Belakangan ini, aku amat ketagih bermain 'bukumuka' (^_^)...seperti yang lainnya, laman tersebut tidak kurang berbeza dengan laman2 kenalan yang lain...menghubungkan semula tali silaturrahim yang lama terputus, berjumpa semula teman2 lama dan baru sebentar tadi aku berjumpa dan bertanya khabar semula dengan 'sahabat pena' di sekolah dahulu...dia merupakan seniorku dan terima kasih kepadanya, bahasa inggerisku bertambah baik hari demi hari dek kerana pertukaran surat antara kami adalah dalam bahasa tersebut...
apa yang sedikit berbeza antara laman tersebut dengan yang lainnya adalah kerana laman tersebut menyediakan aplikasi interaktif menerusi pelbagai permainan yang dapat dimain bersama teman2...antara yang paling digemari aku adalah sorority life dan cafe world...dua permainan ini memang telah menyebabkan ku melupakan yang lain2nya huhu...(--')
selain bermain, aku tidak lupa juga mencari teman2 sekolah menengah dahulu...sudah lama terputus hubungan dan tidak bertanya khabar...melalui laman tersebut, dapatlah saya mengetahui secara tidak langsung perkembangan terbaru kesemuanya secara tidak langsung...apabila difikirkan, cara ini amat mudah dan cepat tetapi keburukannya ialah, kita tidak lagi bercakap secara langsung dengan mereka..berbeza tau! samalah seperti blog saya ini. terasa bersalah apabila mengetahui teman2 mengetahui perkembangan diriku hanya melalui blog ini...sepatutnya kami harus saling berhubung secara langsung...namun terima kasih kerana masih menggalakkan ku untuk terus merapu dalam blog ini yah ^_~v heee...(yep...u la lai ;))
melihat teman2 sekolah dulu...wah semuanya sudah 'berdua'...bak lagu acha tu...berdua lebih baik katanya...hee gembira melihat mereka masing2 gembira disamping yang tersayang...kawin2 tu, jangan lupa jemput ya! pada perjumpaan teman2 di iiu, saya and teman2 ada meyatakan 'siape yang kawin dulu ye?'...nak tengok dalam kls kite and dalam batch kite sape yang bertuah tuh heee...setakat ini...yang saya tahu, balqis asma saidah sudah bertunang! tahniah2...org sedang bertunang ini manis darahnya...hati2 ya...
well3..yelah...umur sudah 21 tahun...kalau zaman dulu sudah beranak pinak entah yang keberapa sudah...tensi je saya sekarang pabila pulang sahaja ke kampung, pasti makcik2 dok tanya..kamu bila? takkan tidak ada kawan2 kat tempat blaja nuh..cepat2la carinya...haisyhh...malas betul menjawab soalan tersebut...rilekla..mudo laie...keje belum lagi..rumah takde lagi...belum habis belajar lagi dan mahu sambung lagi...heh, Allah knows better...as for me yang taknak beranak ni x kesah...yong katenye mahu 18 anak jadinya gue kutip aja paling kurang 2 heheh
p/s: dah dapat sijil kaweng..dah boleh kaweng dah..tapi taknak beranak..cane? hahaha kasyian dehh
2 comments:
syok new moon!!
:P
syok new moon!!
:P
Post a Comment