Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 16, 2011

untuk kamu! ^_~v

ya! matahari ciptaan Allah itu hanya satu...

Allah ciptakan matahari nan satu untuk menerangi dunia kala siang menjelma...

di malam hari pula, Allah ciptakan bulan untuk menggantikan tugas si matahari...

bulan...cahayanya yang sedikit malap berfungsi sebagai tanda malam itu, rehat masanya...

macam lagu saujana itu,

'...bukankan Tuhan, ciptakan malam untuk beradu, menanti siang...'

orang sekarang samakan seseorang yang penting dalam hidup sebagai seumber matahrinya...sumber pemberi kekuatan seperti matahari memberikan sumber cahaya kepada bumi...

kebiasaannya muda mudi menggambarkan kekasih mereka seperti itu...seperti dalam lagu matahari ku itu

tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

dengarlah matahariku suara tangisanku

ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu
dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

lagu tersebut mngenai seseorang yang ditinggalkan kekasih...

sesiapa yang baru sahaja break-up, terutamanya si perempuan mesti bersedih apabila mendengar lagu ini mengingatkan kekasihnya yang telah meninggalkannya....heee

jangan macam2...dalam konteks ini, mataharimu itu bisa digantikan dengan yang lain yang pasti lebih bersinar jika 'si dia' adalah betul2 jodohmu...

usah bercelaru, usah kau bingung...jodoh itu kan rahasia Allah...insyaAllah when the time comes, kamu pasti akan lebih bersinar bersamanya sehingga ke syurga! heee

mungkin 'gerhana' sementara yang Allah beri ini adalah supaya kamu koreksi diri, perbetulkan jalan dalam hidupmu...

pastikan 'priority' kamu yang sebenarnya...letakkan priority utama kamu di hadapan dan begitulah seterusnya...

p/s: renung2kan dan selamat beramal! heeeh....

Sunday, May 15, 2011

bebudak sis yang GILA!

ada sebuah sekolah budak2 lelaki di ipoh...sekolah itu boleh dikatakan not bad jugalah walaupun pelajar2nya tidaklah 'bagus' sangat heh :p al- kisah, di suatu malam yang tenang, saya yang tiada kerja ini saja menyemak kat page alumni sekolah mereka dan saya...baru sahaja saya muncul...asyik hendak dibahankan mereka...adehla...memang gila...baru je msuk dah esok dan seterusnya ada antara mereka yang add saya di laman muka-buku....adehla...yang kelakar itu, dan2 tula mereka nak tukar nama yg sebelum ini mereka guna nama yang lain....kalau nk diceritakan di sini akan perangi gila mereka itu memang tidak terkatalah...sabar sahajalah...menyesal gue interframe itu hari...tobat takmo join dah...ini dah dah menyepi ni sibuk pula dok memanggil2..adehla...

sori...xtaw nak tulis apa...sebenarnya nak tekankan di sini bahawa budak SIS mmg GILA!

Tuesday, May 10, 2011

lelaki baik

Lelaki Baik
Menjadi lelaki adalah amanah,
seperti menjadi menteri.
Lelaki baik punya ciri.
Baik agamanya bagai ajaran nabi.
Lurus hidupnya tegak lisan bagai gigi.
Akalnya cerdik mengenal batasan ilahi.

Menjadi lelaki adalah anugerah,
bagai menjadi wali.
Punya beban dakwah,
rezeki dicari sehari-hari.
Rumah bukan sarang tetapi tempat pulang.
Jalanan bukan kubang tetapi jadi laluan.

Menjadi lelaki adalah payah,
bagai menjadi petani.
Menyemai benih pada isteri.
Membaja anak dengan bakti.
Membajak jerih dengan harap
pohonan berbuah.
Anak isteri hiasan yang dipersoalkan
di kemudian hari.

Itulah kisah menjadi lelaki.
Lelaki yang baik,
baik pada isteri,
baik di hati,
baik di bumi,
lelaki dinanti.

Siddiq osman
2 Febuari 2010

baik ke?

Sewaktu berjalan-jalan suatu masa dahulu, terlihat akan ku seorang lelaki dengan gaya ala-ala lelaki ganas, berpakaian serba hitam dengan besi2 bagai di badan, menghulur wang kertas kepada makcik2 yang duduk di tepi2 jalanan itu…wah…macam tidak percaya sahaja…(nota untuk diri sendiri: itulah, org puteh kata ‘don’t judge a book by its cover’ huk2) dan dengan itu, terlintas difikiranku, macam mana nak tahu sama ada lelaki itu baik atau tidak…tengok pada luaran pun salah, tidak tengok pun salah…aduhaiii....

Tengok rancangan Cari Menantu 2 hari itu, ada temuramah dengan sekalian perempuan mengenai calon pilihan suami idaman…macam biasa…pilihan tipikal,

i. Hemsem
ii. Baik
iii. Educated
iv. Memahami
v. Pandai ambil hati
vi. Bla3…

Sedang tiada kerjaan untuk dilakukan, gue pun meng’google’ tentang topik ini…ini ada terjumpa petua mencari lelaki yang baik,

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Ehem….ehem… agak2nya siapa yang ada ciri2 begini ye?



asyraf imam muda? opkos! tapi tetttt sudah tidak available heee



ashraf muslim kah? oopsie..cannot2...baru sahaja bertunang hari itu huuuu

ohhhh....siapakah...dimanakah....bestnyeee kalau dapat macam fahri ngeee~~~



ada syiapa2 yang sudi menjadi fahriku? hehehe ^_~v

nota kaki: tajuk ini sudah berkurun nak di'upload'...baru ada ide hendak menaipnya gugugu huuu

Sunday, May 08, 2011

selamat semuanya!

selamat hari ibu
untuk
puan rokiah sahidan!

selamat hari lahir
untuk
incik airilhazlie abdullah

selamat hari anggota bomba
untuk
sekalian bomba! heh~

Wednesday, May 04, 2011

Cuti-cuti selepas belajar

Kawan2 ada yang ke Tioman,

Teman-teman sebilik ke Phuket,

Ramai juga yang lain2 sibuk nak bertunangla, kahwinla,

Saya?

Hehehe

Stuck dgn ini budak! Adehlaaa~