Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 22, 2009

12 perlakuan baik kepada ibubapa

Perlakuan baik anak terhadap kedua ibu bapa menurut Imam Ghazali iaitu:

1) Mendengar kata mereka.

2) Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.

3) Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh
membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

4) Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan
di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk
sesuatu maksud.

5) Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.

6) Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.

7) Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit.
Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar
keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun
perbuatan.

8) Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa
berusaha meringankan beban mereka.

9) Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar
membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi
keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.

10) Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling,
marah atau masam muka.

11) Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.

12) Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan
izin mereka.
Wasalam... ..


Artikel ini di 'upload' sempena cuti semester yang panjang kepada semua mahsiswa yang sedang bercuti dan yang bakal bercuti...jadilah anak yang baik ye...janganlah asyik menyusahkan kedua ibu bapa kita...sekurang2nya ringan2kanlah bebanan mereka dengan sesuatu yang dapat membuatkan mereka tersenyum dan berbangga dengan kita ^_~ pandai cakap je saya hee tapi peringatan ini untuk diriku juga

kepada yang masih dalam minggu peperangan, teruskan perjuangan kalian...

all the best kepada sahabat2 yang sedang bertungkus lumus tu...bashir, laili, adib, haziq, pqah, anin, dan kepada semualah dan minta maaf jika tertinggal nama anda di sini..maafin gue ;p

Semoga kalian cemerlang fid dunya wal akhirah..maa taufiq wan najah!

0 comments: