Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 25, 2015

Sooo Hot!

Sekarang ni musim panas memang teruk sangat. Habis 2 botol air mineral besar tu i minum setiap hari.

Alhamdulillah.

Panas pun Alhamdulillah kan. Hujan pun Alhamdulillah.

Kita kena bersyukur. Ada sebab kenapa semua ini berlaku. 

Tapi manusia ni memang. Panas salah, sejuk salah hujan salah. Kita kena cuba ubah ungkapan sedemikian dan haruslah sentiasa bersyukur apa adanya.

Bak kata en. Hasben, Kome nak salahkan siapa ni? Sedar tak?

Macam contoh gini,

"Alaaa, baru je basuh kereta, hujan pulakkkk..."

Kita selalu dengar orang cakap camtu kan.Kiranya dia nak salahkan siapa tu?

 So, pasni kita kena ubah ok?

Teriknya matahari sekarang ni sama je macam masa kat Bali haritu. Panas Ya Ampun! Nak pergi jalan-jalan semua memang terikla matahari itu.

Tapi saya cakap apa tadi?

Alhamdulillah. Walaupun panas terik tapi leh jenjalan Bali dan kami sihat aje di sana Alhamdulillah.

Ni nak sambung hashtag throwback tuu..

#Throwback 3

Bali Day 2


Dalam kereta bersama Supir kami yang benama Bowo nak pergi ke mana ce teka.Tudung i tu jenama X hokay. Bukan sebab tak gosok bahahah :p #likeabos sebab ade supir uollss





Shuhhh...binatang itu tengah tido


Tried all these coffee, memang sedap! #coffeelover


Tadaaa! Inilah dia kopi luwak idaman en. Hasben. Kopi paling mahal katanya which is somehow true. Kami borong banyak gila sebab kat sini murah so sesiapa berminat boleh PM kami for best price!

Lepas pergi tempat buat kopi ni kami lunch kat tempat sejukkkkkk. Apa nama lupa hahaha...teruk (--')


ni lah gambar pemandangan masa lunch kami. Memang best. Sejuk dan cantek. Subhanallah. Satu lagi yang best kat Indon ni kat tepat makan diorg ada Musolla. Senang nak solat semua. Walaupun surau tu campur je laki ppuan tapi okla dari takde kan?



 Lepas lunch kami singgah Tegallalang. Tempat padi bukit ditanam. Sejuk dan memang cantek ciptaan Allah.



Ni gambar dinner tepi laut dekat Jimbaran. Patutnya dinner time sunset sebab memang cantek pemandangan sunset kat sini tapi sebab kami menggedik nak pergi spa together2 so lambat lah habis nye dan sampai sini dah malam. Tapi makanan seafood je memang marbeles. Nampak je mcm biasa tapi memang sedap banget.

Kalau nampak kat situ ada Teh Botol, itu air feveret i kalo kat indon. Start terjebak masa pergi bukittinggi dulu dan lepas tu terus jatuh chenta dan kalau order air memang takmo yang lain.

Lepas makan balik villa terus. Sebab kedai-kedai semua dah tutup, Kat bali ni kalo nak start jalan kena jam 9 walaupun jam 5pagi memang dah cerah dan kalau dah pukul 6 tu dah macam maghrib waktu malaysia. Nasib baik time kami pergi tu jalan tak macet sangat.

Seperti yang saya kabarin awal2 dulu, kami memang suka makan so gamba pasal makan je yang banyak hehe...tapi jalan kat Bali memang best!

Jom pergi lagi!


Monday, February 23, 2015

Gong Xi Fa Chai

Gong xi gong xi!

Cuti raya cina tahun ni sederet khamis jumaat so bestla 4 hari cuti. kebiasaannya kalau dah berderet cuti camni nak start kerja balik memang lemau je badan.

Kerja memang banyak tapi gua cool je. Fokus. fokus. fokus dan fuhh siapla kerja. yang tak siap kerja lagi tu boleh sambung esok kan hahah asalkan kerja untuk esok setel so here i am now typing this entry.

Bagus jugak start blogging balik ni. Bukan setakat boleh simpan semua memori tapi boleh jugak asah otak untuk ingat setiap perkara semula dan juga asah bakat menulis kahkahkah

Apa maksud simpan semua memori? Maksud nya banyak tapi haritu bila tengok balik entry lama, terjumpa balik resepi puding gula hangus yang sedap tu. Punyala carik mana buku resepi gua tu tapi tak jumpa2 so rasanya bolehlah abadikan resepi2 yang menjadi kat sini supaya tak hilang dan boleh carik balik.

Cakap pasai resepi cuti bebaru ni i buat kek butter uolls...

ala kek butter je pun yang kau kecoh sgt dah kenapa? 

yela gua bukan pandai masak so kalau menjadi tu memang berbunga2 la kalah musim bunga. Tambahan pula semalamnya tuh masak langsung tak jadik so bila menjadi kek ni memang diawangan gua malam tu.

Resepinya nantila gua share ye, sebab sekarang mood nak throwback lagi.

Walaupun banyak benda nak cita sepanjang cuti panjang raya cina ni, tapi gua nak cerita pasal ni dulu. 

Satu-satu laa...

banyak masa lagi kalau masih bernapas kan huuuu

#throwback 3 - Day 1

Honeymoon 
18.11.2014-22.11.2014

Destinasi Bali! ^_^v

Habis je kenduri, hari isnin tu kami pun dengan kelam-kabutnya kemas barang untuk terbang berbulan madu. Ceewah...cam geli pun ade hoho. terima kasih untuk encik ikhlas dan isteri yang sudi hantar kami ke airport, belanja williams dan juga hotel bajet sebelum kami terbang tu hehe.

Penerbangan kami jam 9 pagi sebab tulah kena awal kan. Dahla first time travel dengan en. hasben. dalam hati terdetik jugak, betul ke pakcik nak pergi travel dengan pokcik neh...so doa jela banyak2 supaya x jadi apa2 ;p


Gamba dalam kapal terbang sebelum telefon bimbit dimatikan

Terbang ke Bali 3 jam lamanya. Tapi sebab pagi so ok jela. Masa balik tu scary sikit sebab balik jam 8 malam dan hujan nasib baik ok je alhamdulillah. 


sampai je bali abg tyo (supir kami) ambil dan bawak datang makan sini. Dalam keadaan panas terik bali tu memang dahaga gila lah kan walaupun tak berapa lapa dan jam baru 11.30 pagi waktu tempatan so kami makan jelahhh...


ini je yang kami order. yelah tak tahu sebab first time makan. pastu sedap gila silap tak tambah. cuma makanan kat bali ni memang mahai tapi bagi kami yang suka makan ni bedal jelahhh. en. hasben minum es jeruk yang memang kalo korang g indon mesti order sebab memang sedap x masam. Kat indon ni jugak mereka memang x amalkan ais kot sebab air diorg termasuk es jeruk tu mana ada ais, semua sejuk je. kalau nak kena request ye kawan2.

Lepas makan, sebelum check-in, kami pergi Brasco bali jap shopping seluar, baju dan selipar en. hasben.

Bali Brasco ni dia macam factory outlet. memang murahla barang-barang dia. So siapa yang nak beli barang branded murah boleh beli kat sini. Kalau nak murah lagi sila beli kat China.


Tadaaaa! ni la villa kami. Jemput telengkan kepala untuk tengok ye.

 Swan yang tak menjadik haha

Private pool ni memang best sebab lepas keluar jenajalan di bawah terik mentari, balik bilik boleh terus terjun 

Ni dapur kami tempat gua masak dish pertama untuk en. hasben iaitu megi 

Kesian kami makan megi je malam tu sebab supir dah balik dah. tak tahu nak pergi makan mana. Konon-konon nak pergi jalan sendiri carik kedai makan, Rizal cakap (Baca: rizal tu pekerja villa ni. hari2 dia buatkan kami brekfes omelet dan telur keras sama jem stroberi) ada kedai dumpling halal dekat depan ni. Jalan punya jalan rupanya tutup. Pastu jalan lagi ingatkan indomaret (seveneleven versi indon) dekat tapi x jumpa2. Terjumpa kedai runcit pak abu je. Beli 3 paket megi sama air, balik bilik kira2 rupanya rm18 semuanya. Hantu betei pak abu, tipu kami rupanya.

Maka habislah perjalanan hari pertama kami di sana. Day 2 nanti pulak gua sambung. nak ready balik duluuuu....

p/s: Hari Raya Cina kat indon mereka panggil 'Imlek'. Imlek tahun lepas saya dan kakak sekeluarga pergi bercuti di Pekanbaru dan Bukittinggi. Untuk kisah itu nanti ye. Cekidaut later yo!

Selamat hari Imlek untuk rakyat Malaysia. 

Udah-udahla tu cuti. Bagila jalan x jem dah pls    

-_-'




Thursday, February 12, 2015

Lapar menjadi-jadi!

Jadi x jadi. lepas kawin asyik lapar je. menjadi-jadi. dulu masa belom kawin epal sebiji je tau untuk dinner. Sekarang jam 12 pun ngap gak kalau lapo hahaha...

hai!

Kerja macam kami ni memang. makan tak tentu nak pergi toilet sangat-sangat pun kena tahan. 

Sebab apa? 

Makan x tentu tu asalnya salah sendiri. siapa suruh bangun lambat dan tidak breakfast like a king kan? 

pergi kerja terus setelkan semua konon setel cepat tapi kekadang lambat jugak. So menahan semua itu buat kami terima macam-macam sakit bukan sahaja sakit perut tapi jugak sakit hati haha...

kenapa sakit hati?

suka hati kami la nak sakit hati. yela time kami lambat sikit pun korang tak pedulik sedangkan kami yang dok menunggu korang ni sabar je tau (baca: dalam hati mengamuk2) 

So sekarang tengah menunggu ni. menunggu jam 1. Nasik lemak bekal dari mak mertua dok melambai2...seronok pergi rumah mak mertua setiap pagi makan nasi lemak sebab en husben gila nasi lemak walaupun lemak dah banyak hahaha...

Sebelum makan gua nak hashtag terobek sket sambung yang semalam ;p

#throwback 2

My Wedding 14, 15 & 16 November 2014


Ni gambar after nikoh. my nikah dress was design by me dan dijahit oleh my dear cousin, seorang taylor kental dari pantai remis. baju en husben pulak ala2 fizo omar katanya. dia jahit kat mana ntah.

saja pilih tarikh 14.11.14. macam cantek je kan heh dan lagi 2 hari nak masuk bulan ketiga i survived him wuhaaaa...

15.11 belah gua. 16.11 belah en husben.

Ni baju masa resepsi belah i. tak nampak? memang xnak tunjuk pun hahaha...belakang tu abg zack yang 'rare' dan 'comey'. (sila baca dengan gaya abg zack. yang taktahu diam.)

itu gambo wefie masa outdoor shoot. gua saja pilih sekolah lama tempat en husben terlanggar bahu gua yang gengsta tak layan laki tym tu hewhew...

ohh...masa photoshoot kat area oldtown jugak ade satu kereta tu menjerit (baca: kereta tau bukan orang dalam kereta), 

SELAMAT PENGANTIN BARU!!! LAWANYA BAJU!!! 

pastu diorg lalu lagi,

RAPATLA LAGI RAPATLA LAGI...

pebende ntah mereka ni happy semacam. tak tau ke gua dah penat senyum dari semalam.


ni pulak gambo baju belah en. husben. outdoor dekat area faveret orang lain jugak iaitu plan b sebab kami xde plan A.

Semua org kata (baca: bukan semua, cakap besar aje) baju tu cantek dan jugak my make up that day. 


kek ni utk majlis potong kek sebelah malam kat rumah gua. sedap gilos. Nak order boleh pm i. i amek komisen 10% je pun jadila hohooo...saja order deko kekanak sikit sebab kita kan kanak2 ribena. 


potret keluarga gua kecuali ummu sarah yang takde dalam gamba.


ni pulak bergambar dengan ayah, adik ipar, mama, mak and abah.

So now i have, 

1) ibu ayah
2) mak abah
3) mama ayah
4) umi abah

abang ipar ada 4. anak saudara plak ade berapa entah nnt kita kira di segmen akan datang.

cukup setakat ini. 

boleh jejerit kuat2! yay...Saya dah kawinnnnn! 

anda bila pulak?

dah kawin.

dah berisi ke belum?

soalan seterusnya?

ahhh...korang pun dah hapal. kbai.

p/s: mari sambung kunyah ais di waktu lunch yang masih berbaki ini.

Wednesday, February 11, 2015

Otak Jem

Sejak semalam, otak aku jem terus. Rasa macam tak guna je apa yang belajar sebelum2 ni kan. Tambah2 banyak pulak keyboard warrior yang tak tahu apa2 dan komen itu ini. ada yang mengecam ade yang menyokong. mana-mana pihak tu terpulang kat korang lah yang pasti aku tahu aku kat pihak yang mana. 

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang Sabar. Itu yang aku belajar masa belajar dulu. Tak guna berdebat dengan orang yg stupid sebab nanti kita yang stupid jugak.

eh.

Kalau pasal tu aku belajar kat en husben aku la.

eh lagi.

bila kawin? tak bagi tahu pun. tanak kawan la cenggini heh. (baca: aku peduli apa)

di sebabkan otak jem dan en husben pun asyik kata bila nak update kewujudan dia kat blog ni, so i decided to do some throwback here. jgn marah na. 

hashtag blog aku ikut suka aku. sekarang dah musim hashtag so mari mengaplikasikan penggunaan hashtag itu #a#a#a...(paham dak. tak paham sudah)

#throwback 1

My Engagement 6.7.2013


Camne boleh terjebak? Pakcik ni la dulu. Dari sebelum kawin smpai dah kwin mmg suka buat kerja gila. Ade ke dia ajak gua kapel. Carik pasal ke ape haha...so i said to him kalo nak sangat pergilah masuk meminang and then trus dia call my dad and secara cepat mother's day that year mereka hantar cincin tanda and we are offically engaged!

ni gambar kek untuk cincin tanda sebenarnya tapi kami pandai jimat dengan menjadikannya kek hari ibu heheheh

credit pics to my BFF kak Nadia and her very the cute daughter marissa yang aunty geramssss sangat. Masa ini rindu my BFF saadah yang jauh di kuantan namun dekat di hati ceewah ;p

Glamer x majlis tunang i? Ada pelamin bagai...waktu tu tengah trend pelamin2 ni and my big sister jeles sebab masa dia sarung cincin dalam bilik je hahaha...to be honest gua pun bukannya nak beria bagai tapi dah ada makcik yang buat pelamin free so apedehal...bedal ajelah kan ;p


Itu pun gambar daripada kak nadia. Masa tunang ni i jimat je semua. Pelamin dah free. Makan pun buat minum petang je. Hantaran pun biasa2 je dlu tym kawin nnt barula nak beria bagai. make up pun cousin yang mekap pakai apa yang ada je tau hahaha...and aousin tu jugak yang tgkp gambar (walaupun gambar tersebut sehingga kini tiada dalam simpanan gua) and the best part is, baju tu baju my big sister masa reception dia. Jimat kan? i beli tudung baru je hahaha 

So siapa kata tunang tu banyak pakai duit? So ape lagi pergila bertunang cepat. eh, kalau nak jimat lagi xyah tunang. kawin je terus. setel.

Nak hashtag throwbcak seterusnya kah? sambung nantilah...nak ready2 angkat kaki...jumpa lain hari waktu otak jem lagi. 

kesian. 

eh. 

sekian.