Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, May 10, 2011

baik ke?

Sewaktu berjalan-jalan suatu masa dahulu, terlihat akan ku seorang lelaki dengan gaya ala-ala lelaki ganas, berpakaian serba hitam dengan besi2 bagai di badan, menghulur wang kertas kepada makcik2 yang duduk di tepi2 jalanan itu…wah…macam tidak percaya sahaja…(nota untuk diri sendiri: itulah, org puteh kata ‘don’t judge a book by its cover’ huk2) dan dengan itu, terlintas difikiranku, macam mana nak tahu sama ada lelaki itu baik atau tidak…tengok pada luaran pun salah, tidak tengok pun salah…aduhaiii....

Tengok rancangan Cari Menantu 2 hari itu, ada temuramah dengan sekalian perempuan mengenai calon pilihan suami idaman…macam biasa…pilihan tipikal,

i. Hemsem
ii. Baik
iii. Educated
iv. Memahami
v. Pandai ambil hati
vi. Bla3…

Sedang tiada kerjaan untuk dilakukan, gue pun meng’google’ tentang topik ini…ini ada terjumpa petua mencari lelaki yang baik,

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Ehem….ehem… agak2nya siapa yang ada ciri2 begini ye?



asyraf imam muda? opkos! tapi tetttt sudah tidak available heee



ashraf muslim kah? oopsie..cannot2...baru sahaja bertunang hari itu huuuu

ohhhh....siapakah...dimanakah....bestnyeee kalau dapat macam fahri ngeee~~~



ada syiapa2 yang sudi menjadi fahriku? hehehe ^_~v

nota kaki: tajuk ini sudah berkurun nak di'upload'...baru ada ide hendak menaipnya gugugu huuu

0 comments: