Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 18, 2015

Rajin Masak?

Sejak berkahwin ini kena la rajin masak sikit (baca: sikit je tau).

Masa bujang dulu senang je hidup sebab fikirkan diri sendiri je tak perlu nak pikir perut orang lain.

Contoh perut lapar tengah-tengah malam, malas masak so tak payah la masak. Tidurkan diri dan makan esok pagi je. Tapi masa belajar dulu tahan makan jugak sebab nak jimat kan sebab tu la x masak (baca: Alasan cantik sikit daripada nak kata malas walaupun malas sebenarnya itu)

heh...

So sekarang dah kahwin kena la rajinkan diri dan happy-happy untuk masak. Nasib makan malam tak payah nak masak oleh yang demikian kenala rajin buat sarapan pagi at least kan. Sarapan pagi tu jugakla yang boleh jadi bekal lunch untuk diri sendiri. Kecuali rajin sikit masakla lauk mlm tu or ibu masak lauk banyak so boleh tapau nasik lauk ke opis.

Kena la berjimatkan. Lagipun tengah nak menyahut seruan #bawabekalkepejabat. GST yang mendatang ni lagi la tak tau macam mana huru hara hidup nnt so better praktis dari sekarang kan huhu.

Masa bulan pertama tu rajin buat bekal roti. Hari2 roti hahahah kesian en. Hasben kena makan roti je. Tapi intinya i tukar-tukar la xdela sama je.

Bukannya terer masak tapi takla loser sangat sampai tak reti masak. Tapi kalau bab masak ni kena amek mood lama sikit.

Mood nak masak datang bila en. Hasben bagi setepek kata i asyik dok basuh-lipat-baju-je.

Basuh lipat baju je is my fave house chores. Masa belajar dulu membasuh baju menggunakan tangan adalah hobi yang boleh menghilangkan stress. kalau stress je basuh baju. Setel. Best kan hobi i? kikiki

So bila mood datang jenuh nak pikir menu hari2 supaya menarik dan tidak membosankan.

Macam semalam i buat spageti goreng dengan salad.

Harini i buat breakfast: Roti John + salad sebab roti banyak kat rumah dan salad pun ado laie.

Gambar seperti dibawah + ade bekal lunch nasi sebab ibu masak lauk banyak yay tengkius ibu. luv luv luv




Esok nak masak ape pulak utk breakfast ye?


0 comments: