Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 11, 2010

Jahat Budak Jahat!

Tahun in merupakan tahun yang agak malang buat gue…nak tahu kenapa? Heh…entah berapa banyak saman daa saya kutip ini tahun…sebelum ini saya tak pernah dapat pun…eh cop2 tapi kalau setakat saman DBI yang 20 hengget tuh ayah kata koyakkan aje…hik2… ;p

Saman-saman tersebut adalah seperti berikut:

1. saman bernilai RM 300 kerana melanggar lampu merah
2. saman dari mahalah kerana lambat pulang di akhir semester lepas
3. saman kerana memakai tshirt dan jeans di malam hari
4. saman kerana kereta saya mengganggu lalu lintas di depan pasar dua hari sebelum raya

what the eff…

kali pertama dalam hidup…saya menerima waran tangkap untuk saman yang pertama…wahahaha memang lucu…antara semua anak2 ayah, saya yang baik yang pelajar undang2 kunun2 inilah yang dapat waran…mengong betul hua3…memang lucu…rasa nak frame waran tangkap tu dan gantung sebelah ijazah undang2 gue nanti hik2

saman kedua satu lagi…ada ka patut saya dikatakan masih berada di asrama padahal saya sudah pulang…mahalah memang mengong…tanyala semua budak iiu…semua pasti setuju

untuk saman ketiga…satu lagi kegilaan iiu…eh bukan salah iiu sebenarnya tapi salah mereka yang konon2 nya bekerja demi kesejahteraan iiu..ceh..sudahlah…(nota kaki: iiu memang suka saman pelajar…this is how they generate money to make their annual grand dinner hua3 ;p)

saya bengang gilak malam tu sebab that so-called ustaz cakap saya pakai seluar jeans ketat…bengong betul…seluar baggy saya tu dia cakap ketat…padahal akak yang tulis saman tu pun pakai jeans jugak…lagi ketat…nampak lemak2 tuh…rilek je diorang tengok…it’s not fairrrrr!

Untuk saman terakhir…korang fikirlah sendiri macam mana saya selesaikan ya…tapi untuk keempat-empat saman tersebut, saya hanya rugi rm50…berbaloi ke tak? Huh…terpaksa potong bajet untuk membeli buku huhuhu…

Semester ini agak menyedihkan untuk saya…disebabkan itu bery2 saya terpaksa pendamkan jiwa dan raga untuk membeli buku2 huuuu…sekarang ni nak renew license pun terpaksa dilambatkan untuk memastikan duit untuk makan cukup..sedih tak? Huuu...

Heh..rahsia neh…jangan bagitahu orang…lessen saya dah mati masa balik raya hari itu..x sedar langsung hua3…ni nak balik raya haji ni nak pergi renew ke tak? ;p






0 comments: