Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 09, 2011

Juvana itu!

Kes melibatkan seksyen 414 kanun keseksaan…jika disabit kesalahan, OKT boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak lebih daripada 7 tahun…denda juga bias dikenakan…

Disebabkan OKT merupakan seorang di bawah umur, maka amaran hanya diberikan dan OKT hendaklah melaporkan diri ke jabatan kebajikan masyarakat untuk laporan akhlak…

Dalam kes ini juga, kasihan si ibu…budak itu apatah lagi…ranjit dan ulat2nya telah memperdaya si ibu dengan mahu mengambil kes tersebut…buka fail sahaja sudah rm250 kata si ibu…si ibu risau jika anaknya didapati bersalah kerana rekodnya pasti buruk memandangkan budak tersebut ingin melanjutkan pelajaran (ya kah? Tengok muka macam tidak aje..hee)

Tuan nas dengan tenang dan baik hatinya menerangkan kepada si ibu bahawa anaknya masih di bawah umur, jadi tiada sebarang hukuman berat akan diberikan. Rekod buruk juga tidak ada. Jika dia mengaku bersalah, kes ini akan selesai tanpa sebarang masalah di masa hadapan. Tetapi, jika dia tidak mengaku bersalah dan meminta untuk dibicarakan, maka jika dia didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman seperti lelaki dewasa dan dengan itu, kes tersebut pasti tersebar.

“makcik jangan risau. Saya yang jatuhkan hukuman dan saya bagitahu makcik ni betul2 ni, tak ada sebarang kepentingan pun. Lawyer tu mereka nak duit aje…”

Si anak selepas habis berfikir bersama si ibu, akhirnya mengaku bersalah dan seperti yang ditulis di atas hee…keluar sahaja daripada chambers tuan, si ranjit dan ulat2nya terus menarik makcik tersebut dan menyuruh si anak menukar pengakuan.

Jeng3…kunun2 jadi penyelamatlah…gue sama Nurul meluru kea rah makcik tersebut dengan meyakinkan mereka untuk tidak mengikut kehendak si lawyer…

“makcik sendiri dah dengar dari tuan magistrate kan…jangan risau…lawyer memang tuttt…. ;p” (kutuk profesion sendirik)

Kawan gue si Nurul pula geram sambil memarahi si anak…

“hish kamu ni…lepas ni belajar rajin2, kesian mak kamu ni susah2 cari duit untuk belajar kamu buat hal pulak…”

Budak tu menunduk je…dalam hati gue, ceyh…memang muke budak tu macam budak jahat pong, besau nanti tak tahulah jadi apa…heh tak baik betul gue…tapi nak wat cano…he’s been given options to choose, whether to continue doing bad things or change for his own future takes!

Doakan dia dan mereka yang lain berubah…merekalah yang akan memimpin masa hadapan…siapa lagi kalau bukan mereka…dan kita2 yang ada ni berilah contoh yang terbaik…yelah..memang susah nak jadi seperti pemuda pemudi zaman nabi dulu…the best that we can do, do the best that we can people…ayuh!

0 comments: