Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 04, 2012

Siapa bos?

Aku kuli je...pernah jadi kuli untuk beberapa bos yang beraneka ragam.

Tapi sebelum jadi kuli, aku pernah jadi usahawan yang berjaya. Seawal umur 7 tahun sehingga tamat sekolah rendah, aku merupakan peniaga sticker dan bookmark.

Syok! Macam-macam gambar dan antara yang popular jaman itu adalah pelekat sailormoon, pelekat perempuan kiut-kiut from all over the world and much more.

Yang bookmark tu pulak idea asal untuk jual kumpul duit persatuan, tapi lepas tu sangat seronok buat bookmark sampai buat sendiri banyak-banyak dan jual... hahaha

Best! Seronok sangat.

Seronok cari duit. Seronok sampai buat macam-macam masa sekolah menengah untuk kutip duit kelas banyak-banyak supaya dapat beli hadiah paling besarrrrrrr untuk ustaz karim! ^_^v

He he he...cari duit sampai gaduh-gaduh dengan prefect. Memang best...itulah antara kenangan terindah jaman sekolah dahulu kala (ohh aku sudah tua!)

Back to the ‘kuli’ thingy, first time jadi waiter kat waritha. From 6pm to 3am. Gaji rm20 sehari. Kalau lambat datang, rm15. Itu adalah waktu selepas PMR.

After SPM and after Matric, jadi kuli kat sri anika. 9am to 6pm. Gaji rm800. Best! Boss hemsem2 teehee :p

Jadi kuli kat kantin pun pernah juga. Tapi itu tidak dikira sebagai kuli sangat kot.
Sekarang?

Ha, memang jadi kuli full-time pon. Jadi chambie paling miskin kat ipoh yet masih bertabah demi lessen itu! Hoo...8.30am to 5.30pm. Bidangkerja adalah semuanya. Dan semuanya pun boss saya kat sini...kamu buat itu! Kamu buat ini! Si apek pula suka dok panggil gue queen counsel kunun...sebab adela benda dia nak suh saya tolong buat tu...hohoho...

Alahailah nasib...tapi sangat best dan selesa sangat dah environment kerja kat sini.
Sedih nak tinggalkan TCA this coming March T__T

p/s: masa entry ini ditaip, boss tengah lalu lalang dengan muka bengis hohoho :p

Thursday, December 29, 2011

merepek setelah sekian lama~

Jargon

1. The language especially the vocabulary, peculiar to a particular trade, profession, or group: medical jargon

2. Unintelligible or meaningless talk or writing; gibberish

3. Any talk or writing that one does not understand

4. Pidgin

5. Language that is characterized by uncommon or pretentious vocabulary and convoluted syntax and is often vague in meaning

Suka-suka buat entry ala-ala ‘learns a word a day’. Teringat zaman tuisyen dengan cikgu india (sorry teacher, lupa nama teacher) kat taman depan rumah. Satu hari satu perkataan...sifir pun sama...tidak dapat ingat siaplah kena pukul huhuhu...

Tapi saya disini bukan hendak mengajar bahasa Inggeris ya..kalau mahu, sila berjumpa dengan Madamoiselle Wynn di Port Dickson, atau Cikgu Tirah a.k.a teman-posing-gue-time-kenduri kahwin...ngeee

Mereka pakar...saya berlakon kunun2 pandai aje hohoho :p

Jargon ini adalah bermaksud seperti yang saya taip di atas itulah...atau dalam erti kata ‘suka hati saya’ yang lain, bahasa poyo untuk golongan-golongan yang telah digolongkan...

Contohnya, untuk sekalian para doktor, mereka panggil ‘in vivo’ untuk in the body, dan yang lain-lain itu tanya mereka sendiri atau tengok cerita ‘House’ ok, which I like very the much.

As for the legal jargon, there are a lot of words similarly like normal word but the definition is different, for example: BATTERY.

Selain daripada itu, bahasa Latin juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan bahasa undang-undang sedunia. ‘Keindahan’ lenggok bunyi bahasa tersebut mungkin adalah penyebab utama bahasa tersebut digunapakai. Contohnya, ‘actus reus non facit reum nisi mens sit rea’...itulah yang kami ‘zikir’kan berulang-ulang masa di matrik dahulu. Cuba kalau berzikir betul-betul, kan dah dapat pahala adehh (--‘)

Sir Naim pernah berpesan dahulu,
“kalau nak sebut, mesti dengan penuh gaya. Tak kisah lah macam mana pun. It’s a dead language so nobody can tell you whether your pronunciation is right or wrong” :p

I always admire our Sir Naim. He got brilliant ideas and has a great influential skill to influent people to follow his words. Contohnya Saadah, dia dah terkena ‘charms’ Sir Naim sampai ubah fikiran untuk buat chambering hee...now i miss her very much...missing our moments together at iiu! ^__^

Melalut-lalut sudaa...saya sebernanya nak sambung apa yang Charen cakap pasal senyum-senyum itu hari. Dia cakap,

“enjoylah masa sekarang, sbb nnt dah betul2 kerja agak membosankan sebab ble jumpa lawyer lain hanya akan ckp psal kes la..itu laa ini laa..”

Hemm...tula..sama jugak mcm mak2 yang dh ada anak, jumpe je mesti tanya, anak dh boleh buat apa? Sehat ke x? Gigi dh tumbuh banyak mana? Kan kan kan..

Agak jugakla, sekarang ni pun kalau jumpa kengkawan chambie kat mahkamah itu jela yang dicakapnya,

Banyak kes ke?

Depan sape?

Esok g court mana?

Bla3...

Entahlah...as long as we enjoy in what we are doing is good enough kan? I love my profession (eceh...) but at the same time, some entertainment tidak salah kan? Hee *peace*

p/s: jangan jadi seorang yang boring...nnt org bosan.

Sekian melalutnya kali ini.

Thursday, October 27, 2011

Senyum itu sakit!

Ulcer yang wujud merata-rata seperti ‘cendawan selepas hujan’ dalam mulut saya ini menyukarkan proses bibir saya untuk membentuk senyuman menawan seperti biasa...eceh...minta maaf pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang nampak saya seyum macam tidak ikhlas itu...ketidaksengajaan daripada pihak saya akibat miss2 ulcer yang gemar benar tempat gelap seperti dalam mulut saya ini...haishhh...

Ini balasan sebenarnya...dahulu selalu cakap pada ibu kenapa ibu selalu sangat senang kena ulcer...sekarang ibu sudah kurang atau tiada ulcer langsung...miss2 ulcer itu telah berpindah-randah kepada saya...Dosa! Mungkin banyak dosa mengata orang juga huuuu T__T

Sementara masih bias tersenyum manis itu, gunakanlah ia dengan sebaiknya...bak kata Charen (baca: dia kerani kat Perak Bar, a very nice and informative lady but must berjaga2 juga dengan dia):-

“I seronok tengok you all semua coming here happy and smiling while doing chambering...tapi nanti dah finish your 9 month, all the smile gone already...then datang kat I mulalah complaint, tensionlah...banyak kerjalah...”

Teehee...

Ada betulnya cakap Charen itu. Risau tetapi berazam untuk tidak jadi sebegitu!







Chayok!


p/s: Ingat! Jangan senyum ‘udang disebalik pizza’ kat laki org...

Tuesday, September 06, 2011

Minat

Besar nanti nak jadi apa?

Rata-rata apabila soalan ini ditanya kepada sekalian budak pasti antara jawapan terkenal mereka adalah:

Doctor!

Lawyer!

Polis!

Cikgu! Or lain-lain yang mungkin saya tak tahu...

Kalau gue dolu2...gue nak jadik detektif! Ini semua sebab terpengaruh dok hari-hari baca Siri Salma jaman kanak-kanak dahulu teehee...

Orang kata, minat boleh dipupuk. Akhirnya saya terjun ke bidang ini adalah asalnya daripada ‘sumber inspirasi’ saya tuuu....but as time goes by, saya sedar bahawa factor sekelilinglah yang telah memupuk diri ini ke arah ini...eceh :p

Sebagai detektif, penyiasatan yang dilakukan lebih kurang macam saya sedang lakukan sekaranglah...research itu ini, korek seberapa maklumat yang mungkin daripada client, selidik tempat kejadian, kumpul dan dapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang lain dan macam-macamlah...me still looking and hoping for something more adventurous some day in the future, insyaAllah...

Oleh kerana minatlah saya meneruskan jalan ini...berangan kunun-kunun tercapai impian nak jadi criminal lawyer teehee ^_^v

Bila orang tanya and me told that, semua bising,
‘ee tak takut kee...’
‘ee tak dosa kee...’

Dan macam-macamlah....dan tak larat nak lawan or defend myself...lantak kome! I have my own stand :p

Macam baru-baru ni masa terjah raya rumah laili bersama tiqah n adib, pakcik dia dengar je saya cakap saya nak jadik criminal lawyer, terus dia cakap;

‘ooo ni jahat ni...sungguh2 jahat...penjenayah semua dia bela...’

Hahaha...rupa-rupanya diala owner awi & co...patutlaa...heee

Dalam pada itu, my dad amat mengharapkan gue join government especially join the servicelah huuu...kalau saya dapat, kompem dia happy gilak...ini pun bagitahu je saya dapat surat untuk eam PTD terus dia sms,

‘ok..sila buat persediaan...’

( baca: Masa menaip entry ini, tarikhnya 5 September, exam saya 10 September...saya maseh tak setadi apa lagi neh untuk exam T__T)

Jaman-jaman sekarang ni, tidak boleh memilih kerja...apa yang ada depan mata tu sapu jelah kan daripada tidak ada...but i am super duper lucky because still having both of my parents who are still working until the next 4 years...jadi tiada duet pun masih boleh nyendeng2 lagi provided that kene jadi a very obedient daughter lah! Adehhh...but still tak rugi chambie di ipoh wehhh...

Balik kampong sempena raya ini, adalah kezen-in-law dan pakcik ( baca: mrk adalah yang jarang berckp dengan saya) dok cakap2..,

-jadik lawyer kenala garang sket
-kenapa fragile sangat...being a lawyer you must prepare in any condition bla bla bla

( baca: *fragile*- masa itu hari saya sgt sakit tekak n ulcer then he uttered the above statement...bluwekkk...)

Dia jugak yang dulu yang sibuk-sibuk (baca: caring kunun2) tanya my sis,
‘bole ka dia tu jadi lawyer? Cakap pun tak banyak...’

Hello? Sape ckp saya tak banyak cakap? Jadi lawyer kena banyak ckp ka? Mmg requirement dia ke pun nak kena yang banyak ckp? Time keje bolela...time cuti pun kena jadi lawyer ka? Adehlaa...

Gue bukan ape, nanti kalo sekali gue cakap pedihhh...tidak mahulah lagi mengguriskan hati2 manusia...ibu pun selalu kena dengan gue smpai ibu cakap ni yang malas cakap dgn lawyer neh bla bla bla...sorry ibu...sory sangat..tak sengaja...automatically my brain system nowadays switch to that mode huk2...

Bab garang tu...takkanlah nak garang every tempatkan? Mestilah bertempat dan ada tempat-tempatnya...nanti lari semua orang kang hee...macam2 dugaan betul...

Mereka yang berkata-kata sedemikian itu sememangnya tidak mengenali diri gue dengan sebenar2nya ataupun ketika berurusan dengan gue, perangai sebenar belum terserlah...jangan ingat muka lembut and ayu ini tak berani okayyy! (baca: bluwekk kat diri sendiri)

Buat pakcik itu, if you terer dan tough sangat kan, tryla jadi lawyer tengok lepas ke tak lepas..pleasela cakap itu elok2 sikit...me not 6 years old anymore tahu! Kami semua tahu kamu gi mana and please change yourself first before opening your mouth because you are making all of us melaut tahu! Huh!

Ehem ehem, berbalik kepada topic asal yakni kerjaya, buat adik2...plan your future ok? Walaupun belum tentu lagi kita dapat apa yang kita inginkan but at least we have plan and we work hard towards it and insyaAllah..berbaloi2 rasanya jika kita sudah sehabis baik berusaha..chayok!

p/s: banyak lagi yang hendak dimerepekkan di sini tapi takpelah...stop dlu as for now...daaaa


Monday, September 05, 2011

miskin


selamat hari raya semua! sila print berwarna duet di atas untuk duet raya ye tehehe...

teringat suatu masa tak terlalu lama dahulu, my dad tanya:

ayah: duet blanje ade?

gue: ade RM5...cukup2

ayah: rm5 je? loyer ade rm5 je? (sambil menggelakkan saya dihadapan anak2 buah dia)

cehhh...tulaa..sapa kata loyar kaya ha?

untuk anak2 buah gue: sory ye..mak ngah belom keje lagi...x dapek nk bg duet raye...print duet kt atas tu je ye heheheheheheheheh

Wednesday, June 29, 2011

sama ke?

"cantiknya baju..." ujar Ms. Prema kepada saya...

saya pun tersipu-sipu malu hee... (baca: bluwekkk kat diri sendiri)

then, on the way to the court just now, an indian man came out from his car and said to me:

"wah...lawa baju ini hari...itu punjabi suit ituu..."

aigoo...dua orang dah puji jubah seluar saya cantik asnd mistakenly taught it is punjabi suit...atau keduanya adalah sama? tapi mine is jubah seluar ok ;p



Friday, June 24, 2011

Primavera ku lenjun (or is it lencun?)

Berlari-lari daripada mahkamah ke office, saya masih lambat 2 minit dari S.T...demm...ni sume pasal itu jem...bos gue ni pulak awal benor smpainye...

Perjalanan ke Taiping dalam cuaca hujan. Ini perjalanan pertama ke Taiping untuk pergi ke Mahkamah...perjalanan pertama berdua dengan lelaki india tua hohoho...wekk...geli teman dengonye...

Kes hari ini adalah saman dalam kamar di mana kami memohon perintah injuksi interim terhadap pihak defendan yang sungguh greedy itu huhu..

Tuan hakim yang mendengar adalah Tuan ridwan...my dad’s close friend...masuk2 je dia dah sengeh tengok saya...pastu saja tanya kuat2 binti apa..adehlaa hoho ;p

Sesampai di court tadi pun S.T dah perkenalkan saya kepada lawyer2 yang lain...semua dok hulur tangan...jenoh nak elak wehhh..huk2...macam mana cara yang berkesang untuk mengelak ek? Tips please...

Dan disebabkan hari hujan yang sangat dahsat...habis kasut ku meraduk (not sure how to eja) leach dan lopak hujan...kesian kamu! Naseb baik my sembonia agak terlindung tadi....ohh dear, mahu kasut baru bole? Heeee :p

Maybe kena beli but kalis air untuk dipakai ke court ketika hujan huk2 T__T