Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 19, 2006

If ur boss comes to u n says:



There will be no salary increases for this year
......There are no bonuses either
......All overtime has been cancelled
No expenses will be paid......
And there will be no additional healthcare!



What will ur reaction be?


........................!






p/s: hahaha...ini baru terkejut beruk namenye...hehehe

Sunday, May 07, 2006

waaaaaaaaaa.......x dpt pegi....


Bace x kat atas tu? Waaaaaa....mereke kat sane gumbire...saye kat sini makan ati je lar...tgk kat bawah plak....



mekacih kat abg pyan sbb die siap upload peta utk kami...tapi sayer....tengok peta je laaa....xpe2 lain kali kalo nak pegi cafe sepohon kayu senang sket..

Episod Terakhir

Cerita ini semalam kat Tv3. Saper tengok? Saye tengok. Geram tahap maksima saye tengok cite tu. Geram kat suami yang tak gune tuh. Itulah contoh suami yang paling x gune…dah le jobless, pastu mntk duit kat isteri, isteri plak yang kene tanggung sume, pastu pukul plak ngn tali pinggang. Bengangnye bile tengok cite tu. Si isteri tu pun terlalu lemah. Hanya bertahan n bertahan. Tu la kaum pompuan, bile dah sayangkan (bace:takut) suami, xleh wat ape2 redhooo je..mane leh camtu…ni yang buat saye geram gile kat lelaki. Buat kwn2 ku yang bernama lelaki, jangan le kome jadik camtu, kalo x nnt tetibe plak saye jadik aktivis untuk mempertahankan hak wanita, abisla korang nnt. Bagi kaum pompuan lak, jgnlah terlalu lemah. Kalo dah tau laki x betul, lawan balik. Lawan dengan cara yang betul la. Tu la sebab pengetahuan dalam bidang undang-undang x kire syariah atau sivil PENTING! Suke watak Nasser Wahab, seorang kawan yang sangat baik. Ske tengok Eizlan Yusof pakai kot ngan songkok.. Smart n hensem..Hehe..Syabas n tahniah kepada shiela rusly kerana berjaya membawa wtak tersebut dengan baik. Lawa banget Sheila rusly mengenakan busana muslimah n tudung. Kalo diteruskan, kan bagus………..
Hari ini hari ahad. Hari ini tak ada air kat simpang pulai. Hari ini tak ada air kat rumah ;p

Saturday, May 06, 2006

10 Tabiat Rosakkan Otak....

1. Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam
darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan
nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa
mental otak.

3. Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak
terjejas atau terbakar
dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
-Pengambilan gula secara berlebihan akan
mengganggu penyerapan
protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan
mengganggu
perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam
badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan
pengurangan bekalan
oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi
masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita
mati.

7. Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan
otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan
ini akan membawa
kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di
dalam keadaan
kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh
mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel
otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih
otak kita.
Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan
otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita
kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah
keberkesanan kecerdasan
otak kita.



"Telah (jadilah) kamu sebaik-baik ummah yang
dikeluarkan untuk manusia.. Kamu sentiasa
menyuruh kepada perkara ma'ruf, sentiasa
mencegah perkara munkar, dan kamu sentiasa
beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab itu
semuanya beriman, nescaya itu adalah lebih baik
bagi mereka. Cuma sebahagian daripada mereka
yang beriman sebaliknya kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasiq."

Monday, May 01, 2006

Selamat Hari Pekerja

Selamat ari pekerja buat semua pekerja2 di Malaysia! Moga2 kita (kita???) akan menjadi pekerja yang lebih baik, berdedikasi dan bersemangat di masa hadapan..peace!

p/s: due org je yg wish epy labour day kat saye..thanks along n syim..sayang korang..muahhh ;p

Sunday, April 30, 2006

Congrats kepada mereka yg dapat matriksss

Assalamualaikum semua....dah lame saye x update blog saye nih...busy...x abis2 ngn alasan tu tapi mmg betul pun...well...kat sini nak cakap congratulations kat semua kawan2 saya yang telah berjaya mendapat matrik (betul ke ayat saye nih?) walaupun dah agak terlambat utk saye mengungkapkannya kepada kalian. Moga segala impian korang tercapai n don't forget to pray for me tau! hehe...pada tanggal 15 mei nnt bermulalah tanggungjawab korang semua utk kembali untuk menjadi pelajar yang bakal memimpin negara suatu masa nanti, insyaAllah...as for me, kenala trus bekerja until dapat tawaran from my dream university...hehe...that's my only hope sbb saye x apply yang lain. so, all the best...chaiyok2 and gambatae!

p/s: lirik lagu kat bawah ni ditujukan khas utk korg n diri saye sendiri sebagai pencetus semangat n sumber inspirasi...terimala INSPIRASI hasil ciptaan penuh oleh abgku (perasan), Suffian Amrin

Perjalanan mu masih jauh
Sayup beribu batu
Dari mula kau impikan
Gapai cita nan satu

Manapun arah yang dituju
Bermula dari satu
Aturkan langkah usah ragu
Semoga diberkati

Bersedia seawal waktu
Usah kau bertangguh
Tumpuan dan kesungguhan
Impian kan nyata akhirnya

Dugaan mengajar kita
Erti ketabahan
Cabaran mengukuh jiwa
Singkir keraguan di minda

Usaha tangga kejayaan
Usah kau lupakan
Hingga mencapai puncak jaya
dan titis pengorbanan
Dalam perjuangan
Jadikannya satu inspirasi...

MENGAPA OH MENGAPA?


Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?


Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...

...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?


Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...

...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!


Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?


Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!


Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoakan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul K-Karim?

Saturday, April 29, 2006

Friend and Best Friend


Friend: Calls ur parents by Mr. & Mrs.
Best Friend:
Calls ur parents dad & mom

Friend: Has never seen u cry
Best Friend: has always had the best shoulder to cry on

Friend: Never asks for anythin’ to eat or drink
Best Friend: Opens the fridge and makes himself at home

Friend: Ask u to write down ur number
Best Friend: They ask u for their number ( cuz they can’t remember it!)

Friend: Borrows ur stuff a few days then gives it back
Best Friend: has a closet full of ur stuff

Friend: Only knows a few thing ‘bout u
Best Friend: Could write a biography on ur life story

Friend: Will leave u behind if that is what the crowd is doing
Best Friend: Will always go with u








p/s: who's u to me???





Through a Rapist’s Eyes ( no joke )

A group of rapists and date rapists in prison were interviewed on what they look for in a potential victim and here are some interesting facts:

1) The first thing men look for in a potential victim is hairstyle. They are most likely to go after a woman with a ponytail, bun, braid or other hairstyle that can easily be grabbed. They are also likely to go after a woman with long hair. Women with short hair are not common targets.

2) The second thing men look for is clothing. They will look for women who's clothing is easy to remove quickly. Many of them carry scissors around specifically to cut clothing.

3) They also look for women on their cell phone, searching through their purse or doing other activities while walking because they are off guard and can be easily overpowered.

4) Men are most likely to attack & rape in the early morning, between 5:00 a.m. and 8:30 a.m.

5) The number one place women are abducted from/attacked is grocery store parking lots. Number two is office parking lots/garages. Number three is public restrooms.

6) The thing about these men is that they are looking to grab a woman and quickly move her to another location where they don't have to worry about getting caught.

7) Only 2% said they carried weapons because rape carries a 3-5 year sentence but rape with a weapon is 15-20 years.

8) If you put up any kind of a fight at all, they get discouraged because it only takes a minute or two for them to realize that going after you isn't worth it because it will be time-consuming

9) These men said they would not pick on women who have umbrellas, or other similar objects that can be used from a distance, in their hands.

Keys are not a deterrent because you have to get really close to the attacker to use them as a weapon. So, the idea is to convince these guys you're not worth it.

10) Several defense mechanisms he taught us are: If someone is following behind you on a street or in a garage or with you in an elevator or stairwell, look them in the face and ask them a question, like what time is it, or make general small talk: "I can't believe it is so cold out here", "we're in for a bad winter." Now you've seen their face and could identify them in a line-up; you lose appeal as a target.

11) If someone is coming toward you, hold out your hands in front of you and yell STOP or STAY BACK ! Most of the rapists this man talked to said they'd leave a woman alone if she yelled or showed that she would not be afraid to fight back. Again, they are looking for an EASY target.

12) If you carry pepper spray (this instructor was a huge advocate of it and carries it with him wherever he goes,) yell I HAVE PEPPER Spray and holding it out will be a deterrent.

13) If someone grabs you, you can't beat them with strength but you can by outsmarting them. If you are grabbed around the waist from behind, pinch the attacker either under the arm (between the elbow and armpit) OR in the upper inner thigh VERY VERY HARD. One woman in a class this guy taught told him she used the underarm pinch on a guy who was trying to date rape her and was so upset she broke through the skin and tore out muscle strands - the guy needed stitches.

Try pinching yourself in those places as hard as you can stand it; it hurts.

14) After the initial hit, always GO for the GROIN. I know from a particularly unfortunate experience that if you slap a guy's parts it is extremely painful. You might think that you'll anger the guy and make him want to hurt you more, but the thing these rapists told our instructor is that they want a woman who will not cause a lot of trouble. Start causing trouble, and he's out of there.

15) When the guy puts his hands up to you, grab his first two fingers and bend them back as far as possible with as much pressure pushing down on them as possible. The instructor did it to me without using much pressure, and I ended up on my knees and both knuckles cracked audibly.

16) Of course the things we always hear still apply. Always be aware of your surroundings, take someone with you if you can and if you see any odd behavior, don't dismiss it, go with your instincts!!!

Thursday, April 13, 2006

anonymous???

Saye baru prasan kat comment pada tajuk yang sayer tulih 'what a lovely day' ade org bg msg kate die leh tunjukkan kafe aza..sape yek? jika andalah orgnye please bgla tau awk saper...sajer nak tau jer..........

Pengunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz
"MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai
atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2censored atau
bila anak2 kita buat perangai nakal.
Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY
atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by
Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat

"something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah
makanan yang
sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.
Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg
tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah
"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah)
ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Wallahulam.

Sunday, April 09, 2006

the journey continue...

assalamualaikum...rasenye cam dah lame tak update blog sayer nih...nak wat canne kan...banyak sangat keje kat ofis yang hendak disiapkan...kerja sayer bertambah skrg sebab sayer kene tolong account department dengan kerja2 mereka yang sangat banyak sebab bulan 6 nanti mereke kene hantar sumer dokumen yang berkenaan kepada auditor mereka...akauntan kat situ Ms. Lee yang saye baik bangat dengan die bising2 kat saye suruh saye jgn berhenti...die kate kalo xde saye susahla...heheh...xdelah...ni pun die suruh saye siapkan sumer keje before jun that's mean bulan mei la kene siapkan..saye pun x konfem sangat bile dapar tawaran masuk u so untuk menyelamatkan keadaan saye kene siapkan sebelum saya melangkahkan kaki keluar dari ofis ituuuuu...ni sebenarnye nak citer pasal hari yang saya pegi kl arituh...1 april 2006... pesta buku antarabangsa kat pwtc...x sangke papa akhirnye mengizinkan selepas berpikir panjang tetapi ditemani oleh mama dan adik kecik yang tercintak...tu ayah x harap kat saye lah tu nak gi sorang2...well, sumernye ok...bile sampai je kakak saye kat pudu kitorg pun naik lrt gi trus ke pwtc...ramai banget orang kat sane...cam tengah bertawaf plak...gi la cari buku faisal tehrani...jenuh nak carinye...sayer dah agak saye pegi pon lambat so misti dah abis tapi yang buat saye bengang tu biler tanye kat mereka yang berkenaan pasal buku tu mereka jawab..."saye x pastila..cube cari kat sebelah sane" itu okeh lagi..."buku tu karya saper? sayer x penah dengar punn..." Ya Allah, geramnye saye..ok lagi kalo die cakap minta maafla buku dah abis ke...ok gak...takkanla mereka yang bekerja kat dunia buku taktau pasal buku faisal yang fofular tuh...saye pun dengan bengang masuk gerai ikim belila buku pengembaraan ibnu battutah...puas ati...dapat beg free skali...so, that's the only books that i bought there...marah saye cam ilang sket bile gerak telagabiru dok pasang lagu dalam album baru saujana tuh...jalan sehala...sejuuk ati sket...ibu plak beli buku rahsia bisnes org cine manakala adikku ai'syah beli buku cam beli coklat...ai'syah nak ni, nak ni...budak ni memang gile buku...kat umah tu berlambak buku die...x reti bace lagi pun nak beli buku citer...biarla die...pastu jam dah kol 1.30 gi solat dulu...n duduk utk tunggu saujana n nowseeheart...kate kol 3 leh tahan lagi...tetibe ade sorang brother ni elok jer pi tuka ke kol 4...kalo dah camtu xperla, kate hati saye...mungkin xde jodoh nak jumper arini...syian kat ibu n adik penat so kami pun pergi meninggalkan pwtc...dalam ati, due2 pun sayer x dapat, buku dicari x ade...nak jumpe saujana pun x berkesempatan xperla...kol kawan sayer azzahra, ja for short...die kate die baru nak pegi so saye cakap surh die tolongla tangkapkan gamba diorng pastu suruh die emel kat sayer...tapi malam tu saye tepon die kate saujana x datang, nowseeheart jer...yeay...suker saye...at least xdela rase rugi sangat...saye jugak gumbira dapat cari jugak buku yang dicari tapi saye kene pegi 3 buah kedai buku nak melengkapkan koleksi dan kiriman dari kwn...x kesah walau penat janji puas ati...berbaloi gak pegi...pasni dah tau dah cane nak gi kl tp bak kate anak sedare saye...kl tu ganas tau! hahaha...memang pon...





Tuesday, April 04, 2006

Menyembah Atau Mengadap Kaabah?

Ape kita nak jawab kalau ada orang bukan islam tanye:

"Orang islam kata tak boleh sembah itu patung, pokok, dan benda2 lain selain tuhan Allah...tapi kenapa orang islam sendiri sembah itu rumah empat segi dekat mekah?"

JAWAPAN: Orang Islam menyembah Ka?abah ?? sebagaimana orang-orang bukan Islam menyembah Jesus Christ, patung-patung dan gambar-gambar ??.

Jawapannya : Sebelum dijelaskan jawapannya, rasanya elok lah kita adakan perbandingan di antara maksud ?menyembah? (ibadah) dengan ?mengadap? (tawajjuh).

Beribadah : Ialah melakukan sesuatu amalan kepada yang disembah dengan penuh harapan, takut, hormat dan penuh rasa rendah-diri di samping,dengan menjaga adab-adab dan disiplinnya, di masa yang sama, kita melahirkan keagungan dan kebesaran Yang Disembah (Ma?abud).

Mengadap : Mengarahkan dan menjuruskan muka dan seluruh anggota-badan kita ke satu arah iaitu arah hadapan kita.

Itulah definasi ?menyembah? (beribadah) dan ?mengadap? secara sepintas lalu.

Allah Ta'ala sebagaimana di dalam Surah al-Baqarah (ayat 149-150 ) tidak pernah menyuruh umat Islam MENYEMBAH Ka'abah dan selain Allah Ta'ala. Bahkan sebenarnya, hanya MENGHADAPKAN diri-diri mereka ke arahnya. Kerana itu dinamakan Ka'abah itu sebagai KIBLAT iaitu (satu arah yang dihadapi). Ianya sebagai wasilah (alat) kita di dalam beribadah, bukannya "ghoyah" (matlamat) kita, kerana ghoyah kita adalah Allah Ta'ala.

Ianya juga diciptakan Allah Ta'ala, sebagai SIMBOL kesatuan umat Islam. Iaitu semua umat Islam tatkala menunaikan solat, mereka semua bersatu dan sama-sama menjuruskan badan-badan mereka ke arah Ka'abah, manakala hati-hati mereka dan perasaan serta doa mereka dijuruskan kepada pencipta Ka'abah itu, Allah Ta'ala.

Andainya Ka?abah dihancurkan, sebagaimana pernah dilakukan oleh Tentera Qaramitoh drp Bahrain (mereka ni bermazhab Batiniyyah) satu ketika dahulu, umat Islam tetap tidak hilang punca untuk beribadat. Mereka tetap mendirikan solat kerana Allah Ta?ala dan untuk Allah Ta'ala. Dan kalaulah, Ka?abah dihanyutkan ke laut ?( sekadar contoh ), maka umat Islam akan tetap mengadap ke arah asal Ka'abah di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, bukannya ke arah di mana Ka?abah itu dihanyutkan.

Manakala non-muslim pula , mereka tidak menggunakan salib dan patung-patung sebagai wasilah sahaja , bahkan mereka sembah juga salib dan patung-patung itu. Dalilnya, kalau tiada salib, gambar Jesus Christ, patung-patung dan altar, bolehkan mereka menunaikan ibadah mereka ?. Tentu sahaja tak boleh ?.

Hatta, kalau kita pegang patung mereka dan kita gerakkan patung-patung sembahan mereka ke kanan dan ke kiri, di masa mereka mengadap ke arah patung-patung mereka, mereka pun turut akan ke kanan dan ke kiri. Dan kalau kita , gerak-gerakkan patung-patung mereka, mereka pun sama bergerak-gerak seperti itu, tak ubah macam orang berjoget-joget.

Kerana itu, non-muslim selalu bertanya diri-diri mereka sendiri : ?Bagaimana kita mahu sembahyang kalau tak ada salib, gambar Jesus, buah-buahan, colok-colok dan patung-patung :-/ .

Walhal, umat Islam, kalau tiada sejadah, mereka tetap boleh mendirikan solat, asalkan tempat didirikan solat itu suci. Kalau tiada masjid dan musolla (surau), mereka tetap boleh mendirikan solat.

Kiblat dihadapi dan dijurusi daripada satu sudut sahaja. ( Jurusan kiblat bagi kita di Malaysia ialah di arah Barat Laut , satu jurusan saja bagi setiap negeri, bukannya di KL orang mengadap ke arah Barat-Laut tapi di Johor Bharu pula mengadap ke arah Barat-Daya ), Walhal, patung-patung sembahan non-muslim diletakkan di berbagai arah dan penjuru. Tiada lambang kesatuan ibadah di antara non-muslim apatah lagi, tuhan-tuhan dan patung-patung sembahan mereka pula berlainan di antara satu sekte (puak) dengan puak yang lain, walaupun daripada agama yang sama. Contohnya ada patung Budha yang buncit perutnya, ada pula yang kurus dan bertelinga panjang, Hinggakan pernah Al-Fadhil Ustaz Hussein Yee ( bekas pendakwah PERKIM ) menceritakan pengalamannya berdakwah di Texas, USA pada tahun 1995, beliau bertemu dengan sekelompok orang-orang kulit hitam USA yang menyembah patung Jesus Christ yang dicat dengan warna hitam sebagai satu respon di atas tindakan orang-orang putih USA yang memandang rendah kepada mereka.

Nampaknya, non-muslim tetap tidak berjaya untuk kelirukan umat , bahawa umat Islam ni menyembah Ka?abah. Dan memang tak serupa langsung cara ibadah kita dengan mereka. Dan kalau ditanya kepada budak darjah satu sekali pun , dia tetap tahu bahawa dia sembahyang ke arah Kiblat bukanlah menyembah Ka?abah itu. Dan tak pernah ada ibu-bapa muslimin, walaupun yang jahil sekalipun, mengajar anak mereka MENYEMBAH Ka?abah ataupun bermohon kepada Ka?abah, tetapi BERIBADAH HANYA kepada Allah Ta?ala dan BERMOHON (doa) kepada-Nya.

Kita mengadap ke arah Ka?bah ketika SOLAT dan mengelilinginya (towaf) ketika melakukan ?umrah dan haji adalah KERANA menghormati dan menjunjung perintah Allah Ta?ala. Bukannya kerana menyembah Ka?abah itu.

Samalah seperti kita diminta oleh ibu-bapa kita agar mandi di dalam bilik air, lalu kita turuti, maka adakah ini ertinya ?kita menyembah bilik air? ??. Tidak sama sekali !!!?.kecualilah kalau yang memikirkan sedemikian adalah orang-orang yang kurang siuman.

Thursday, March 30, 2006

Women's Right ( got from someone actually)

> > Please forward..
> >
> >
> > I was talking with a lawyer friend of mine. We were discussing the law
> > and
> > women`s rights. She told me about this incident - a young girl was
> > raped
> > by a man posing as a plain clothes officer; he asked her to come to the
> > police station when she and her male friend didn't have a driver`s
> > license
> > to show. He sent the boy off to get his license and asked the girl to
> > accompany him to the police station. Took her instead to an isolated
> > area
> > where the horrendous crime was committed.
> >
> > Infact, the law clearly states that between 6 pm and 6am, a woman has
> > the
> > right to REFUSE to go to the Police Station, even if an arrest warrant
> > has
> > been issued against her. It is a procedural issue that a woman can be
> > arrested between 6pm and 6 am, ONLY if she is arrested by a woman
> > officer
> > and taken to an ALL WOMEN police station. And if she is arrested by a
> > male
> > officer, it has to be proven that a woman officer was on duty at the
> > time
> > of arrest.
> >
> > It is good for us to know our rights. To what extent it comes of use
> > remains to be seen in any situation. But as they say, knowledge is
> > power.
> >
> > Just thought I`d share this with you.
> >
> > I did not know this and am sure lot of us will not know this- please be
> > informed..... And pass on this info to whom all u know.......
> >

Tuesday, March 28, 2006

latest hairstyle

alternative car lock

Monday, March 27, 2006

Debat Perdana

Sape tengok debat perdana semalam?? Wa…best gile…rugi sape x tgk…tajuknye x ingt sangat sebab saya pun bukak lambat sikit malam td. Lebih kurang macam ni la ‘Kesopanan dan Kesusilaan dlm Membentuk Masyarakat…’ tu jela yang saye ingat pun. Yang bestnye, dapat tengok diorang gaduh…I mean, perdebatan mereka la…hujah2nye memang mantap especially daripada pihak pembangkang, Setiausaha Agung DAP, Y. Bhg. Lim Guan Eng, kalo x silap saye la…silap jangan marah…daripada pandangan saya, ape yang diperkatakan oleh saudara Lim tu amat betul sekali, reality…saya paling suke kenyataan beliau yang ditujukan kepada pihak kerajaan, CEMERLANG, GEMILANG jangan TEMBERANG. Betul la seperti yang dikatakan Pak Lah yang mahukan rakyatnya CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG, tapi betul gak ape yang dikatakan saudara Lim tu, jangan temberang tul la tu sebab ape yang kite tengok sekarang ni, sumenye temberang belaka. Tanak cakap lebih2 lak, sebab saye pun bukan arif pun dalam bidang ni. Yang pasti, debat malam td memang best! Ahli panel yang sangat aktif dan tidak bias membuat penonton terlena. Patut kalo ade perdebatan macam ni, diharapkan agar para ahli panel lebih aktif dan penuh dengan hujah seperti yang berlaku pada malam tadi agar dapat menarik lebih ramai lagi penonton untuk menyaksikan program yang sangat berinformasi ini. Lagi satu, nak promote kat sume yang remaja yang ade astro kat umah ke kat u ke, hari khamis kol 8.30 mlm, tengokla Hijrah Remaja. Minggu lepas punye topik sangat menarik dan yang best lagi, ade Ustaz Akil Hayy pengacara die pun not bad! ;) hehehehe…

Saturday, March 25, 2006

What a lovely day...


Hari ini saye amaaat gumbira…kenape yek??? Hehe…first of all, assalamualaikum…to all of u…dah lame x update blog ni. Asyik sibuk je kat ofis…nak curi2 online pun agak susah tp hari ni akhirnye…berjaya gak online dengan tenang dan decided to update my blog. I’m soooooooooo happy because mlm tadi kat carta ikim dapat dengar Saujana n Nowseeheart on air!!!! Daripada ngantuk n dah ready nak tido, trus segar bugar. Itu pun nasib baik sbenanye. Slalu mlm jumaat, sblm tido kol 10 tu saye bukak dulu radio nak tau sape artis jemputan carta ikim. Kalo artis nasyid lain saye tak kesah sangat, trus tutup n zzzzz…tp mlm td saye lambat skit bukak radio sebab nak tgk jap cane cite bridget jones kat tv3 mlm td. Bile dah bukak tu saye trus dengar diorg kate Nowseeheart. Saye x kesah sgtla walaupun minat gak kat nowseeheart tu tp time nk tutup suis dah tu tetibe dengar dj erwan kate; “ha, itu pun azalinor dah sampai”. Azalinor??? Bukan azahari ke nowseeheart, azalinor saujana laaa. Tapi baru saye prasan yang ustaz erwan jemput due2 kumpulan untuk promosi album JALAN SEHALA diorang. Laaaaa….saye pun trus duduk x jadi nak pegi tido. Habis je lagu no 10 diputarkan, trusla dapat dengo sore mereke especially abg pyan. Haha…abg pyan memang camtu, diela yang paling banyak cakap n menceriakan suasana sampai ustaz erwan kate camni: “saya rasa agak rugi kerana dapat mengumpulkan dua kumpulan ni ( yela, bile due2 dah gabung, kurangla artis jemputan n kurangla yang dapat bercakap ) tambah2 pyan ade kat sini..” haha.. Memang gelak la saye…azahari nsh takde mlm tu. Faizul n izdwan pun x dapat mlm tu. Tp still best lagi gabungan due adik-beradik ni. Kecoh konti ikim tu…dengar macam2 la yang dicelotehkan oleh mereka tentang album diorang tu. Saye dah beli so, dah tau la cane album tu. Best…sume lagu best2. So, bagi sesiape yang belum dengar lagu dalam album tu, cepat2la pegi beli. Warne pink…my faveret kaler…





Banyak gak dapat information pasal diorang malam tadi. Yang agak terkezut skit azalinor bukak kafe yang diberi nama ‘Kafe Sepohon Kayu’…wa…terer la abg aza! Tercapai gak impian nak jadik businessman. Kafe tu kat kajang. Kat mane tu saye pun tak tau…kene cari sendirila. Saye x sabar2 nak sampai tanggal 1 April. Hehe nape? Sebab aritu, Saujana n NSH ade kat Pesta Buku kat PWTC. Doakan saye dapat pegi. Kakak saye kate ok je tapi saye x mintak permission dr ibu n ayah lagi. Mintak cuti dari bos takde masalah sangat kot (harap-haraplah!) Mule asalnye nak gi pesta buku nak beli novel Faisal Tehrani n buku2 lain la tapi, beli dapat tau je Saujana kat sane, mmg bestla. Kalo boleh dapat la jumpe mereke.. yela..saye ni minat je diorg tapi x penah tengok mereke secare live n x pernah pun pegi konsert diorang. Wish me luck key…okeh…till then…





gamba Saujana waktu diorg menang anugerah carta ikim 2004. Dapat no. 2 dengan lagu Lakaran Minda

Wednesday, March 15, 2006

Cara-cara Nak Cover Malu

1. kalo tersepak batu:

Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...

lepas tu baru bgn bila takde org nampak..





2. kalo terjatuh beskal:

cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...





3. kalo terjatuh tangga:

trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...





4. kalo terjatuh dlm longkang:

pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat,

pasti org menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap kebersihan...





6. kalo terjatuh di dpn bus stop:

terus buat2 pengsan sehingga ada org membantu anda..

kalo takde..baring trus sampai mlm dan takde org lagi kt bus stop tu...

haa... ni lah masa sesuai utk bangun semula... .





7. kalo jatuh tergelincir kt lantai licin:

tarik la kawan (atau sesiapa yg ada kt sebelah anda) utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt malu... ye tak?...