Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 25, 2015

Sooo Hot!

Sekarang ni musim panas memang teruk sangat. Habis 2 botol air mineral besar tu i minum setiap hari.

Alhamdulillah.

Panas pun Alhamdulillah kan. Hujan pun Alhamdulillah.

Kita kena bersyukur. Ada sebab kenapa semua ini berlaku. 

Tapi manusia ni memang. Panas salah, sejuk salah hujan salah. Kita kena cuba ubah ungkapan sedemikian dan haruslah sentiasa bersyukur apa adanya.

Bak kata en. Hasben, Kome nak salahkan siapa ni? Sedar tak?

Macam contoh gini,

"Alaaa, baru je basuh kereta, hujan pulakkkk..."

Kita selalu dengar orang cakap camtu kan.Kiranya dia nak salahkan siapa tu?

 So, pasni kita kena ubah ok?

Teriknya matahari sekarang ni sama je macam masa kat Bali haritu. Panas Ya Ampun! Nak pergi jalan-jalan semua memang terikla matahari itu.

Tapi saya cakap apa tadi?

Alhamdulillah. Walaupun panas terik tapi leh jenjalan Bali dan kami sihat aje di sana Alhamdulillah.

Ni nak sambung hashtag throwback tuu..

#Throwback 3

Bali Day 2


Dalam kereta bersama Supir kami yang benama Bowo nak pergi ke mana ce teka.Tudung i tu jenama X hokay. Bukan sebab tak gosok bahahah :p #likeabos sebab ade supir uollss





Shuhhh...binatang itu tengah tido


Tried all these coffee, memang sedap! #coffeelover


Tadaaa! Inilah dia kopi luwak idaman en. Hasben. Kopi paling mahal katanya which is somehow true. Kami borong banyak gila sebab kat sini murah so sesiapa berminat boleh PM kami for best price!

Lepas pergi tempat buat kopi ni kami lunch kat tempat sejukkkkkk. Apa nama lupa hahaha...teruk (--')


ni lah gambar pemandangan masa lunch kami. Memang best. Sejuk dan cantek. Subhanallah. Satu lagi yang best kat Indon ni kat tepat makan diorg ada Musolla. Senang nak solat semua. Walaupun surau tu campur je laki ppuan tapi okla dari takde kan?



 Lepas lunch kami singgah Tegallalang. Tempat padi bukit ditanam. Sejuk dan memang cantek ciptaan Allah.



Ni gambar dinner tepi laut dekat Jimbaran. Patutnya dinner time sunset sebab memang cantek pemandangan sunset kat sini tapi sebab kami menggedik nak pergi spa together2 so lambat lah habis nye dan sampai sini dah malam. Tapi makanan seafood je memang marbeles. Nampak je mcm biasa tapi memang sedap banget.

Kalau nampak kat situ ada Teh Botol, itu air feveret i kalo kat indon. Start terjebak masa pergi bukittinggi dulu dan lepas tu terus jatuh chenta dan kalau order air memang takmo yang lain.

Lepas makan balik villa terus. Sebab kedai-kedai semua dah tutup, Kat bali ni kalo nak start jalan kena jam 9 walaupun jam 5pagi memang dah cerah dan kalau dah pukul 6 tu dah macam maghrib waktu malaysia. Nasib baik time kami pergi tu jalan tak macet sangat.

Seperti yang saya kabarin awal2 dulu, kami memang suka makan so gamba pasal makan je yang banyak hehe...tapi jalan kat Bali memang best!

Jom pergi lagi!


Monday, February 23, 2015

Gong Xi Fa Chai

Gong xi gong xi!

Cuti raya cina tahun ni sederet khamis jumaat so bestla 4 hari cuti. kebiasaannya kalau dah berderet cuti camni nak start kerja balik memang lemau je badan.

Kerja memang banyak tapi gua cool je. Fokus. fokus. fokus dan fuhh siapla kerja. yang tak siap kerja lagi tu boleh sambung esok kan hahah asalkan kerja untuk esok setel so here i am now typing this entry.

Bagus jugak start blogging balik ni. Bukan setakat boleh simpan semua memori tapi boleh jugak asah otak untuk ingat setiap perkara semula dan juga asah bakat menulis kahkahkah

Apa maksud simpan semua memori? Maksud nya banyak tapi haritu bila tengok balik entry lama, terjumpa balik resepi puding gula hangus yang sedap tu. Punyala carik mana buku resepi gua tu tapi tak jumpa2 so rasanya bolehlah abadikan resepi2 yang menjadi kat sini supaya tak hilang dan boleh carik balik.

Cakap pasai resepi cuti bebaru ni i buat kek butter uolls...

ala kek butter je pun yang kau kecoh sgt dah kenapa? 

yela gua bukan pandai masak so kalau menjadi tu memang berbunga2 la kalah musim bunga. Tambahan pula semalamnya tuh masak langsung tak jadik so bila menjadi kek ni memang diawangan gua malam tu.

Resepinya nantila gua share ye, sebab sekarang mood nak throwback lagi.

Walaupun banyak benda nak cita sepanjang cuti panjang raya cina ni, tapi gua nak cerita pasal ni dulu. 

Satu-satu laa...

banyak masa lagi kalau masih bernapas kan huuuu

#throwback 3 - Day 1

Honeymoon 
18.11.2014-22.11.2014

Destinasi Bali! ^_^v

Habis je kenduri, hari isnin tu kami pun dengan kelam-kabutnya kemas barang untuk terbang berbulan madu. Ceewah...cam geli pun ade hoho. terima kasih untuk encik ikhlas dan isteri yang sudi hantar kami ke airport, belanja williams dan juga hotel bajet sebelum kami terbang tu hehe.

Penerbangan kami jam 9 pagi sebab tulah kena awal kan. Dahla first time travel dengan en. hasben. dalam hati terdetik jugak, betul ke pakcik nak pergi travel dengan pokcik neh...so doa jela banyak2 supaya x jadi apa2 ;p


Gamba dalam kapal terbang sebelum telefon bimbit dimatikan

Terbang ke Bali 3 jam lamanya. Tapi sebab pagi so ok jela. Masa balik tu scary sikit sebab balik jam 8 malam dan hujan nasib baik ok je alhamdulillah. 


sampai je bali abg tyo (supir kami) ambil dan bawak datang makan sini. Dalam keadaan panas terik bali tu memang dahaga gila lah kan walaupun tak berapa lapa dan jam baru 11.30 pagi waktu tempatan so kami makan jelahhh...


ini je yang kami order. yelah tak tahu sebab first time makan. pastu sedap gila silap tak tambah. cuma makanan kat bali ni memang mahai tapi bagi kami yang suka makan ni bedal jelahhh. en. hasben minum es jeruk yang memang kalo korang g indon mesti order sebab memang sedap x masam. Kat indon ni jugak mereka memang x amalkan ais kot sebab air diorg termasuk es jeruk tu mana ada ais, semua sejuk je. kalau nak kena request ye kawan2.

Lepas makan, sebelum check-in, kami pergi Brasco bali jap shopping seluar, baju dan selipar en. hasben.

Bali Brasco ni dia macam factory outlet. memang murahla barang-barang dia. So siapa yang nak beli barang branded murah boleh beli kat sini. Kalau nak murah lagi sila beli kat China.


Tadaaaa! ni la villa kami. Jemput telengkan kepala untuk tengok ye.

 Swan yang tak menjadik haha

Private pool ni memang best sebab lepas keluar jenajalan di bawah terik mentari, balik bilik boleh terus terjun 

Ni dapur kami tempat gua masak dish pertama untuk en. hasben iaitu megi 

Kesian kami makan megi je malam tu sebab supir dah balik dah. tak tahu nak pergi makan mana. Konon-konon nak pergi jalan sendiri carik kedai makan, Rizal cakap (Baca: rizal tu pekerja villa ni. hari2 dia buatkan kami brekfes omelet dan telur keras sama jem stroberi) ada kedai dumpling halal dekat depan ni. Jalan punya jalan rupanya tutup. Pastu jalan lagi ingatkan indomaret (seveneleven versi indon) dekat tapi x jumpa2. Terjumpa kedai runcit pak abu je. Beli 3 paket megi sama air, balik bilik kira2 rupanya rm18 semuanya. Hantu betei pak abu, tipu kami rupanya.

Maka habislah perjalanan hari pertama kami di sana. Day 2 nanti pulak gua sambung. nak ready balik duluuuu....

p/s: Hari Raya Cina kat indon mereka panggil 'Imlek'. Imlek tahun lepas saya dan kakak sekeluarga pergi bercuti di Pekanbaru dan Bukittinggi. Untuk kisah itu nanti ye. Cekidaut later yo!

Selamat hari Imlek untuk rakyat Malaysia. 

Udah-udahla tu cuti. Bagila jalan x jem dah pls    

-_-'




Thursday, February 12, 2015

Lapar menjadi-jadi!

Jadi x jadi. lepas kawin asyik lapar je. menjadi-jadi. dulu masa belom kawin epal sebiji je tau untuk dinner. Sekarang jam 12 pun ngap gak kalau lapo hahaha...

hai!

Kerja macam kami ni memang. makan tak tentu nak pergi toilet sangat-sangat pun kena tahan. 

Sebab apa? 

Makan x tentu tu asalnya salah sendiri. siapa suruh bangun lambat dan tidak breakfast like a king kan? 

pergi kerja terus setelkan semua konon setel cepat tapi kekadang lambat jugak. So menahan semua itu buat kami terima macam-macam sakit bukan sahaja sakit perut tapi jugak sakit hati haha...

kenapa sakit hati?

suka hati kami la nak sakit hati. yela time kami lambat sikit pun korang tak pedulik sedangkan kami yang dok menunggu korang ni sabar je tau (baca: dalam hati mengamuk2) 

So sekarang tengah menunggu ni. menunggu jam 1. Nasik lemak bekal dari mak mertua dok melambai2...seronok pergi rumah mak mertua setiap pagi makan nasi lemak sebab en husben gila nasi lemak walaupun lemak dah banyak hahaha...

Sebelum makan gua nak hashtag terobek sket sambung yang semalam ;p

#throwback 2

My Wedding 14, 15 & 16 November 2014


Ni gambar after nikoh. my nikah dress was design by me dan dijahit oleh my dear cousin, seorang taylor kental dari pantai remis. baju en husben pulak ala2 fizo omar katanya. dia jahit kat mana ntah.

saja pilih tarikh 14.11.14. macam cantek je kan heh dan lagi 2 hari nak masuk bulan ketiga i survived him wuhaaaa...

15.11 belah gua. 16.11 belah en husben.

Ni baju masa resepsi belah i. tak nampak? memang xnak tunjuk pun hahaha...belakang tu abg zack yang 'rare' dan 'comey'. (sila baca dengan gaya abg zack. yang taktahu diam.)

itu gambo wefie masa outdoor shoot. gua saja pilih sekolah lama tempat en husben terlanggar bahu gua yang gengsta tak layan laki tym tu hewhew...

ohh...masa photoshoot kat area oldtown jugak ade satu kereta tu menjerit (baca: kereta tau bukan orang dalam kereta), 

SELAMAT PENGANTIN BARU!!! LAWANYA BAJU!!! 

pastu diorg lalu lagi,

RAPATLA LAGI RAPATLA LAGI...

pebende ntah mereka ni happy semacam. tak tau ke gua dah penat senyum dari semalam.


ni pulak gambo baju belah en. husben. outdoor dekat area faveret orang lain jugak iaitu plan b sebab kami xde plan A.

Semua org kata (baca: bukan semua, cakap besar aje) baju tu cantek dan jugak my make up that day. 


kek ni utk majlis potong kek sebelah malam kat rumah gua. sedap gilos. Nak order boleh pm i. i amek komisen 10% je pun jadila hohooo...saja order deko kekanak sikit sebab kita kan kanak2 ribena. 


potret keluarga gua kecuali ummu sarah yang takde dalam gamba.


ni pulak bergambar dengan ayah, adik ipar, mama, mak and abah.

So now i have, 

1) ibu ayah
2) mak abah
3) mama ayah
4) umi abah

abang ipar ada 4. anak saudara plak ade berapa entah nnt kita kira di segmen akan datang.

cukup setakat ini. 

boleh jejerit kuat2! yay...Saya dah kawinnnnn! 

anda bila pulak?

dah kawin.

dah berisi ke belum?

soalan seterusnya?

ahhh...korang pun dah hapal. kbai.

p/s: mari sambung kunyah ais di waktu lunch yang masih berbaki ini.

Wednesday, February 11, 2015

Otak Jem

Sejak semalam, otak aku jem terus. Rasa macam tak guna je apa yang belajar sebelum2 ni kan. Tambah2 banyak pulak keyboard warrior yang tak tahu apa2 dan komen itu ini. ada yang mengecam ade yang menyokong. mana-mana pihak tu terpulang kat korang lah yang pasti aku tahu aku kat pihak yang mana. 

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang Sabar. Itu yang aku belajar masa belajar dulu. Tak guna berdebat dengan orang yg stupid sebab nanti kita yang stupid jugak.

eh.

Kalau pasal tu aku belajar kat en husben aku la.

eh lagi.

bila kawin? tak bagi tahu pun. tanak kawan la cenggini heh. (baca: aku peduli apa)

di sebabkan otak jem dan en husben pun asyik kata bila nak update kewujudan dia kat blog ni, so i decided to do some throwback here. jgn marah na. 

hashtag blog aku ikut suka aku. sekarang dah musim hashtag so mari mengaplikasikan penggunaan hashtag itu #a#a#a...(paham dak. tak paham sudah)

#throwback 1

My Engagement 6.7.2013


Camne boleh terjebak? Pakcik ni la dulu. Dari sebelum kawin smpai dah kwin mmg suka buat kerja gila. Ade ke dia ajak gua kapel. Carik pasal ke ape haha...so i said to him kalo nak sangat pergilah masuk meminang and then trus dia call my dad and secara cepat mother's day that year mereka hantar cincin tanda and we are offically engaged!

ni gambar kek untuk cincin tanda sebenarnya tapi kami pandai jimat dengan menjadikannya kek hari ibu heheheh

credit pics to my BFF kak Nadia and her very the cute daughter marissa yang aunty geramssss sangat. Masa ini rindu my BFF saadah yang jauh di kuantan namun dekat di hati ceewah ;p

Glamer x majlis tunang i? Ada pelamin bagai...waktu tu tengah trend pelamin2 ni and my big sister jeles sebab masa dia sarung cincin dalam bilik je hahaha...to be honest gua pun bukannya nak beria bagai tapi dah ada makcik yang buat pelamin free so apedehal...bedal ajelah kan ;p


Itu pun gambar daripada kak nadia. Masa tunang ni i jimat je semua. Pelamin dah free. Makan pun buat minum petang je. Hantaran pun biasa2 je dlu tym kawin nnt barula nak beria bagai. make up pun cousin yang mekap pakai apa yang ada je tau hahaha...and aousin tu jugak yang tgkp gambar (walaupun gambar tersebut sehingga kini tiada dalam simpanan gua) and the best part is, baju tu baju my big sister masa reception dia. Jimat kan? i beli tudung baru je hahaha 

So siapa kata tunang tu banyak pakai duit? So ape lagi pergila bertunang cepat. eh, kalau nak jimat lagi xyah tunang. kawin je terus. setel.

Nak hashtag throwbcak seterusnya kah? sambung nantilah...nak ready2 angkat kaki...jumpa lain hari waktu otak jem lagi. 

kesian. 

eh. 

sekian.

Thursday, January 01, 2015

2015

First day kena marah. Sekian. 

Wednesday, February 12, 2014

Seabiscuit

Dah lama x ngedate ngn buku. Bz sgt sampai terabai buku2 gue. Sory boyfrensss. Will start again tonite yah. Thanks to coffee bean yg x sdp td yg buat mata gue cerah. Hope esok x bgun lmbt sbb kslo x mati gue dgn dato zainal.       Ni pun sbb 5 org dah tego gue kat court td ckp x abeh2 dgn seabiscuitnye. Ok fine esk bwk vanity fair. Seabiscuit tgu kat rumah ye sayangggg ;)    

Tuesday, February 11, 2014

Day 2

Done! Hee

Monday, February 10, 2014

Percubaan untuk bermula semula

Day 1 
Jog (baca: jalan) done! Mari makan wahahah

Monday, January 27, 2014

Testing

Salam semuaaaaa! Testing this new app via my goldilocks! 😘 till then...

Wednesday, January 08, 2014

...



Friday, January 03, 2014

Iman

Salam tahun baru semoa. semuga sihat-sihat hendaknya. Tahun baru sambut di mana?

Alhamdulillah sempena menyambut tahun baru dan meraikan ecah masuk sekolah 'takpayah' kami mengadakan kenduri kesyukuran + doa selamat + tahlil di rumah bebudak tahfiz di teluk anson. Seronok gila tgk bebudak tu. kecik2 dan muka bersih je.

Masa dah siap nak balik dan majlis dah habis semua, macam comel je ble pak ustaz cakap, 'ha, yang kecik tdo, yang besar kemas2...' maka yang kecik2 tu pun masuk dalam tdo. yang besar2 tu macam2 ada yang nak ngelat, nak buat keje senang je, jenuh pak ustaz assign them with chores.

Ada sorang budak kiut ni, keje dia hantar air yasin kat kereta setiap tetamu yang dtg. Saya dengan selamba je pun tolong arah budak tu, ha iman, pegi hantar air ni kat nunn....dia muka bercahaya comel2 dtg kat saya tanye, eh, macam mana kakak tahu nama iman?

haa, akk tahulaa, akak boleh bace (sambil tunjuk 2 jari dari mata i ke mata dia).

sampai sudah tak pueh ati camne gue tau nama dia. siap pegi kat kete ckp, smart la kete akk ni, kunun nak cuba tnye lagi mana i tau nama dia lettew hehehe 

masa nak balik punyela dia babai gue...so kiut. mudah-mudahan jadi hafiz yang terbaek ye adek!



 p/s: berazam kalo dpt anak laki nak hantar g tahfiz, boleh tak cenggitu? heheheheheh
 


Wednesday, September 25, 2013

Popular

Setelah tamatnya cerita Cinta Jannah semalam, maka tamatkan zaman popular gue di Mahkamah. Mana tidaknya, sebelum ni semua orang pun, eh Jannah, cerita yang petang-petang tu kan..bestla ceritanya...aah..dulu mana ada direktor nak bubuh nama Jannah sebagai heroin, sekarang tetiba plak gue femes kan haha...

yang kelakar tu semalam, ade kes kat Court Jenayah, tuan DPP tanya, eh Jannah, harini (which is semalam) ending cerita Jannah kan...mesti kena tengok ni. U tau i suka tengok cerita tu, gaya dan cara penceritaan dia, macam mana lelaki tu ambil kesempatan kat Jannah and all the while he himself are really in love with her bla..bla..bla...

...and that Tuan DPP ia a Chinese actually! haiyoo..x sangka ada gak orang cina suka tgk cerita melayu yang cliche neh...gue jugak yang suka tgk cite cina..apedaa..

p/s: balik rumah ecah cakap,
       ala, ending cinta Jannah entah apa2...diorang bersama semula jee

kannnnnn...

Best lagi cerita Cinta Melody :p

 

Tuesday, September 24, 2013

"The past cannot be changed, forgotten, edited or erased; it can only be accepted."


...and indeed, i am trying to live for what i have now...syukur alhamdulillah Dear Allah for everything...
 i have a very supporting family
           a very supporting extended family
           a very welcoming future family

...and a very busy career to live up my day to day.

And now, am a STUDENT again! haha...what a hectic life i live...barely breath but sooo grateful that my mommy is a very understanding mom! thank you so much ibu. Happy Belated Birthday!!!        

Thursday, March 21, 2013

SPM

Hari ini keputusan SPM keluar. maka berdebarlah sekalian calon ya..Tahniah bagi mereka yang lulus dengan cemerlang. bagi yang tidak, jangan khawatir, perjalanan anda masih panjang.

ceewah...ayat biasa kita dengar kan? hehe

kat radio pun topik ini hebat diperkatakan. masing-masing pun dok sibukla cerita pengalaman amik spm dolu2...gue dulu, thanks to my cousin yang  kerja di Kementerian Pelajaran, dapat tahu result awal, jadi mase amek tu, cool je..amek dengan penuh bergaya...kunun la kan... padahal masa tahu awal-awal tu, takut gila sebab my cousin tu tipu, dia siap marah and keciwa campur tidak percaya yang bm saya fail.

BM fail? memang gila nak nangis time tu. nasib baik tipu je. kalo betul malu jek jd orang melayu hohoho...

result spm saya sangat ohsem sampai sistem uitm tak boleh terima. tak caye? tengok gambo kat bawah...


kan? semua pro kat situ so hebat sangat sampai tak tercapai dek akal sistem tu...kehkehkeh...sory uitm..jangan marah na...

sory iiu, 
bukan takmo pergi ke kamu, 
tapi uang perbelanjaannya sungguh ku tak mampu,
moga peringkat master ku mampu ke situ.

Ameen!

 

Monday, March 18, 2013

4got to tell, like anybody cares!

sudah hampir lapan bulan dia pergi. sudah hampir 3 bulan saya di tempat kerja yang baru. eh, lupa nak bagitahu. ye..saya dah tukar tempat kerja. alhamdulillah kerja bertambah. dengan bertambahnya kerja yang bertambah-tambah, dengan itu mengalihkan fikiran gue dari memikirkannya. tapi bila dah tak sebok dah, mesti sedih. sekarang dah beransur ok sikit. dlu kalo teringat, mesti nangis tp sekarang kalo teringat, x sedih dah...kadang tergelak sorg2 sebab teringatkan semua yang manis2 :) walapun terasa bile orang2 cakap, bf je pun, yang sedih sgt tu kenapa...xpe2...nanti korang rasa sendiri ye.

well, ya...am in new place with my own room now! disebabkan kerja berlambak, x sempat nak decorate cantik-cantik lg...akan berusaha ke arah itu ye kawan-kawan...

kenapa tuka? ya..nanti saya cerita bab itu...sebab tetiba teringat kena carik kes untuk hujahan hehehehe...ciao!

p/s: terimas semua atas sokongan dan dorongan yang bisa buat gue tabah!

Sunday, March 17, 2013

saya sayang ecah, tiba-tiba

tiba-tiba gue sayang gilak sama ecah.

heh.

masa sesi masak memasak, ecah kantoi bgtahu ibu bf noje.

pastu ibu ibu tnya pulak kat dia:-

"bf angah sape?"

ecah blur: 'angah? angh ni?'

"yela sape lg" 

ecah: 'ooo bf angah abg airil...'

saya senyum gila2 sambil tahan air mata...tengkiu mek...soryla angah salu marah2 kamu huhuhu  








Ameen ya Rabb!

kerja paling malas

di antara kerja yang paling malas saya buat adalah:-

mengarang surat (--')

memanglah masa sekolah dlu, kalau nak skor penulisan, buatla esei menulis surat sebab senang. ikut je format. kompom dapat markah.

tapi masa sekolah senang. dah kerja ni, susa woo...i started writing letter formally when i work with an employment agency back then. because i'm the ONLY malay there, my boss make sure that i prepare all types of draft letter before i leave the company.

ble dah smbung belajar, dah kerja, bestla jugak ada kerani yang akan taipkan surat. tapi mereka taip surat simple-simple je. kalau surat yang susa tu, jenuh perah otak weh...tambah2 surat nak advice client. 

tapi dah tuka firm ni, surat simple pun kene taip sendiri :( takpe2...persediaan nak bukak firm sendiri nnt ceewah..

ni satu hal lagi, chairman suh taip surat pasal tajuk bawah neh,

Residents want Tamil interpreters at Teluk Intan court
Compiled by NG SI HOOI, NICHOLAS CHENG and A. RAMAN

INDIAN residents in Teluk Intan want Tamil interpreters at the Teluk Intan magistrate court, Makkal Osai reported.
They are unhappy there is no Indian interpreter working in the court now after three interpreters were transferred earlier.
The newspaper said many court cases had to be postponed to allow the court to bring in interpreters who were fluent in Tamil.

 -copy from the star online.

'Nurul, prepare a letter in malay address to hakim kanan bla3...nurul write a letter to secretary of Dato' Z bla3...'

sampai ble la baru nak habis mengarang surat neh..uhuk!

p/s: perkara saya paling malas buat= kemas katil!!! woha (gelak+macam+hamka) 




Saturday, March 16, 2013

A Whisper Of You


Tears streak my face
rolling silently down
where there once was a smile
is now only a frown.
Loneliness consumes me
but my love for you does too
all thats left in my head
are whispered images of you.
Half of me is missing
half my heart and soul
I'm trying to remain strong
but I'm slowly losing control.
I can't catch my breath
my chest feels so tight
if only you were here
to get me through each night.
I can barely recall
the feel of your skin
a whisper of you
is all I can summon from within.
I can't seem to remember
the curve of your face
the way that you smell
things only you being here can replace.
Gone is the sound
of your laughter on my ears
now all thats left
is the salty taste of my tears