Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 19, 2015

Mari Belajar Bahasa Inggeris #1

Kalau korang stress korang buat apa?

Kalau i, tengok video bawah ni berulang kali terus hilang stress bahahaha


Tau dah video ni dah lama viral tapi kelakar dia x habis so cam ulang banyak kali pun xpe heheheh

Sempena cuti sekolah ni adik-adik jom belajar bahasa inggeris sikit. i pun bukan terer so learning must go on forever tau?

Selalu kalau i tengok benda cantik or menarik or ape2 yang thorbaik i mesti cakap 'Niceeee...'

Maksud nice xpayah ceritalah kan. Semua tau. Boleh bukak dictionary kalau siapa x tahu. Jangan google je weh. Rajin sikit bukak kamus. (Bebel3...)

Jadi, selain cakap Nice tu je, boleh pelbagaikan penggunaanya iku keadaan. Kakak dah summarize seperti di bawah ini.

Other ways to say ‘Nice’ 

enjoyable
        adjective

(of an activity or occasion) giving delight or pleasure.
"they had an enjoyable afternoon"

synonyms: entertaining, amusing, delightful, nice, to one's liking, pleasant, congenial, lovely, fine, good, great, agreeable, pleasurable, delicious, delectable,diverting, satisfying, gratifying;

pleasurable
        adjective

pleasing; enjoyable.
"I arrived in a mood of pleasurable anticipation"


thoughtful
        adjective

1. absorbed in or involving thought.
"brows drawn together in thoughtful consideration"

synonyms: pensive, thinking, reflective, contemplative, musing, meditative, introspective, prayerful, philosophical, cogitative, ruminative, absorbed,engrossed, rapt, preoccupied, deep/immersed/lost in thought, in a brown study, brooding, broody, serious, studious, solemn, dreamy, dreaming, wistful, melancholy, sad; 


2. showing consideration for the needs of other people.
"he was attentive and thoughtful"

synonyms: considerate, attentive, caring, understanding, sympathetic, solicitous,concerned, helpful, friendly, obliging, accommodating, neighbourly,unselfish, kind, kindly, compassionate, tender, charitable,benevolent
"how very thoughtful of you!"


courteous
        adjective

polite, respectful, or considerate in manner.
"she was courteous and obliging to all"

synonyms: polite, well mannered, civil, respectful, deferential, well behaved, well bred;

lovely
        adjective

1. very beautiful or attractive.
"lovely views"

synonyms: beautiful, pretty, as pretty as a picture, attractive, good looking, appealing,  handsome, adorable, exquisite, sweet, personable, charming; 

noun
        informal

1. an attractive woman or girl.
"a bevy of lovelies"


likeable
        adjective

(especially of a person) pleasant, friendly, and easy to like.
"a very likeable young woman"

synonyms: pleasant, nice, friendly, agreeable, affable, amiable, genial, civil,personable, charming, popular, clubbable, good-natured, engaging, warm, pleasing, appealing, endearing,  convivial, congenial, winning, delightful, enchanting, attractive, winsome, fetching, captivating, lovable, adorable, sweet; 


pleasing
        adjective

satisfying or appealing.
"the pleasing austerity of the surroundings"


gracious
        adjective

1. courteous, kind, and pleasant, especially towards someone of lower social status.
"a gracious hostess"

synonyms: courteous, polite, civil, chivalrous, well -mannered,  decorous, gentlemanly,  
ladylike, civilized, tactful, diplomatic; 


2. showing divine grace.
"In the Name of Allah The Most Gracious the Most Merciful"

synonyms: merciful, forgiving, compassionate, kind, kindly, lenient, clement,pitying, forbearing, humane, mild, soft-hearted, tender-hearted, sympathetic; 


         Exclamation

used to express polite surprise.
"good gracious, that was close!"


congenial
        adjective

1. (of a person) pleasing or liked on account of having qualities or interests that are similar to one's own.
"his need for some congenial company"

synonyms: like-minded, compatible, kindred, well suited, easy to get along with;

         (of a thing) pleasant or agreeable because suited to one's taste or inclination.
"he went back to a climate more congenial to his cold stony soul"

synonyms: pleasant, pleasing, to one's liking, agreeable, enjoyable, pleasurable, nice,  appealing, engaging, satisfying, gratifying, fine, charming,delightful, relaxing, snug, welcome, welcoming, hospitable


cordial
        adjective

1. warm and friendly.
"the atmosphere was cordial and relaxed"

synonyms: friendly, warm, genial, affable, amiable, pleasant, fond, affectionate, warm-hearted, good-natured, gracious, hospitable, welcoming;


2. strongly felt.
"I earned his cordial loathing"

synonyms: intense, strong, acute, violent, fierce, keen, fervent, ardent, passionate;

          Noun

1. BRITISH
a sweet fruit-flavoured drink.
"wine cups and fruit cordials"

synonyms: squash, crush, concentrate
"I often drank water with fruit cordial"

2. a pleasant-tasting medicine.


admirable
        adjective

arousing or deserving respect and approval.
"he has one admirable quality—he is totally honest"

synonyms: commendable, worthy of admiration, worthy of commendation, praiseworthy, laudable, estimable, meritorious, creditable, exemplary,exceptional, notable, honourable, worthy, deserving, respectable,worthwhile; 


considerate
        adjective

careful not to inconvenience or harm others.
"she was unfailingly kind and considerate"

synonyms: attentive, thoughtful, concerned, solicitous, mindful, heedful, obliging,accommodating, helpful, cooperative, patient; 


Archaic

showing careful thought.
"be considerate over your handwriting"

Ok semua. Selamat belajar!



Wednesday, March 18, 2015

Rajin Masak?

Sejak berkahwin ini kena la rajin masak sikit (baca: sikit je tau).

Masa bujang dulu senang je hidup sebab fikirkan diri sendiri je tak perlu nak pikir perut orang lain.

Contoh perut lapar tengah-tengah malam, malas masak so tak payah la masak. Tidurkan diri dan makan esok pagi je. Tapi masa belajar dulu tahan makan jugak sebab nak jimat kan sebab tu la x masak (baca: Alasan cantik sikit daripada nak kata malas walaupun malas sebenarnya itu)

heh...

So sekarang dah kahwin kena la rajinkan diri dan happy-happy untuk masak. Nasib makan malam tak payah nak masak oleh yang demikian kenala rajin buat sarapan pagi at least kan. Sarapan pagi tu jugakla yang boleh jadi bekal lunch untuk diri sendiri. Kecuali rajin sikit masakla lauk mlm tu or ibu masak lauk banyak so boleh tapau nasik lauk ke opis.

Kena la berjimatkan. Lagipun tengah nak menyahut seruan #bawabekalkepejabat. GST yang mendatang ni lagi la tak tau macam mana huru hara hidup nnt so better praktis dari sekarang kan huhu.

Masa bulan pertama tu rajin buat bekal roti. Hari2 roti hahahah kesian en. Hasben kena makan roti je. Tapi intinya i tukar-tukar la xdela sama je.

Bukannya terer masak tapi takla loser sangat sampai tak reti masak. Tapi kalau bab masak ni kena amek mood lama sikit.

Mood nak masak datang bila en. Hasben bagi setepek kata i asyik dok basuh-lipat-baju-je.

Basuh lipat baju je is my fave house chores. Masa belajar dulu membasuh baju menggunakan tangan adalah hobi yang boleh menghilangkan stress. kalau stress je basuh baju. Setel. Best kan hobi i? kikiki

So bila mood datang jenuh nak pikir menu hari2 supaya menarik dan tidak membosankan.

Macam semalam i buat spageti goreng dengan salad.

Harini i buat breakfast: Roti John + salad sebab roti banyak kat rumah dan salad pun ado laie.

Gambar seperti dibawah + ade bekal lunch nasi sebab ibu masak lauk banyak yay tengkius ibu. luv luv luv




Esok nak masak ape pulak utk breakfast ye?


Monday, March 16, 2015

Entri dedikasi #1 : Kak Long

Salam alaik semua! 

Apa khabar kalian? Hujung minggu penuh kenduri? Sama la kita ya...

saya sedih sikit sebab kena tinggal dengan family. Mereka pergi langkawi tapi i kena attend kenduri huhuhu...

Apa yang best pasal kenduri?

The food of course! Nyummeh...and also meeting up friends, old friends, long time no see friends, relatives and cousins and the list goes on.

I bukan nak cerita pasal kenduri la. I nak dedicate this entry actually to a friend in my fb friend's list.

Macam yang i penah  post dolu2. Masa tu ada friendster je. Skrg dah ada fb so i will start all over again.

Mengikut list kawan yang ada dalam fb i tu, selepas en. hasben, the next in line as per the list is Kak Long!

Siapa kak long ni?

Dia sepupu paling tua belah my mother, paling tinggi, paling cantek paling bagus semua lah. And as the oldest, she is our Mrs. President untuk Cousin's Club Tok Dan Legacy.

Cousin's club kami memang happening. Kalau mana-mana cousins yang kawin kami mesti support dan yang paling penting tangkap gambar tu.

Siapa yang akan sibuk menangkap gambar time kenduri tuu?

Opkos la kak long. Kak long dan kamera smartphonenya ketika kenduri berpisah tiada.

Contoh gambar kat  bawah ni...

kak long yang kanan sekali pakai tudung coklat tu. Cantek kan?

Kak long tu macam idola saya la dulu. Budak taayah dan jugak LLB IIU. Bab tu jela sama. Bab lain tak hahahh...kak long sekarang pun kerja gaji masyuk gila dan alwys travel so masih nak jadikan kak long idola jugak lah boleh? heee

p/s: eh, ada satu lagi bab sama tapi xleh cerita. Rahsia :p

Oklah..nak pergi pick up clients kat train station and then pergi bawak deme makan dgn bos.

See ya.

Sblm log out, blanja satu gambar Cousin's Club jap,

 Tu pun belum cukup korum lagi tu. Ok daaaaaa.....

Thursday, March 12, 2015

Semalam

Semalam kali pertama menyambut hari lahir sebagai isteri orang.

Macam kelakar je bunyi nye kan hoho

Jam 11 lebih malam tu i dah ngantok dah. Habis 2 chapter buku i pun tido ler.

A few minutes after that tiba2 kena kejut, bilik gelap and then tengok ade surprise!!!


Gua pun tengah mamai2 tu pun bangun dan celik mata tgk lilin tu hahahah...kelakar la x pernah dapat cenggini kan heh...

By the way, thank you so much en. Hasben sebab susa2 je beli kek ni ngeee.

 Berikut adalah gambar2 hadiah yang gua nak sempena hari menjadi kecuali gambar barbie xde sebab itu hadiah surprise gak heh...

makan besar kat sini


the best dish of the day: salted fish!

We originally nak order salted chicken tapi xde pulak kat sini wuwuwuwu



Buku for me is only TFIOS and I am Malala. Lain tu buku en hasben. Yang the best is Album baru NOWSEEHEART! Korang kena beli sebab lagu dia best! 

oklah, kepala tingtong hangover semalam punya celebration + seharian outstation ke Kampar and Teluk Anson.

Sambung nanti.

Ciao.

Tuesday, March 10, 2015

Monday, March 09, 2015

Tanda Protes

Baca surat khabar atas talian harini menunjukkan PR MP's memakai pakaian serba hitam sebagai tanda protes DSAI dipenjarakan. 

Gua yang hari2 pakai hitam putih ni nak kira macam mana? hari2 protes?

Ke hari2 berkabung?

Mood: Cepatlah jam 545. Kain menimbun di rumah ohh

p/s: sebelum tu, jom pekena pisang cheese sat!

kbai.


gambar sekadar hiasan. tiada kena mengena dengan pisang mentah atau kek pisang

Friday, March 06, 2015

Hari-hari di Bali yang seterusnya...

#Throwback 3

Honeymoon

en. Hasben's first Nasik Padang

Rasa nasi padang ni biasa2 je. Ikut kat sesuatu tempat tula. Dia hanya nasik putih makan dengan lauk pauk. Macam kita makan nasik campur. Cuma cara dia sajikan tu je yang cambest. Dia hidang semua dalam pinggan kecik penuhkan meja tu dan kita hanya akan bayar utk lauk yang kita usik je.

Lauk kat atas ni kat Restoren Sederhana namanya. Tapi harganya tidak sesederhana namanya. Tapi saya syorkan makan nasik padang kat kedai ni sebab sambal ijo dia yang belah kiri skali bawah tu dalam gambar tu sedap banget.

Eh, tapi bukan sebab sambal tu sebenarnya. Tapi sebab kedai dia bersih dan lauk dia semua korang boleh makan. 

Maksudnye?

Masa i pergi bukittinggi ituhari, memang jenuh kami makan nasi padang aje disepanjang jalan. Pernah makan kat Restoren Terang Bulan yang fames gila kat sana tapi takleh go. 

Sebab apa?

Sebab, bau sikit. Kita yang tak biasa memang xleh go especially yang memilih makanan macam i. Kalau kat kedai lain i boleh makan ayam goreng dia je atau ikan masin atau tauhu.

Kalau kat kedai biasa2 diorg tepi jalan tu lagi laa xleh makan. Kena tahan napas sambil makan kot.

Eh, buat teruk lak saya. Korang pergi sendiri baru tahu. Sebabnye,masa kat Bukittinggi tu kami makan kat Restoren Sederhana jugak dan i makan memang puas dan kenyangggg.

My first Ayam Penyet from Wong Solo, Bali

Poyo tak gua kat Bali baru pernah try Wong Solo neh. Memang thorbaek sedap dia. Dan antara yang termurah kat Bali ni. Bila try balik kat Shah Alam ituhari masa tym convo x sedap macam kat Bali. Keciwaaa...


Tempat wajib tangkap gambo, Tanah Lot



Ini sahajalah gambar-gambar yang saya nak share. Ada lagi tempat yang kami tak leh taangkap gambar contohnya masa gi spa dan parasailing. Parasailing tu memang best gilak. Tapi tobat takmo pi dah.

Sekian perkabaran dari Bali. Semuga kita ketemu lagi.

Pergi Bali murah je so jom pergi Bali!

Wednesday, February 25, 2015

Sooo Hot!

Sekarang ni musim panas memang teruk sangat. Habis 2 botol air mineral besar tu i minum setiap hari.

Alhamdulillah.

Panas pun Alhamdulillah kan. Hujan pun Alhamdulillah.

Kita kena bersyukur. Ada sebab kenapa semua ini berlaku. 

Tapi manusia ni memang. Panas salah, sejuk salah hujan salah. Kita kena cuba ubah ungkapan sedemikian dan haruslah sentiasa bersyukur apa adanya.

Bak kata en. Hasben, Kome nak salahkan siapa ni? Sedar tak?

Macam contoh gini,

"Alaaa, baru je basuh kereta, hujan pulakkkk..."

Kita selalu dengar orang cakap camtu kan.Kiranya dia nak salahkan siapa tu?

 So, pasni kita kena ubah ok?

Teriknya matahari sekarang ni sama je macam masa kat Bali haritu. Panas Ya Ampun! Nak pergi jalan-jalan semua memang terikla matahari itu.

Tapi saya cakap apa tadi?

Alhamdulillah. Walaupun panas terik tapi leh jenjalan Bali dan kami sihat aje di sana Alhamdulillah.

Ni nak sambung hashtag throwback tuu..

#Throwback 3

Bali Day 2


Dalam kereta bersama Supir kami yang benama Bowo nak pergi ke mana ce teka.Tudung i tu jenama X hokay. Bukan sebab tak gosok bahahah :p #likeabos sebab ade supir uollss





Shuhhh...binatang itu tengah tido


Tried all these coffee, memang sedap! #coffeelover


Tadaaa! Inilah dia kopi luwak idaman en. Hasben. Kopi paling mahal katanya which is somehow true. Kami borong banyak gila sebab kat sini murah so sesiapa berminat boleh PM kami for best price!

Lepas pergi tempat buat kopi ni kami lunch kat tempat sejukkkkkk. Apa nama lupa hahaha...teruk (--')


ni lah gambar pemandangan masa lunch kami. Memang best. Sejuk dan cantek. Subhanallah. Satu lagi yang best kat Indon ni kat tepat makan diorg ada Musolla. Senang nak solat semua. Walaupun surau tu campur je laki ppuan tapi okla dari takde kan?



 Lepas lunch kami singgah Tegallalang. Tempat padi bukit ditanam. Sejuk dan memang cantek ciptaan Allah.



Ni gambar dinner tepi laut dekat Jimbaran. Patutnya dinner time sunset sebab memang cantek pemandangan sunset kat sini tapi sebab kami menggedik nak pergi spa together2 so lambat lah habis nye dan sampai sini dah malam. Tapi makanan seafood je memang marbeles. Nampak je mcm biasa tapi memang sedap banget.

Kalau nampak kat situ ada Teh Botol, itu air feveret i kalo kat indon. Start terjebak masa pergi bukittinggi dulu dan lepas tu terus jatuh chenta dan kalau order air memang takmo yang lain.

Lepas makan balik villa terus. Sebab kedai-kedai semua dah tutup, Kat bali ni kalo nak start jalan kena jam 9 walaupun jam 5pagi memang dah cerah dan kalau dah pukul 6 tu dah macam maghrib waktu malaysia. Nasib baik time kami pergi tu jalan tak macet sangat.

Seperti yang saya kabarin awal2 dulu, kami memang suka makan so gamba pasal makan je yang banyak hehe...tapi jalan kat Bali memang best!

Jom pergi lagi!


Monday, February 23, 2015

Gong Xi Fa Chai

Gong xi gong xi!

Cuti raya cina tahun ni sederet khamis jumaat so bestla 4 hari cuti. kebiasaannya kalau dah berderet cuti camni nak start kerja balik memang lemau je badan.

Kerja memang banyak tapi gua cool je. Fokus. fokus. fokus dan fuhh siapla kerja. yang tak siap kerja lagi tu boleh sambung esok kan hahah asalkan kerja untuk esok setel so here i am now typing this entry.

Bagus jugak start blogging balik ni. Bukan setakat boleh simpan semua memori tapi boleh jugak asah otak untuk ingat setiap perkara semula dan juga asah bakat menulis kahkahkah

Apa maksud simpan semua memori? Maksud nya banyak tapi haritu bila tengok balik entry lama, terjumpa balik resepi puding gula hangus yang sedap tu. Punyala carik mana buku resepi gua tu tapi tak jumpa2 so rasanya bolehlah abadikan resepi2 yang menjadi kat sini supaya tak hilang dan boleh carik balik.

Cakap pasai resepi cuti bebaru ni i buat kek butter uolls...

ala kek butter je pun yang kau kecoh sgt dah kenapa? 

yela gua bukan pandai masak so kalau menjadi tu memang berbunga2 la kalah musim bunga. Tambahan pula semalamnya tuh masak langsung tak jadik so bila menjadi kek ni memang diawangan gua malam tu.

Resepinya nantila gua share ye, sebab sekarang mood nak throwback lagi.

Walaupun banyak benda nak cita sepanjang cuti panjang raya cina ni, tapi gua nak cerita pasal ni dulu. 

Satu-satu laa...

banyak masa lagi kalau masih bernapas kan huuuu

#throwback 3 - Day 1

Honeymoon 
18.11.2014-22.11.2014

Destinasi Bali! ^_^v

Habis je kenduri, hari isnin tu kami pun dengan kelam-kabutnya kemas barang untuk terbang berbulan madu. Ceewah...cam geli pun ade hoho. terima kasih untuk encik ikhlas dan isteri yang sudi hantar kami ke airport, belanja williams dan juga hotel bajet sebelum kami terbang tu hehe.

Penerbangan kami jam 9 pagi sebab tulah kena awal kan. Dahla first time travel dengan en. hasben. dalam hati terdetik jugak, betul ke pakcik nak pergi travel dengan pokcik neh...so doa jela banyak2 supaya x jadi apa2 ;p


Gamba dalam kapal terbang sebelum telefon bimbit dimatikan

Terbang ke Bali 3 jam lamanya. Tapi sebab pagi so ok jela. Masa balik tu scary sikit sebab balik jam 8 malam dan hujan nasib baik ok je alhamdulillah. 


sampai je bali abg tyo (supir kami) ambil dan bawak datang makan sini. Dalam keadaan panas terik bali tu memang dahaga gila lah kan walaupun tak berapa lapa dan jam baru 11.30 pagi waktu tempatan so kami makan jelahhh...


ini je yang kami order. yelah tak tahu sebab first time makan. pastu sedap gila silap tak tambah. cuma makanan kat bali ni memang mahai tapi bagi kami yang suka makan ni bedal jelahhh. en. hasben minum es jeruk yang memang kalo korang g indon mesti order sebab memang sedap x masam. Kat indon ni jugak mereka memang x amalkan ais kot sebab air diorg termasuk es jeruk tu mana ada ais, semua sejuk je. kalau nak kena request ye kawan2.

Lepas makan, sebelum check-in, kami pergi Brasco bali jap shopping seluar, baju dan selipar en. hasben.

Bali Brasco ni dia macam factory outlet. memang murahla barang-barang dia. So siapa yang nak beli barang branded murah boleh beli kat sini. Kalau nak murah lagi sila beli kat China.


Tadaaaa! ni la villa kami. Jemput telengkan kepala untuk tengok ye.

 Swan yang tak menjadik haha

Private pool ni memang best sebab lepas keluar jenajalan di bawah terik mentari, balik bilik boleh terus terjun 

Ni dapur kami tempat gua masak dish pertama untuk en. hasben iaitu megi 

Kesian kami makan megi je malam tu sebab supir dah balik dah. tak tahu nak pergi makan mana. Konon-konon nak pergi jalan sendiri carik kedai makan, Rizal cakap (Baca: rizal tu pekerja villa ni. hari2 dia buatkan kami brekfes omelet dan telur keras sama jem stroberi) ada kedai dumpling halal dekat depan ni. Jalan punya jalan rupanya tutup. Pastu jalan lagi ingatkan indomaret (seveneleven versi indon) dekat tapi x jumpa2. Terjumpa kedai runcit pak abu je. Beli 3 paket megi sama air, balik bilik kira2 rupanya rm18 semuanya. Hantu betei pak abu, tipu kami rupanya.

Maka habislah perjalanan hari pertama kami di sana. Day 2 nanti pulak gua sambung. nak ready balik duluuuu....

p/s: Hari Raya Cina kat indon mereka panggil 'Imlek'. Imlek tahun lepas saya dan kakak sekeluarga pergi bercuti di Pekanbaru dan Bukittinggi. Untuk kisah itu nanti ye. Cekidaut later yo!

Selamat hari Imlek untuk rakyat Malaysia. 

Udah-udahla tu cuti. Bagila jalan x jem dah pls    

-_-'




Thursday, February 12, 2015

Lapar menjadi-jadi!

Jadi x jadi. lepas kawin asyik lapar je. menjadi-jadi. dulu masa belom kawin epal sebiji je tau untuk dinner. Sekarang jam 12 pun ngap gak kalau lapo hahaha...

hai!

Kerja macam kami ni memang. makan tak tentu nak pergi toilet sangat-sangat pun kena tahan. 

Sebab apa? 

Makan x tentu tu asalnya salah sendiri. siapa suruh bangun lambat dan tidak breakfast like a king kan? 

pergi kerja terus setelkan semua konon setel cepat tapi kekadang lambat jugak. So menahan semua itu buat kami terima macam-macam sakit bukan sahaja sakit perut tapi jugak sakit hati haha...

kenapa sakit hati?

suka hati kami la nak sakit hati. yela time kami lambat sikit pun korang tak pedulik sedangkan kami yang dok menunggu korang ni sabar je tau (baca: dalam hati mengamuk2) 

So sekarang tengah menunggu ni. menunggu jam 1. Nasik lemak bekal dari mak mertua dok melambai2...seronok pergi rumah mak mertua setiap pagi makan nasi lemak sebab en husben gila nasi lemak walaupun lemak dah banyak hahaha...

Sebelum makan gua nak hashtag terobek sket sambung yang semalam ;p

#throwback 2

My Wedding 14, 15 & 16 November 2014


Ni gambar after nikoh. my nikah dress was design by me dan dijahit oleh my dear cousin, seorang taylor kental dari pantai remis. baju en husben pulak ala2 fizo omar katanya. dia jahit kat mana ntah.

saja pilih tarikh 14.11.14. macam cantek je kan heh dan lagi 2 hari nak masuk bulan ketiga i survived him wuhaaaa...

15.11 belah gua. 16.11 belah en husben.

Ni baju masa resepsi belah i. tak nampak? memang xnak tunjuk pun hahaha...belakang tu abg zack yang 'rare' dan 'comey'. (sila baca dengan gaya abg zack. yang taktahu diam.)

itu gambo wefie masa outdoor shoot. gua saja pilih sekolah lama tempat en husben terlanggar bahu gua yang gengsta tak layan laki tym tu hewhew...

ohh...masa photoshoot kat area oldtown jugak ade satu kereta tu menjerit (baca: kereta tau bukan orang dalam kereta), 

SELAMAT PENGANTIN BARU!!! LAWANYA BAJU!!! 

pastu diorg lalu lagi,

RAPATLA LAGI RAPATLA LAGI...

pebende ntah mereka ni happy semacam. tak tau ke gua dah penat senyum dari semalam.


ni pulak gambo baju belah en. husben. outdoor dekat area faveret orang lain jugak iaitu plan b sebab kami xde plan A.

Semua org kata (baca: bukan semua, cakap besar aje) baju tu cantek dan jugak my make up that day. 


kek ni utk majlis potong kek sebelah malam kat rumah gua. sedap gilos. Nak order boleh pm i. i amek komisen 10% je pun jadila hohooo...saja order deko kekanak sikit sebab kita kan kanak2 ribena. 


potret keluarga gua kecuali ummu sarah yang takde dalam gamba.


ni pulak bergambar dengan ayah, adik ipar, mama, mak and abah.

So now i have, 

1) ibu ayah
2) mak abah
3) mama ayah
4) umi abah

abang ipar ada 4. anak saudara plak ade berapa entah nnt kita kira di segmen akan datang.

cukup setakat ini. 

boleh jejerit kuat2! yay...Saya dah kawinnnnn! 

anda bila pulak?

dah kawin.

dah berisi ke belum?

soalan seterusnya?

ahhh...korang pun dah hapal. kbai.

p/s: mari sambung kunyah ais di waktu lunch yang masih berbaki ini.