Ape kita nak jawab kalau ada orang bukan islam tanye:
"Orang islam kata tak boleh sembah itu patung, pokok, dan benda2 lain selain tuhan Allah...tapi kenapa orang islam sendiri sembah itu rumah empat segi dekat mekah?"
JAWAPAN: Orang Islam menyembah Ka?abah ?? sebagaimana orang-orang bukan Islam menyembah Jesus Christ, patung-patung dan gambar-gambar ??.
Jawapannya : Sebelum dijelaskan jawapannya, rasanya elok lah kita adakan perbandingan di antara maksud ?menyembah? (ibadah) dengan ?mengadap? (tawajjuh).
Beribadah : Ialah melakukan sesuatu amalan kepada yang disembah dengan penuh harapan, takut, hormat dan penuh rasa rendah-diri di samping,dengan menjaga adab-adab dan disiplinnya, di masa yang sama, kita melahirkan keagungan dan kebesaran Yang Disembah (Ma?abud).
Mengadap : Mengarahkan dan menjuruskan muka dan seluruh anggota-badan kita ke satu arah iaitu arah hadapan kita.
Itulah definasi ?menyembah? (beribadah) dan ?mengadap? secara sepintas lalu.
Allah Ta'ala sebagaimana di dalam Surah al-Baqarah (ayat 149-150 ) tidak pernah menyuruh umat Islam MENYEMBAH Ka'abah dan selain Allah Ta'ala. Bahkan sebenarnya, hanya MENGHADAPKAN diri-diri mereka ke arahnya. Kerana itu dinamakan Ka'abah itu sebagai KIBLAT iaitu (satu arah yang dihadapi). Ianya sebagai wasilah (alat) kita di dalam beribadah, bukannya "ghoyah" (matlamat) kita, kerana ghoyah kita adalah Allah Ta'ala.
Ianya juga diciptakan Allah Ta'ala, sebagai SIMBOL kesatuan umat Islam. Iaitu semua umat Islam tatkala menunaikan solat, mereka semua bersatu dan sama-sama menjuruskan badan-badan mereka ke arah Ka'abah, manakala hati-hati mereka dan perasaan serta doa mereka dijuruskan kepada pencipta Ka'abah itu, Allah Ta'ala.
Andainya Ka?abah dihancurkan, sebagaimana pernah dilakukan oleh Tentera Qaramitoh drp Bahrain (mereka ni bermazhab Batiniyyah) satu ketika dahulu, umat Islam tetap tidak hilang punca untuk beribadat. Mereka tetap mendirikan solat kerana Allah Ta?ala dan untuk Allah Ta'ala. Dan kalaulah, Ka?abah dihanyutkan ke laut ?( sekadar contoh ), maka umat Islam akan tetap mengadap ke arah asal Ka'abah di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, bukannya ke arah di mana Ka?abah itu dihanyutkan.
Manakala non-muslim pula , mereka tidak menggunakan salib dan patung-patung sebagai wasilah sahaja , bahkan mereka sembah juga salib dan patung-patung itu. Dalilnya, kalau tiada salib, gambar Jesus Christ, patung-patung dan altar, bolehkan mereka menunaikan ibadah mereka ?. Tentu sahaja tak boleh ?.
Hatta, kalau kita pegang patung mereka dan kita gerakkan patung-patung sembahan mereka ke kanan dan ke kiri, di masa mereka mengadap ke arah patung-patung mereka, mereka pun turut akan ke kanan dan ke kiri. Dan kalau kita , gerak-gerakkan patung-patung mereka, mereka pun sama bergerak-gerak seperti itu, tak ubah macam orang berjoget-joget.
Kerana itu, non-muslim selalu bertanya diri-diri mereka sendiri : ?Bagaimana kita mahu sembahyang kalau tak ada salib, gambar Jesus, buah-buahan, colok-colok dan patung-patung :-/ .
Walhal, umat Islam, kalau tiada sejadah, mereka tetap boleh mendirikan solat, asalkan tempat didirikan solat itu suci. Kalau tiada masjid dan musolla (surau), mereka tetap boleh mendirikan solat.
Kiblat dihadapi dan dijurusi daripada satu sudut sahaja. ( Jurusan kiblat bagi kita di Malaysia ialah di arah Barat Laut , satu jurusan saja bagi setiap negeri, bukannya di KL orang mengadap ke arah Barat-Laut tapi di Johor Bharu pula mengadap ke arah Barat-Daya ), Walhal, patung-patung sembahan non-muslim diletakkan di berbagai arah dan penjuru. Tiada lambang kesatuan ibadah di antara non-muslim apatah lagi, tuhan-tuhan dan patung-patung sembahan mereka pula berlainan di antara satu sekte (puak) dengan puak yang lain, walaupun daripada agama yang sama. Contohnya ada patung Budha yang buncit perutnya, ada pula yang kurus dan bertelinga panjang, Hinggakan pernah Al-Fadhil Ustaz Hussein Yee ( bekas pendakwah PERKIM ) menceritakan pengalamannya berdakwah di Texas, USA pada tahun 1995, beliau bertemu dengan sekelompok orang-orang kulit hitam USA yang menyembah patung Jesus Christ yang dicat dengan warna hitam sebagai satu respon di atas tindakan orang-orang putih USA yang memandang rendah kepada mereka.
Nampaknya, non-muslim tetap tidak berjaya untuk kelirukan umat , bahawa umat Islam ni menyembah Ka?abah. Dan memang tak serupa langsung cara ibadah kita dengan mereka. Dan kalau ditanya kepada budak darjah satu sekali pun , dia tetap tahu bahawa dia sembahyang ke arah Kiblat bukanlah menyembah Ka?abah itu. Dan tak pernah ada ibu-bapa muslimin, walaupun yang jahil sekalipun, mengajar anak mereka MENYEMBAH Ka?abah ataupun bermohon kepada Ka?abah, tetapi BERIBADAH HANYA kepada Allah Ta?ala dan BERMOHON (doa) kepada-Nya.
Kita mengadap ke arah Ka?bah ketika SOLAT dan mengelilinginya (towaf) ketika melakukan ?umrah dan haji adalah KERANA menghormati dan menjunjung perintah Allah Ta?ala. Bukannya kerana menyembah Ka?abah itu.
Samalah seperti kita diminta oleh ibu-bapa kita agar mandi di dalam bilik air, lalu kita turuti, maka adakah ini ertinya ?kita menyembah bilik air? ??. Tidak sama sekali !!!?.kecualilah kalau yang memikirkan sedemikian adalah orang-orang yang kurang siuman.
About Me
- Heaven113
- Mengikut kajian Dr. Fadzilah Kamsah mengenai Rahsia Tahun Kelahiran, gue mempunyai kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal dan seorang yang mempunyai bakat seni dalam bidang muzik wahahahaha ;p
Hi!
Favorites
Blogger
-
-
Semoga...10 years ago
-
ponponponpon......12 years ago
-
Pend*sa5 weeks ago
-
Dua tiga tujuh tiga belas11 years ago
-
Rindu13 years ago
-
TRIP TO CYBERJAYA LODGE & SPA RESORT13 years ago
Followers
Subscribe
Powered By
Blogger Template From:
Free Blogger Skins
Tuesday, April 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
any fool can make a history, but it takes a genius to write it
-oscar wilde-
-oscar wilde-
if there were no bad people, there would be no good lawyers.
~ Sir Charles Dicken
~ Sir Charles Dicken
1 comments:
Looking for information and found it at this great site... » » »
Post a Comment