yg mudah terusik // suka berangan & pandai bercakap // emosi yg kelam kabut // daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) // suka melancong, bidang sastera & seni // pengasih, penyayang & lemah lembut // romantik dlm percintaan // mudah terusik hati & cemburu // ambil berat tentang org lain // suka kegiatan luar // org yg adil // boros & mudah dipengaruhi persekitaran // mudah patah semangat

Fakta di atas adalah berdasarkan kajian Dato’Dr.Fadzilah Kamsah selama 25 tahun. Seronok jugak dapat baca personality kita yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar. Mungkin ada yang sama atau mungkin tidak. Fakta begini terpulang pada masing-masing sama ada mahu mempercayainya atau tidak tapi bagi saya ini adalah salah satu cara untuk kita mengenali dan memperbetulkan diri :)

Sempena bulan oktober ni saya sertakan personality mereka yang lahir di bulan ini :) yang kebetulannya abg ipar kesayangan saya, tarikh lahirnya jatuh pada bulan ni, 12 oktober 1984. Happy Birthday bro! ^_^ semoga dimurahkan rezeki dan berbahgia bersama isteri tercinta hak2 ;p



abg ipar kesayanganku a.k.a great supporter of Ayah ;p hoho

How To Install Love

A CUSTOMER TELEPHONES TECH SUPPORT FOR HELP IN INSTALLING "LOVE" ON HER COMPUTER:

CUSTOMER: Can you help me install LOVE?

TECH SUPPORT: Can I help you install LOVE?

CUSTOMER: Yes. Can you do that? I am not very technical, but I think I am ready to install it now. What do I do first?

TECH SUPPORT: The first step is to open your HEART. Have you located your HEART ma'am?

CUSTOMER: Yes I have, but there are several programs running right now. Is it okay to install it while they are running?

TECH SUPPORT: What programs are running ma'am?

CUSTOMER: Let me see... . I have PASTHURT.EXE, LOWSELFESTEEM.EXE, GRUDGE.EXE, and RESENTMENT.COM running right now.

TECH SUPPORT: No problem. LOVE will automatically erase PASTHURT.EXE from your current operating system. It may remain in your permanent memory, but it will no longer disrupt other programs. LOVE will eventually overwrite LOWSELFESTEEM.EXE with a module of its own called HIGHSELFESTEEM.EXE. However, you have to completely turn off GRUDGE.EXE and RESENTMENT.COM. Those programs prevent LOVE from being properly installed. Can you turn those off ma'am?

CUSTOMER: I don't know how to turn them off. Can you tell me how?

TECH SUPPORT: My pleasure. Go to your Start menu and invoke FORGIVENESS.EXE. Do this as many times as necessary until GRUDGE.EXE and RESENTMENT.COM have been completely erased.

CUSTOMER: Okay, I am done. LOVE has started installing itself automatically. Is that normal?

TECH SUPPORT: Yes it is. You should receive a message that says it will reinstall for the life of your HEART. Do you see that message?

CUSTOMER: Yes I do. Is it completely installed now?

TECH SUPPORT: Yes, but remember that you have only the base program. You need to begin connecting to other HEARTS in order to get the upgrades.

CUSTOMER: Oops... I have an error message already. What should I do?

TECH SUPPORT: What does the message say? CUSTOMER: It says 'ERROR 412 - PROGRAM NOT RUNNING ON INTERNAL COMPONENTS'. What does that mean?

TECH SUPPORT: Don't worry ma'am, that is a common problem. It means that the LOVE program is set up to run on external HEARTS but has not yet been run on your HEART. It is one of those complicated programming things that means, in non-technical terms, you have to 'LOVE' your own machine before it can 'LOVE' others.

CUSTOMER: So what should I do?

TECH SUPPORT: Can you find the directory called 'SELF-ACCEPTANCE'?

CUSTOMER: Yes, I have it.

TECH SUPPORT: Excellent, you are getting good at this.

CUSTOMER: Thank you.

TECH SUPPORT: You're welcome. Click on the following files and then copy them to the 'MYHEART' directory: FORGIVESELF.DOC, SELFESTEEM.TXT, REALIZEWORTH.TXT, and GOODNESS.DOC. The system will overwrite any conflicting files and begin patching any faulty programming. Also, you need to delete SELFCRITIC.EXE from all directories, and then empty your recycle bin afterwards to make sure it is completely gone and never comes back.

CUSTOMER: Got it. Hey! My HEART is filling up with really neat files. SMILE.MPG is playing on my monitor right now and it shows that WARMTH.COM, PEACE.EXE, and CONTENTMENT.COM are copying themselves all over my HEART!

TECH SUPPORT: Then LOVE is installed and running. You should be able to handle it from here. One more thing before I go...

CUSTOMER: Yes? TECH SUPPORT: LOVE is freeware. Be sure to give it and its various modules to everybody you meet. They will in turn share it with other people and they will return some really neat modules back to you.

CUSTOMER: I will. Thank you for your help.

p/s: bestnya kalau kita boleh senang2 install and delete apa2 perasaan dalam hati kita ni huhu…tapi kalau hati kita dah hancur macam mana ya? ;p

Friday, October 10, 2008

Lepas Rindu

I’m soooo excited. Baru lepas jumpa my besfren, syima td. Walaupun sekejap tp dapatla lepas rindu sikit kat dia. Lepas ni dia dah tak balik dah. Tp takpe, dia lagi setahun setengah je lagi…n then she’ll be back J Rindu rindu rindu…perasaan yang pasti dimiliki oleh setiap manusia. Tanpa rasa rindu, tiadalah rasa sayang, kan? Tidak mengapa tidak selalu berjumpa kerana apabila jarang sekali berjumpa, pasti menambah rasa rindu dan bertambah sayang apabila berjumpa setelah sekian lama. Just like what happened to me lah…setelah 2 tahun tak jumpa Syima, banyak jugak perubahan pada diri masing-masing. Yang pasti, Syima masih cantik macam dulu ^_^ malah pandai bergaya sudah! Ayat kurang asam dia untuk saya… “waaa, muka dah takde aksesori, pastu sekarang dah makin kecik, dulu semangat sikit” hehe kelakar mendengarnya sebab memang betul pun ;p

Kalau nak berceloteh pasal kami, sampai bila-bila pun takkan habis. Mesti bosan kalian mendengarnya tapi itulah pengalaman paling manis yang kami ada. Berkawan sedari sekolah rendah sehinggalah sekarang. Segala rahsia, atau apa2 sahaja pahit manis dikongsi bersama. Segala impian dan angan2 kami dahulu insyaAllah akan kami kotakan bersama. Walaupun kini kami berlainan tempat belajar, insyaAllah di hati ini kami tetap bersatu kan syima kan? Hehe

Tiba2 teringat lagu kumpulan Dehearty tu:

Dihati bersama mengembara
Tiba masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang subur
Teguh menyinar kegelapan

Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji pateri bersama ikatan teguh setia
Bersama menuju gerbang impian
Yang kita harapkan J

Best of luck to you Syima dearie ^_^…jangan lupa daku di sini. Jaga diri, jaga iman di hati. Jangan lupa cita2 kita yah :)

Thursday, October 09, 2008

Aku Kembali ^_^

Di atas permintaan ramai(ramai ke? ;p) ...aku akan cuba menaip kembali! :) Salam to all...terima kasih kerana masih setia dengan blog saya yang kurang serba serbi ni. Kalau diikutkan, sudah beberapa bulan saya tidak menaip. Sahabat2 yang setia membaca acap kali bertanya, bila mau update blog yang dah bersarang labah2 dah ni ;p Mungkin diamku selama tidak menaip ini lebih baik daripada sebelum ni di mana aku asyik merepek ;p Tapi kalau hendak diikutkan, ini blog aku, ikut suka akulah nak buat apa kan? hehe tapi aku akan cuba untuk tidak begitu lagi...at least the readers will receive something that will benefit them an me also, right? Peringatan untuk kita bersama.
Untuk pengetahuan, saya sedang online di library disebabkan ketiadaan wireless di bilikku maka ku kuatkan semangat membawa laptop ayahku ke kelas pagi2 lagi sbb nak online selepas kelas pukul 10.
Ya, saya kini masih memerah otak untuk menaip sesuatu untuk semua. Idea banyak je nak diluahkan tapi jari jemari masih belum bersetuju untuk mencurahkannya. Hmm...mungkin nanti sahaja dulu lah...
p/s: saya ada misi baru. nak tahu? tunggu....doakan misiku tercapai yah :)

Everything Happens For A Reason...

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there ... to serve some sort of purpose; to teach a lesson, or to help you figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but when you lock eyes with them, you know at that very moment that they will affect your life in some profound way.

Sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection, you find that without overcoming those obstacles you would not have realized your strength, potential, will power or heart. Nothing happens by chance or means of good luck. Illness, injury, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test the limits of your soul. Without these small tests, life would be like a smoothly paved, flat road to nowhere ... safe and comfortable but dull and utterly pointless.

People whom you meet and who affect your life, and the successes and downfalls you experienced, help to create who you are and who you become. The bad experiences are the most valuable because it is often from them that we learn the most. They are probably the most poignant and important ones. Hurt, betrayal, loss, sadness ... these are the great builders of character. Only those who have hurt and lost or have been sad and disappointed know how to truly comfort and forgive another in the same circumstances. Consider yourself blessed!

If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart to.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but because they are teaching you to love, and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate every moment and take from it, everything that you possibly can, for you may never be able to experience it again. You may not have the chance to share, talk, listen, dream, and love, teach, or enjoy that moment again.

Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. You can make of your life anything you wish. Create your own life and then go out and live it with absolutely no regrets.

Most importantly, if you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store. And learn a lesson in life each day you live.

Cakapku Lebih Baik Daripada Diammu

Pepatah mengatakan bahawa diam itu emas dan cakap itu perak, maksudnya masih lebih baik diam daripada bercakap. Tapi seorang sufi yg bernama Asy-Syibli punya hujah lain dlm mematahkan teguran seseorg yg menegurnya supaya diam, tidak bercakap.
Diceritakan bahawa pada suatu hari, Abu Bakar Asy-Syibli sedang berjln2 di negeri Iraq, dan mendengar seorg penipu berkata: " Diam lebih baik drpd bercakap."
Sedang Asy-Syibli sering bercakap krn utk mengajar, memberi nasihat dan menjawab pertanyaan2 dari org ramai.
" Kalau diammu sudah tentu lebih baik drpd cakapmu. Akan tetapi, cakapku adalah lebih baik dr diamku." kata Asy-Syibli. " Mengapa pula?" tanya si penipu.
Krn cakapmu adalah sia2 dan menipu, sedang diammu adalah lawak yg konyol. Sedang diamku adalah suatu kesopanan dan cakapku pula adalah mengandungi ilmu pengetahuan." jawab Asy-Syibli.
Al-Hujwari mengatakan: " Jika org bercakap benar, maka cakapnya adalah lebih baik dari diamnya, tapi jika org bercakap palsu, maka diamnya adalah lebih baik drpd cakapnya.

-wassalam-