"Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelanggan itu kehairanan.
"Ya! Apa peliknya?"
"Baik, tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjemaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya! Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!. Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin. Lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia seorang diri bagai kera sumbang.
"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam solat jemaah Subuh," ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa.
Suapnya perlahan. Macam tidak lalu makan sahaja.
"Anta tak tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah.
Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar memasang telinga sahaja.
"Ana nak sedekahkan 5 ribu ringgit...malang nasib ana. Ana tunggu 5 jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana," keluhnya.
"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ni. Dahla nanti di akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita. Oh...!" keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.
"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, boleh dapat kita korbankan harta yang banyak ni. Saya pun dapat harta ni melalui warisan oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementeriannya...saya nak labur habis-habisan. Biar! Jadi saham akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.
Mereka pun makan perlahan-lahan. Datuk Dr. Johar makin pelik.
"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan...berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan..." kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negara atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya.
Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada pun khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, InsyaAllah kita tak perlu ke hospital!"
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ni?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya..."
"Batalkan order saya tadi, banyak cakap sangat, boring. Saya perlu hiburan sekarang...Di mana saya boleh dapati?" tanyanya.
"Di sana, tuan melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana. Tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma,".
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam-macam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya dia masih kelihatan kolot...Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYELESAIAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA oh...oh...seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ni? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr. Johar. Dia beralih ke butang hijau, tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti...FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMATNYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang akhirat. Apa nak jadi ni?
"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat disebelahnya.
"Nanti ya, pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot! Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar.
Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran bergema...
"Eh...ni suara orang megaji,"
"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru meyusul lagunya," kata pemuda berjubah coklat itu sambil matanya ditutup rapat-rapat.
Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema...Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta...stanza hati merindu Ilahii...Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata...
"Saya bayar dengan kad kredit saja!"
Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi tuan. Kad kredit ini bukan yang kami boleh terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.
Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang yang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas:'KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH'. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan beserta anak-anak mereka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah meyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk...! Datuk...! Bangun, Datuk. Ada berita buruk!"
Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah?" tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Datuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis mereka mau apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam?" keluh Datuk Dr. Johar.
Digosok-gosok lagi matanya.
ISLAM adalah tertinggi...tiada yang lebih tinggi melainkan ISLAM...
About Me
- Heaven113
- Mengikut kajian Dr. Fadzilah Kamsah mengenai Rahsia Tahun Kelahiran, gue mempunyai kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal dan seorang yang mempunyai bakat seni dalam bidang muzik wahahahaha ;p
Hi!
Favorites
Blogger
-
-
Semoga...10 years ago
-
ponponponpon......12 years ago
-
Pend*sa5 days ago
-
Dua tiga tujuh tiga belas11 years ago
-
Rindu13 years ago
-
TRIP TO CYBERJAYA LODGE & SPA RESORT12 years ago
Followers
Subscribe
Powered By
Blogger Template From:
Free Blogger Skins
Wednesday, February 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
any fool can make a history, but it takes a genius to write it
-oscar wilde-
-oscar wilde-
if there were no bad people, there would be no good lawyers.
~ Sir Charles Dicken
~ Sir Charles Dicken
2 comments:
ni citer ko sndri ke cedok maner2??
Excellent, love it! Walgreens vicodin Remote control car alarms uk cindy crawford &aposs skin care line business insurance debt help Black card casino game jack odds software acuvue kitchen islands Spyware apple Printable no limit texas holdem rules Diazepam lutrol Mortgage refinancing checklist Japanese fishing boat http://www.subaru-outback-slush-mats.info whirlpool refrigerator filter
Post a Comment