Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 21, 2013

SPM

Hari ini keputusan SPM keluar. maka berdebarlah sekalian calon ya..Tahniah bagi mereka yang lulus dengan cemerlang. bagi yang tidak, jangan khawatir, perjalanan anda masih panjang.

ceewah...ayat biasa kita dengar kan? hehe

kat radio pun topik ini hebat diperkatakan. masing-masing pun dok sibukla cerita pengalaman amik spm dolu2...gue dulu, thanks to my cousin yang  kerja di Kementerian Pelajaran, dapat tahu result awal, jadi mase amek tu, cool je..amek dengan penuh bergaya...kunun la kan... padahal masa tahu awal-awal tu, takut gila sebab my cousin tu tipu, dia siap marah and keciwa campur tidak percaya yang bm saya fail.

BM fail? memang gila nak nangis time tu. nasib baik tipu je. kalo betul malu jek jd orang melayu hohoho...

result spm saya sangat ohsem sampai sistem uitm tak boleh terima. tak caye? tengok gambo kat bawah...


kan? semua pro kat situ so hebat sangat sampai tak tercapai dek akal sistem tu...kehkehkeh...sory uitm..jangan marah na...

sory iiu, 
bukan takmo pergi ke kamu, 
tapi uang perbelanjaannya sungguh ku tak mampu,
moga peringkat master ku mampu ke situ.

Ameen!

 

Monday, March 18, 2013

4got to tell, like anybody cares!

sudah hampir lapan bulan dia pergi. sudah hampir 3 bulan saya di tempat kerja yang baru. eh, lupa nak bagitahu. ye..saya dah tukar tempat kerja. alhamdulillah kerja bertambah. dengan bertambahnya kerja yang bertambah-tambah, dengan itu mengalihkan fikiran gue dari memikirkannya. tapi bila dah tak sebok dah, mesti sedih. sekarang dah beransur ok sikit. dlu kalo teringat, mesti nangis tp sekarang kalo teringat, x sedih dah...kadang tergelak sorg2 sebab teringatkan semua yang manis2 :) walapun terasa bile orang2 cakap, bf je pun, yang sedih sgt tu kenapa...xpe2...nanti korang rasa sendiri ye.

well, ya...am in new place with my own room now! disebabkan kerja berlambak, x sempat nak decorate cantik-cantik lg...akan berusaha ke arah itu ye kawan-kawan...

kenapa tuka? ya..nanti saya cerita bab itu...sebab tetiba teringat kena carik kes untuk hujahan hehehehe...ciao!

p/s: terimas semua atas sokongan dan dorongan yang bisa buat gue tabah!

Sunday, March 17, 2013

saya sayang ecah, tiba-tiba

tiba-tiba gue sayang gilak sama ecah.

heh.

masa sesi masak memasak, ecah kantoi bgtahu ibu bf noje.

pastu ibu ibu tnya pulak kat dia:-

"bf angah sape?"

ecah blur: 'angah? angh ni?'

"yela sape lg" 

ecah: 'ooo bf angah abg airil...'

saya senyum gila2 sambil tahan air mata...tengkiu mek...soryla angah salu marah2 kamu huhuhu  








Ameen ya Rabb!

kerja paling malas

di antara kerja yang paling malas saya buat adalah:-

mengarang surat (--')

memanglah masa sekolah dlu, kalau nak skor penulisan, buatla esei menulis surat sebab senang. ikut je format. kompom dapat markah.

tapi masa sekolah senang. dah kerja ni, susa woo...i started writing letter formally when i work with an employment agency back then. because i'm the ONLY malay there, my boss make sure that i prepare all types of draft letter before i leave the company.

ble dah smbung belajar, dah kerja, bestla jugak ada kerani yang akan taipkan surat. tapi mereka taip surat simple-simple je. kalau surat yang susa tu, jenuh perah otak weh...tambah2 surat nak advice client. 

tapi dah tuka firm ni, surat simple pun kene taip sendiri :( takpe2...persediaan nak bukak firm sendiri nnt ceewah..

ni satu hal lagi, chairman suh taip surat pasal tajuk bawah neh,

Residents want Tamil interpreters at Teluk Intan court
Compiled by NG SI HOOI, NICHOLAS CHENG and A. RAMAN

INDIAN residents in Teluk Intan want Tamil interpreters at the Teluk Intan magistrate court, Makkal Osai reported.
They are unhappy there is no Indian interpreter working in the court now after three interpreters were transferred earlier.
The newspaper said many court cases had to be postponed to allow the court to bring in interpreters who were fluent in Tamil.

 -copy from the star online.

'Nurul, prepare a letter in malay address to hakim kanan bla3...nurul write a letter to secretary of Dato' Z bla3...'

sampai ble la baru nak habis mengarang surat neh..uhuk!

p/s: perkara saya paling malas buat= kemas katil!!! woha (gelak+macam+hamka) 




Saturday, March 16, 2013

A Whisper Of You


Tears streak my face
rolling silently down
where there once was a smile
is now only a frown.
Loneliness consumes me
but my love for you does too
all thats left in my head
are whispered images of you.
Half of me is missing
half my heart and soul
I'm trying to remain strong
but I'm slowly losing control.
I can't catch my breath
my chest feels so tight
if only you were here
to get me through each night.
I can barely recall
the feel of your skin
a whisper of you
is all I can summon from within.
I can't seem to remember
the curve of your face
the way that you smell
things only you being here can replace.
Gone is the sound
of your laughter on my ears
now all thats left
is the salty taste of my tears 



Friday, March 15, 2013

kalah

Tadi ada kes dengan Mr. Object Evrything...tapi walaupun dia suka object evrything, he's a nice man actually...penah sekali masa refreshment after talk, i clumsily tertumpahkan air kat lantai, dia yang cepat2 lapkan...baik kan baik kan?...dun get wrong, he's an old man. expert in mediation and normally if his bundles tak tebal, memang tak sah.

kes pagi tadi untuk hujahan secara lisan...saya dengan bergaya nye selepas fuh2 sket majistret tu, perasan hebatla...mesti ok punye...siap dengan case to support lagi okay tapi ble start je pakcik tu putar belit, tengok muka puan, hemmm...kompem kalah aku ni...

huhuhu..ya Allah, lembutkan hati Puan Rahimah yang comel tu...Ameen (dalam hati nebes tunggu 2 apr) 

happy week-end people!

By the way, today is EVERYTHING-YOU-DO-IS-RIGHT DAY...so buatla apa saja yang betul ye korang!

Wednesday, March 13, 2013

mim alip lam sin


currently at the office. kerusi i yang macam bos ni dah rosak kenapa entah. tunggu abg despatch ni repair dari semalam lagi. so kepala pening sebab melangut tengok komputer sebab kerusi rendah. pastu malas nak wat keje hahahaha...alasan...tak produktif langsung...kunun nak bagi inspirasi kat adik2 chambie petang neh heh~

Monday, March 11, 2013

suku abad

it's 11th March! Normally at 11.30 he will start to call me in order to make sure that he'll be the first. But this year, feels different. in order to remember it, i shutdown my phone and sleep like a baby.

Thank you to fb, so many wishes coming in. Today at court, apart from waiting for my case to be called, i replied all the wishes until my battery nearly dies. Even tho no alice in wonderland, no tgf, no secret recipe but sangat bersyukur when frens at court yelling happy birthday so loud until evryone knows and burns my cheek. Not to forget the court's staff singing happee birthday happily which really brighten my day.

thanks to my beloved bro-in-law who wishes me  to become like harvey spector and to my lovely sis for the bag wic i perasan it look alike mike ross's :p

oh, n mummy n daddy n my two gediks sista; our makan2 at hadramawt as usual, thank u so much.

my TCA frens! for the cakes and luvly lunch, thanksalot kalian.

to my perak bar staff, thank you for the cakes also.

this year, they all really makin me tembam kan?


so that's it. gotta continue workin...till then...

p/s: wish u were here :)

Saturday, January 12, 2013

Indeed you are ;)


Tuesday, January 01, 2013

Twenty Thirteen

is it real? am i still alive? yah i know i'm not been writing quiet a loonggg time. just heard the fireworks. happy new year people! azam tahun baru nak cuba menaip kembali hehehe...that was what i always pledge kan? hik2 but as usual, it's my blog so it is up to me...

so many things happen. my other half is not here with me anymore. dat's means i'm living myself halfly. he'd taken away the other half of me with him and i'm sure i'll be joining him one fine day.

until then.

rindu sangat-sangat sampai demam. 

Because of YOU my life is beautiful. Alhamdulillah.

al-fatihah. tunggu saya ye babang! *hugss*

Wednesday, January 04, 2012

Siapa bos?

Aku kuli je...pernah jadi kuli untuk beberapa bos yang beraneka ragam.

Tapi sebelum jadi kuli, aku pernah jadi usahawan yang berjaya. Seawal umur 7 tahun sehingga tamat sekolah rendah, aku merupakan peniaga sticker dan bookmark.

Syok! Macam-macam gambar dan antara yang popular jaman itu adalah pelekat sailormoon, pelekat perempuan kiut-kiut from all over the world and much more.

Yang bookmark tu pulak idea asal untuk jual kumpul duit persatuan, tapi lepas tu sangat seronok buat bookmark sampai buat sendiri banyak-banyak dan jual... hahaha

Best! Seronok sangat.

Seronok cari duit. Seronok sampai buat macam-macam masa sekolah menengah untuk kutip duit kelas banyak-banyak supaya dapat beli hadiah paling besarrrrrrr untuk ustaz karim! ^_^v

He he he...cari duit sampai gaduh-gaduh dengan prefect. Memang best...itulah antara kenangan terindah jaman sekolah dahulu kala (ohh aku sudah tua!)

Back to the ‘kuli’ thingy, first time jadi waiter kat waritha. From 6pm to 3am. Gaji rm20 sehari. Kalau lambat datang, rm15. Itu adalah waktu selepas PMR.

After SPM and after Matric, jadi kuli kat sri anika. 9am to 6pm. Gaji rm800. Best! Boss hemsem2 teehee :p

Jadi kuli kat kantin pun pernah juga. Tapi itu tidak dikira sebagai kuli sangat kot.
Sekarang?

Ha, memang jadi kuli full-time pon. Jadi chambie paling miskin kat ipoh yet masih bertabah demi lessen itu! Hoo...8.30am to 5.30pm. Bidangkerja adalah semuanya. Dan semuanya pun boss saya kat sini...kamu buat itu! Kamu buat ini! Si apek pula suka dok panggil gue queen counsel kunun...sebab adela benda dia nak suh saya tolong buat tu...hohoho...

Alahailah nasib...tapi sangat best dan selesa sangat dah environment kerja kat sini.
Sedih nak tinggalkan TCA this coming March T__T

p/s: masa entry ini ditaip, boss tengah lalu lalang dengan muka bengis hohoho :p

Thursday, December 29, 2011

merepek setelah sekian lama~

Jargon

1. The language especially the vocabulary, peculiar to a particular trade, profession, or group: medical jargon

2. Unintelligible or meaningless talk or writing; gibberish

3. Any talk or writing that one does not understand

4. Pidgin

5. Language that is characterized by uncommon or pretentious vocabulary and convoluted syntax and is often vague in meaning

Suka-suka buat entry ala-ala ‘learns a word a day’. Teringat zaman tuisyen dengan cikgu india (sorry teacher, lupa nama teacher) kat taman depan rumah. Satu hari satu perkataan...sifir pun sama...tidak dapat ingat siaplah kena pukul huhuhu...

Tapi saya disini bukan hendak mengajar bahasa Inggeris ya..kalau mahu, sila berjumpa dengan Madamoiselle Wynn di Port Dickson, atau Cikgu Tirah a.k.a teman-posing-gue-time-kenduri kahwin...ngeee

Mereka pakar...saya berlakon kunun2 pandai aje hohoho :p

Jargon ini adalah bermaksud seperti yang saya taip di atas itulah...atau dalam erti kata ‘suka hati saya’ yang lain, bahasa poyo untuk golongan-golongan yang telah digolongkan...

Contohnya, untuk sekalian para doktor, mereka panggil ‘in vivo’ untuk in the body, dan yang lain-lain itu tanya mereka sendiri atau tengok cerita ‘House’ ok, which I like very the much.

As for the legal jargon, there are a lot of words similarly like normal word but the definition is different, for example: BATTERY.

Selain daripada itu, bahasa Latin juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan bahasa undang-undang sedunia. ‘Keindahan’ lenggok bunyi bahasa tersebut mungkin adalah penyebab utama bahasa tersebut digunapakai. Contohnya, ‘actus reus non facit reum nisi mens sit rea’...itulah yang kami ‘zikir’kan berulang-ulang masa di matrik dahulu. Cuba kalau berzikir betul-betul, kan dah dapat pahala adehh (--‘)

Sir Naim pernah berpesan dahulu,
“kalau nak sebut, mesti dengan penuh gaya. Tak kisah lah macam mana pun. It’s a dead language so nobody can tell you whether your pronunciation is right or wrong” :p

I always admire our Sir Naim. He got brilliant ideas and has a great influential skill to influent people to follow his words. Contohnya Saadah, dia dah terkena ‘charms’ Sir Naim sampai ubah fikiran untuk buat chambering hee...now i miss her very much...missing our moments together at iiu! ^__^

Melalut-lalut sudaa...saya sebernanya nak sambung apa yang Charen cakap pasal senyum-senyum itu hari. Dia cakap,

“enjoylah masa sekarang, sbb nnt dah betul2 kerja agak membosankan sebab ble jumpa lawyer lain hanya akan ckp psal kes la..itu laa ini laa..”

Hemm...tula..sama jugak mcm mak2 yang dh ada anak, jumpe je mesti tanya, anak dh boleh buat apa? Sehat ke x? Gigi dh tumbuh banyak mana? Kan kan kan..

Agak jugakla, sekarang ni pun kalau jumpa kengkawan chambie kat mahkamah itu jela yang dicakapnya,

Banyak kes ke?

Depan sape?

Esok g court mana?

Bla3...

Entahlah...as long as we enjoy in what we are doing is good enough kan? I love my profession (eceh...) but at the same time, some entertainment tidak salah kan? Hee *peace*

p/s: jangan jadi seorang yang boring...nnt org bosan.

Sekian melalutnya kali ini.

Thursday, October 27, 2011

Senyum itu sakit!

Ulcer yang wujud merata-rata seperti ‘cendawan selepas hujan’ dalam mulut saya ini menyukarkan proses bibir saya untuk membentuk senyuman menawan seperti biasa...eceh...minta maaf pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang nampak saya seyum macam tidak ikhlas itu...ketidaksengajaan daripada pihak saya akibat miss2 ulcer yang gemar benar tempat gelap seperti dalam mulut saya ini...haishhh...

Ini balasan sebenarnya...dahulu selalu cakap pada ibu kenapa ibu selalu sangat senang kena ulcer...sekarang ibu sudah kurang atau tiada ulcer langsung...miss2 ulcer itu telah berpindah-randah kepada saya...Dosa! Mungkin banyak dosa mengata orang juga huuuu T__T

Sementara masih bias tersenyum manis itu, gunakanlah ia dengan sebaiknya...bak kata Charen (baca: dia kerani kat Perak Bar, a very nice and informative lady but must berjaga2 juga dengan dia):-

“I seronok tengok you all semua coming here happy and smiling while doing chambering...tapi nanti dah finish your 9 month, all the smile gone already...then datang kat I mulalah complaint, tensionlah...banyak kerjalah...”

Teehee...

Ada betulnya cakap Charen itu. Risau tetapi berazam untuk tidak jadi sebegitu!







Chayok!


p/s: Ingat! Jangan senyum ‘udang disebalik pizza’ kat laki org...

Tuesday, September 06, 2011

Minat

Besar nanti nak jadi apa?

Rata-rata apabila soalan ini ditanya kepada sekalian budak pasti antara jawapan terkenal mereka adalah:

Doctor!

Lawyer!

Polis!

Cikgu! Or lain-lain yang mungkin saya tak tahu...

Kalau gue dolu2...gue nak jadik detektif! Ini semua sebab terpengaruh dok hari-hari baca Siri Salma jaman kanak-kanak dahulu teehee...

Orang kata, minat boleh dipupuk. Akhirnya saya terjun ke bidang ini adalah asalnya daripada ‘sumber inspirasi’ saya tuuu....but as time goes by, saya sedar bahawa factor sekelilinglah yang telah memupuk diri ini ke arah ini...eceh :p

Sebagai detektif, penyiasatan yang dilakukan lebih kurang macam saya sedang lakukan sekaranglah...research itu ini, korek seberapa maklumat yang mungkin daripada client, selidik tempat kejadian, kumpul dan dapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang lain dan macam-macamlah...me still looking and hoping for something more adventurous some day in the future, insyaAllah...

Oleh kerana minatlah saya meneruskan jalan ini...berangan kunun-kunun tercapai impian nak jadi criminal lawyer teehee ^_^v

Bila orang tanya and me told that, semua bising,
‘ee tak takut kee...’
‘ee tak dosa kee...’

Dan macam-macamlah....dan tak larat nak lawan or defend myself...lantak kome! I have my own stand :p

Macam baru-baru ni masa terjah raya rumah laili bersama tiqah n adib, pakcik dia dengar je saya cakap saya nak jadik criminal lawyer, terus dia cakap;

‘ooo ni jahat ni...sungguh2 jahat...penjenayah semua dia bela...’

Hahaha...rupa-rupanya diala owner awi & co...patutlaa...heee

Dalam pada itu, my dad amat mengharapkan gue join government especially join the servicelah huuu...kalau saya dapat, kompem dia happy gilak...ini pun bagitahu je saya dapat surat untuk eam PTD terus dia sms,

‘ok..sila buat persediaan...’

( baca: Masa menaip entry ini, tarikhnya 5 September, exam saya 10 September...saya maseh tak setadi apa lagi neh untuk exam T__T)

Jaman-jaman sekarang ni, tidak boleh memilih kerja...apa yang ada depan mata tu sapu jelah kan daripada tidak ada...but i am super duper lucky because still having both of my parents who are still working until the next 4 years...jadi tiada duet pun masih boleh nyendeng2 lagi provided that kene jadi a very obedient daughter lah! Adehhh...but still tak rugi chambie di ipoh wehhh...

Balik kampong sempena raya ini, adalah kezen-in-law dan pakcik ( baca: mrk adalah yang jarang berckp dengan saya) dok cakap2..,

-jadik lawyer kenala garang sket
-kenapa fragile sangat...being a lawyer you must prepare in any condition bla bla bla

( baca: *fragile*- masa itu hari saya sgt sakit tekak n ulcer then he uttered the above statement...bluwekkk...)

Dia jugak yang dulu yang sibuk-sibuk (baca: caring kunun2) tanya my sis,
‘bole ka dia tu jadi lawyer? Cakap pun tak banyak...’

Hello? Sape ckp saya tak banyak cakap? Jadi lawyer kena banyak ckp ka? Mmg requirement dia ke pun nak kena yang banyak ckp? Time keje bolela...time cuti pun kena jadi lawyer ka? Adehlaa...

Gue bukan ape, nanti kalo sekali gue cakap pedihhh...tidak mahulah lagi mengguriskan hati2 manusia...ibu pun selalu kena dengan gue smpai ibu cakap ni yang malas cakap dgn lawyer neh bla bla bla...sorry ibu...sory sangat..tak sengaja...automatically my brain system nowadays switch to that mode huk2...

Bab garang tu...takkanlah nak garang every tempatkan? Mestilah bertempat dan ada tempat-tempatnya...nanti lari semua orang kang hee...macam2 dugaan betul...

Mereka yang berkata-kata sedemikian itu sememangnya tidak mengenali diri gue dengan sebenar2nya ataupun ketika berurusan dengan gue, perangai sebenar belum terserlah...jangan ingat muka lembut and ayu ini tak berani okayyy! (baca: bluwekk kat diri sendiri)

Buat pakcik itu, if you terer dan tough sangat kan, tryla jadi lawyer tengok lepas ke tak lepas..pleasela cakap itu elok2 sikit...me not 6 years old anymore tahu! Kami semua tahu kamu gi mana and please change yourself first before opening your mouth because you are making all of us melaut tahu! Huh!

Ehem ehem, berbalik kepada topic asal yakni kerjaya, buat adik2...plan your future ok? Walaupun belum tentu lagi kita dapat apa yang kita inginkan but at least we have plan and we work hard towards it and insyaAllah..berbaloi2 rasanya jika kita sudah sehabis baik berusaha..chayok!

p/s: banyak lagi yang hendak dimerepekkan di sini tapi takpelah...stop dlu as for now...daaaa


Monday, September 05, 2011

miskin


selamat hari raya semua! sila print berwarna duet di atas untuk duet raya ye tehehe...

teringat suatu masa tak terlalu lama dahulu, my dad tanya:

ayah: duet blanje ade?

gue: ade RM5...cukup2

ayah: rm5 je? loyer ade rm5 je? (sambil menggelakkan saya dihadapan anak2 buah dia)

cehhh...tulaa..sapa kata loyar kaya ha?

untuk anak2 buah gue: sory ye..mak ngah belom keje lagi...x dapek nk bg duet raye...print duet kt atas tu je ye heheheheheheheheh

Wednesday, June 29, 2011

sama ke?

"cantiknya baju..." ujar Ms. Prema kepada saya...

saya pun tersipu-sipu malu hee... (baca: bluwekkk kat diri sendiri)

then, on the way to the court just now, an indian man came out from his car and said to me:

"wah...lawa baju ini hari...itu punjabi suit ituu..."

aigoo...dua orang dah puji jubah seluar saya cantik asnd mistakenly taught it is punjabi suit...atau keduanya adalah sama? tapi mine is jubah seluar ok ;p



Friday, June 24, 2011

Primavera ku lenjun (or is it lencun?)

Berlari-lari daripada mahkamah ke office, saya masih lambat 2 minit dari S.T...demm...ni sume pasal itu jem...bos gue ni pulak awal benor smpainye...

Perjalanan ke Taiping dalam cuaca hujan. Ini perjalanan pertama ke Taiping untuk pergi ke Mahkamah...perjalanan pertama berdua dengan lelaki india tua hohoho...wekk...geli teman dengonye...

Kes hari ini adalah saman dalam kamar di mana kami memohon perintah injuksi interim terhadap pihak defendan yang sungguh greedy itu huhu..

Tuan hakim yang mendengar adalah Tuan ridwan...my dad’s close friend...masuk2 je dia dah sengeh tengok saya...pastu saja tanya kuat2 binti apa..adehlaa hoho ;p

Sesampai di court tadi pun S.T dah perkenalkan saya kepada lawyer2 yang lain...semua dok hulur tangan...jenoh nak elak wehhh..huk2...macam mana cara yang berkesang untuk mengelak ek? Tips please...

Dan disebabkan hari hujan yang sangat dahsat...habis kasut ku meraduk (not sure how to eja) leach dan lopak hujan...kesian kamu! Naseb baik my sembonia agak terlindung tadi....ohh dear, mahu kasut baru bole? Heeee :p

Maybe kena beli but kalis air untuk dipakai ke court ketika hujan huk2 T__T

Thursday, June 23, 2011

perhitungan bermula

Tanggal 13 Jun 2011,

Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan onak duri,
Berpenat lelah turun naik mahkamah, berulang-alik ke iiu...AKHIRNYAAAAAA...

My 9 months of pregnancy starting today! (baca: untuk hari ini, kandungan sudah 11 hari ya! *wink wink*

JADI, DENGAN INI, sama-samalah nantikan kelahiran ‘lesen’ ku pada bulan March tahun hadapan ya! ^_^

p/s: tak sabar nak disarongkan itu robe! :)

nota kaki: thanks to my papa and my mama untuk perbelanjaannya
thanks to him yang sanggup dengar saya bebel2 dari pagi
thanks to him yang sudi ulang-alik hantar saya ke tempat2 kejadian
thanks to him also for the new Sembonia! Like like like <3 ^_~

p/s lagi satu: ohhh...pasal mesin taip itu, sudah malas mahu cerita...ianya hanya pasal saya yang kena jerit oleh Master dari jarak jauh yang menyebabkan satu ofis dengar dan itu org cina tua gelak gila2...caitt...

‘mana ada org pakai mesin taip dah sekarang...’

Adehlaaa...sabo jela...kalau begitu buang jela mesin tu, yg p dok letak situ lagi buat apa...wekkkk

Tuesday, June 21, 2011

hari pertama yang tak berapa nak pertama

Bila boleh mula?
A.S.A.P
Ok then, so tomorrow you gonna start!

**************

So here i am today...

Doing nothing

Doing nothing

Doing nothing

Until S.T giving me journals to read...
Thank you sir! You made my day! ^_^v

Other lawyers all went to the courts...that’s why i’ve got nothing to do that day...
Just duduk. baca. lihat. dengar.

Tengok S.T marah-marah clerk

Dengar clerk kutuk-kutuk S.T

Duduk dengan ayu dan sopan di atas kerusi (baca: geli-geleman ketika bisa menaip dua perkataan tadi)

Baca apa-apa yang patut dan boleh dibaca

Ohhh...tapi itu hari pertama di pejabat yakni pada tanggal Sembilan haribulan enam tahun dua ribu sebelas.

Hari ini saya amat sibuk...ke sana ke mari menyediakan hidangan untuk jamuan esok hari di Taiping...injunksi je pon saya dah gelabah...al-maklumlah, nak impress S.T kununnnnn....

Naseb baek semuanya ok! ^_~...
Jadinya esok saya akan ke Taiping! 7.30 pagi kena berada di ofis sudah...
Jadinya saya mahu tidurrr...
Nyte people!

p/s: bolehla ajak S.T makan kat doli...muahahahahahahahaha

Monday, June 20, 2011

interview itu

Semasa mengarang entry ini, saya adalah dalam keadaan yang sungguh dan teramat mengantuk...ketika sedang menaip kembali ini, mata sudah segar bugar O_O...mana tidaknya...master ada di belakang lah...hua3... ;p

Ini adalah sambungan untuk entry yang sebelum ini.

Temuduga dikatakan bakal berlaku di pagi hari.

Pada pagi hari temuduga tersebut, saya yang tidak tahu jam berapa sebetulnya temuduga tersebut telah bersiap siaga dari pagi, berpakaian anggun hitam puteh...( ceh...puji diri sendiri...haha suka hati la..ini blog gue kan hua3...) bersiap-siap langsung ke Perpustakaan Tun Razak untuk mengisi masa terluang dengan membaca majalah2 sambil menunggu dan menunggu panggilan daripada Master Yoda...

Tunggu punya tunggu punya tunggu, memandangkan waktu petang bakal menjengah, pada jam dua belas saya telah menghantar ‘sms’ kepada Master Yoda untuk bertanyakan perihal tersebut...asking whether the interview is still on or not...
He later called me and said:

‘it’s on 4pm...prepare all the necessary documents and wear properly as how chambering student must be...good luck!’

Grrrrr....sabar sahajalah...dari pagi tunggu...kata pagi...sibuk benar la mr. Thevin tu...huuuuu~

Saya pun balik ke rumah semula, makan-makan semua dulu, kemudian hantar ai’syah mengaji dulu, kemudian 3.55pm sharp saya sampai ke tempat kejadian...fuhh

Masuk-masuk sahaja, tanya sama kakak receptionist, ada temuduga dengan mr. Thevin jam 4 petang...tunggula kejap then mr. Thevin itu pun berkata:

‘no no no...i do not have any interview at this hour...there’s no job available unless these two young ladies want to quit (asking and referring to the 2 malay ladies working there)...

Errrkkk...

‘but sir, Mr. Nithia from ni, sha & co sent me here for an interview with you...’

‘no no no...’

Apa perasaan kalian kalau terjadi macam itu pada kalian? Hee

Baru sahaja hendak melangkah keluar, tiba-tiba that ‘mr. Shan’ datang dan panggil...
‘sini sini sini...’

‘yang penting di sini ya kamu kena dengar arahan yang betul...’

Grrrr...betul laaa...Master Yoda cakap Mr. Thevin, not mr. Shan la...wekkkkk....ni la payahnya apabila nama bapa adalah surname for the family...cuba bayangkan org panggil saya cik khairul anuar...tak ke pelik...and since i have for siblings, all of us are miss khairul anuar jugak laa...adehlaaa~(owhh...except for that mak yang dah buyung dah...heee)

In his office:

Me giving him my resume...

‘ok..you are from iiu...bla bla bla...(while inspecting my file)....ok2...good’

‘i’m glad that you can speak English since our medium here is English but you must be able to switch it back to malay when talking to the clerks in case they do not understand ok?’

You’ve got to do both criminal and civil litigation here...you cannot choose...is it ok with you?’

As long as it’s litigation, i’m fine with that... :)

‘THE MOST IMPORTANT THING HERE IS YOU LISTEN CAREFULLY TO THE INSTRUCTION GIVEN...you can ask if you do not understand but you must know when is the right time to ask...do not ask me when i’m not in a good mood especially after i just scold anybody in my room, faham?’

Haiiip! Fully understood sir! Sibuk-sibuk cakap perihal kerja, tidak sempat langung bertanyakan perihal allowances...

Entah dapat entah tidak...PADAN MUKA DIRI SENDIRI....adehlaaa~

SEKIAN.