Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 20, 2008

Dan Nok, Thailand.

Bagi yang tidak biasa, pasti anda tidak mengetahui akan kewujudan Dan Nok. Yang biasa didengari oleh kita mengenai negeri2 di Thailand atau lebih gemar ku panggil Siam adalah Bangkok, Hat Yai, Phuket, Songkhla, Yala dan Betong.

Jika kita ingin masuk ke Siam melalui Bukit Kayu Hitam, Dan Noklah yang akan kita jumpa. Berbeza jika kita melalui Gerik. Destinasi popular bagi rakyat kita untuk pergi membeli belah adalah Padang Besar. Namun membeli di sana kini tidak lagi menguntungkan kita rakyat Malaysia. Keadaan sudah berbeza berbanding dulu memandangkan mereka kini sudah pandai meletakkan harga yang tinggi kerana sudah memahami nilai mata wang kita berbanding mereka.

Secara peribadi, saya sendiri melihat dan mengalami perubahan sedemikian. Harga barang di sana tidak lagi seperti dahulu. Bagaimana saya mengetahuinya? Hemm…ceritanya begini.

Sejak kecil, setiap kali musim cuti sekolah, percutian memanglah amat menyeronokkan. Destinasi kegemaran ibu dan ayah untuk membawa kami pastilah Siam uhu…bukan sahaja kami dapat makan Tom Yam yang sedap amat, membeli barangan dengan harga yang murah, malah, kami dapat juga merasa melancong ke ‘luar negara’ kononnya. Diingatkan kembali, kakak ku pernah berlagak dengan kawannya dengan mengatakan bahawa dia menyambut hari lahirnya di luar negara. Pecah perut mendengarnya hehe tapi ianya betul kan?

Walaupun seringkali ke sana, kami tidak pernah bosan malah itulah yang dinanti setiap kali. Banyak pengalaman dan benda baru yang dipelajari apabila mengunjungi Negara Gajah Putih itu. Itu pada pandangan sayalah. Tidak tahu adik dan kakak saya bagaimana. Saya suka ke sana, menaiki tut2 (teksi mereka yang seakan van), makan buah berangan goreng, makan tomyam yang mengancam serta membeli baju, kasut dan lain2. Mungkin ketika itu masih kanak-kanak. Seronoknya sentiasa ada ;p

Itu dulu. Selepas kami sudah meningkat dewasa (ceewah ;p) ayah sudah semakin sibuk. Tiada masa lagi untuk kami berjalan2 seperti dahulu. Justeru itu, apabila sahaja ayah ada kerja di sempadan, ibu dengan segera bercadang untuk ikut serta. Bukan sahaja dapat membeli tetapi juga membawa kami berjalan2 merehatkan minda.

Sambil menyelam minum air. Begitulah perumpamaannya. 12 nov lalu kami ada ke sana. Tetapi ke Dan Nok sahaja. Dan Nok tidak lagi seperti dulu. Cadangnya untuk membeli-belah tidak menjadi kerana bazaar yang dahulunya menawarkan pelbagai barangan tidak wujud lagi. Melihat2 pakaian2 yang dijual di kedai2 sekarang adalah berbeza seperti dahulu. Semuanya mempamerkan baju yang seksi2 belaka…apa sudah jadi? Yalah…itulah yang dipakai mereka, itulah yang dijual atau mungkin begini, itulah yang dijual, itulah yang dipakai. Rosak2…itu jugalah yang sedang berlaku di negara kita. Lihat sahaja anak muda masa kini. Sedari kecil sudah dipakaikan pakaian sebegitu. Ibu bapa seperti apakah itu? Peniaga juga terlibat sama dalam isu ini. Sesuatu harus dilakukan sebelum ia lebih parah.

Berbalik pada kisah ku tadi, walaupun tidak dapat membeli apa2, namun saya amat berpuas hati dengan makan tengah hari di sana. Sedap sungguh. Tom Yam, Ikan stim, kerabu mangga dan semuanyalah…everything was superb…selepas ini bolehlah makan di sana lagi ^_^

Apa sahaja yang aku merepek ni. Otakku tidak berfungsi dengan baik sejak balik ke rumah ini. Banyak perkara harus difikirkan huhu…doakan aku bisa tabah yah :) Terima kasih kerana masih setia dengan ku…bersabarlah ya ;p






Dalam perjalanan...






posing di Duty Free :)





makan kat sini la..nyum2
























p/s: kakakku tidak percaya awalnya kami mengkhabarkan pemergian kami ke sana ;p

Monday, November 17, 2008

Girls’ day out

“ habis exam keluar jom?...”

Memang rutin kami begini setiap kali selesai peperiksaan akhir. Saya dan sahabat akan merancang untuk keluar bersuka ria untuk melepaskan tekanan yang kononnya setelah penat menelaah pelajaran dan setelah selesai peperiksaan akhir semester.

Aku? Aku selalunya gembira setelah usai setiap kertas yang ku jawab namun kali ini tidak. Aku ragu2 dan tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Tidak puas hati dengan jawapan yang telah ku berikan pada setiap kertas yang lalu. Ketidak puasan hatiku bertambah di saat akhir aku meletakkan pena ku untuk kertas akhir semester ini iaitu undang2 keluarga.
Hari itu, 7 November 2008. Hari di mana perancangan kami untuk keluar setelah tamatnya ‘peperangan’ yang menguji bukan sahaja mental tetapi fizikal kami ;p kalau diikutkan hati yang kunun2 sedang ‘berduka lara’ ini, ingin sahaja ku menarik diri daripada rancangan awal kami namun memikirkan aku sudah berjanji kepada teman-teman, tidak sanggup rasanya untuk mengecewakan mereka.

Justeru, ku kuatkan semangat melangkahkan kaki menuju ke destinasi bersama teman-teman yang setia :) destinasi kami adalah---KLCC. Antara yang dilakukan kami di sana adalah berjalan-jalan+bergambar+makan aiskrim+bergambar+makan2+bergambar+masuk beberapa kedai yang terpilih (hoho) yalah…tahu-tahu sahajalah. Bukan semua kedai di sana akan menerima kehadiran kami dengan senyuman…biasalah…itulah persepsi mereka terhadap orang-orang seperti kami yang pada mereka, di mata mereka, kami tiada apa-apa makna. Huhu bunyinya macam sangat menyedihkan, kan? ;p

Lantaran itu, saya bersama teman-teman telah sama-sama berjanji akan membuktikan bahawa kami pasti mampu membeli di sana. Bukan untuk menunjuk2, membazir atau apa tetapi sekadar hanya ingin memuaskan hati kami sendiri. Tidak salah kan?

Ketika di sana, saya telah bertugas sebagai ‘pemandu pelancong’ kerana di antara kami hanya saya sahajalah yang sering ke sana memandangkan KLCC merupakan tempat kesukaan ku untuk berjanji temu dengan buah hatiku ^_^

Mungkin pada kalian, apa yang kami lakukan ini hanya biasa-biasa sahaja namun tidak bagi kami kan? Kan? :)

The most interesting part is when it comes to ‘makan time!’ I like…yum2. Kali ini tidak seperti selalu. Kali ini saya memilih ‘Spaghetti Meatball Marinara’. Wah sedapnya… ;p


before ;p

after ;p tapi habis juga dengan bantuan teman2 ^_^

Destinasi seterusnya adalah jeng3…jusco wangsa maju…wihuu hehe…macam biasalah jika kami ke sana. Walaupun terdapat pelbagai tempat yang lebih besar untuk membeli tetapi jusco ini tetap menjadi pujaan hati kami ;p Bukan apa, harga yang ditawarkan adalah berpatutan untuk kami2 yang masih belajar ini. Di sinilah tempat di mana aku menghabiskan wang untuk membeli koleksi kasut-kasut ku ;p

Semasa entri ini ditulis, fikiranku agak kacau bilau dek permasalahan yang berlaku di sekitarku. Kemudian akan ku kongsi yah...sementara itu ku memohon kemaafan pada kalian jika entri kali ini agak kelam kabut dan tidak menarik. Dengan ini juga aku lampirkan gambar-gambar hasil tangkapan ku sepanjang perjalanan bersama teman-teman tersayang. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ^_^

Di awalnya aku mengatakan bahawa aku tidak bersemangat untuk meneruskan perancangan namun setelah ianya telah berakhir, aku berasa amat puas. Sangat2 berpuas hati dan perasaan ini juga diakui teman-teman dan dengan itu kami telah berkongsi kegembiraan dan pastinya akan meninggalkan secebis kenangan bersama sepanjang pembelajaran kami di sini.

Terima kasih Tuhan,

terima kasih kerana menganugerahkan ku teman-teman yang baik+penyayang+memahami dan segalanyalah.

Terima kasih teman! ^_^






































Tekanan yang sudah pergi

Peperiksaan akhirku telah berakhir 7 November yang lalu…alhamdulillah…bolehlah tahan…walaupun sepatutnya aku berasa gembira namun hati ku tidak. Kenapa? Usah ditanyalah…aku rasa aku tidak melakukan yang terbaik…kalau dikutkan hati memang rasa tidak bersemangat langsung namun dikuatkan jua kerana mengingatkan yang saya dan teman-teman sudah merancang untuk meraikan hari kami merdeka :)

Benarkah kami sudah merdeka? Merdeka sementara bagi saya. Selagi pengajian belum ditamatkan selagi itulah kami akan terus berjuang sehingga ke titisan dakwat pena yang terakhir.
Peperiksaan kali ini agak memberikan kami, pelajar tahun dua, tekanan. Orang Terengganu cakap tekanang ehe (teringat akan teman di matrik dulu yang sering menyebut ‘tekanang2’) Jadual peperiksaan yang agak padat menyebabkan kami kurang waktu untuk menelaah dengan lebih mantap sebagai persediaan. Memanglah, tidak dinafikan…persediaan awal itu amat penting dan perlu bagi kami tetapi…faham2 sahajalah…;p

Dengan persediaan yang agak kelam kabut, kami masih tegar menjawab di dewan peperiksaan yang dingin amat. Selama tiga jam suku kami di dalam sudah cukup untuk membekukan kami. Walaupun begitu, semangat kami tidak tergugat. Pena masing2 masih menari2. Ada yang khusyuk menulis jawapan2 yang sepatutnya mahupun ada juga yang mencipta ‘undang2 baru’ serta ayat2 indah yang mampu memanjangkan jawapan2 kami hehe ;p

Dan kali ini, semester ini, kulihat mata masing2 semuanya merah2 belaka…tidak cukup tidur akibat menekuni pelajaran sehingga tidak tidur…syabas kalian… mari kita bersama-sama doakan agar kejayaan milik kita bersama! ^_^

Monday, November 10, 2008

Back to hometown wihuu…

Aku sedang menaip di kantin mahkamah ni. Seronoknya dapat wireless kat sini. Suka3 :) Penat balik dari KL masih terasa. Penat peperiksaan akhir yang lalu pun masih ada sebenarnya. Tetapi yang seronoknya aku sudah pulang…^_^ kembali untuk berbakti kepada keluarga tercinta hehe…diharapkan agar cuti kali ini amat merehatkan minda secukup-cukupnya sebelum kembali semula ke semester baru yang amat mencabar huhu…

Nak tulis apa yah? Badan penat ide tidak ada…kemudian mungkin ^_^

Carilah Teman Yang Baik

"Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan." Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya cinta dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita. Mungkinkah setiap insan yang bersama kita itu ikhlas dan jujur pada persahabatan? Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu. Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan didalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh orang lain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal. Jangan terlalu memilih, kerana mungkin disebalik pasir itu ada mutiara. Jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita. Masakan disebalik madu itu ada racun. Hati yang telus, bila termakan racun tatkala menaruh madu, kelak hati itu akan tertutup untuk menerima oranglain. Itulah kekecewaan. Yang melukakan dan sukar dirawat. Hargailah setiap insan yang menerima diri kita walau apa jua keadaan. Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan. Terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka. Pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka. Oleh itu, berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal. Hanya Allah yang tahu pengakhirannya dan hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita. Biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita...

Sunday, November 09, 2008

Ghost Wars by Steve Coll

Aku habis membaca buku ini, ketika aku kepala aku sudah mampat dengan kes-kes jenayah yang membebankan otak. Bukan mudah memahami kes-kes yang menyesakkan pemikiran dek kesalahan si pelaku dan juga bagaimana sang hakim mencapai keputusan atau lebih kami kenali sebagai ‘ratio decidendi’ atau reasons for the decision dalam bahasa inggerisnya.
Monolog dalaman:
“ceh, konon-konon je. Padahal itu semua mesti dibaca untuk peperiksaan undang-undang jenayahku yang macam @#$%”

Ah, lupakan dulu perihal itu. Kemudian baru ku ceritakan yah :)

Akibat tekanan menjawab peperiksaan tersebut, aku yang masih belum ada semangat untuk menelaah subjek lain lantas menarik buku ini dari almari buku lalu tekun menguliti karya Steve Coll ini yang memang sedang dalam pembacaanku. Kelihatan ia juga meminta aku supaya cepat-cepat mengkhatamkannya.

Buku ini secara umumnya mengisahkan tentang peristiwa-peristiwa berkaitan yang berlaku sebelum kejadian yang pernah dan masih menggegarkan dunia iaitu peristiwa 9/11. Penulis berjaya memperincikan kisah mengenai bin Laden sejak dari awal hinggalah kepada kebangkitan beliau, dari perspektif beliau yang bagi saya amat menarik perhatian kerana ianya ditulis oleh seseorang yang boleh dikatakan ‘orang luar’.

Jika dilihat dari luaran sahaja, umum sudah mengetahui bahawa bahan tulisan Steve Coll ini amat berat untuk diproses minda. Namun begitu, bahan bacaan sebeginilah yang perlu diuliti selalu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan kita mengenai sesuatu isu penting. Menyedari akan hakikat inilah yang telah membuatku mempelbagaikan bahan bacaanku dan bukan lagi terhad hanya kepada novel2 yang menjadi kegemaranku.

Aku kini tidak lagi hanya membaca novel2 fiksyen sahaja. Ku selang-selikan pembacaan ku dari satu buku ke satu jenis buku yang lain. Dari novel2 ke bahan bacaan ilmiah mahupun bacaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

Daripada pemerhatian saya, kesedaran seperti ini amat kurang dimiliki oleh remaja kini. Mereka lebih menggermari karya santai yang sekadar hanya untuk suka-suka sahaja. Memang pada pandangan orang lain, apa salahnya kan…lebih baik begini daripada tiada budaya membaca langsung. Apa yang saya perkatakan ini hanyalah pendapat peribadi saya sendiri. Bukan apa, saya tidak gemar akan karya-karya cinta yang memualkan. Berdasarkan perbualan yang saya dengar daripada rakan-rakan saya yang membaca novel sebegitu, apa yang dapat saya simpulkan ialah, jalan cerita dalam novel2 tersebut adalah lebih kurang sama,

-watak utama lelaki adalah daripada golongan berada, manakala watak utama perempuan daripada golongan sederhana ataupun miskin dan begitulah sebaliknya

-selalunya akan ada kisah mengenai kahwin paksa, perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa. Dipermulaan kisah tidak suka, lama-lama…

-dalam masa ke arah penerimaan pasangan yang terpaksa itu, mesti ada adegan2 suspen (saspen ke? Hoho)

Selepas itu, macam2lah…dipusing2 cerita, balik2 begitu sahaja. bacalah sendiri baru tahu…saya belum mempunyai keinginan untuk membaca novel sedemikian…nanti2lah…seingat saya, novel cinta yang saya pernah baca ialah Ayat-Ayat Cinta yang popular itu…aku tidak tahu sama ada karya tersebut adakah termasuk dalam golongan yang telah kukritik. Yang aku tahu, aku sudah jatuh cinta padanya ^_^

Kepada yang belum mengenaliku, aku adalah penggemar karya-karya sastera. Dan penulis novel sastera yang amat aku kagumi adalah Faisal Tehrani. Aku suka hasil tangannya. Setiap karya beliau amat mengujakan dan sangat memberi maklumat dan informasi baru kepada ku. Mengambil satu contoh novelnya iaitu Tunggu Teduh Dulu. Saya definisikan buku itu sebagai buku yang sangat betik! :) Kenapa? Bacalah…

Berbalik kepada karya Steve Coll tadi. Apa yang sangat menarik bagi saya untuk dikongsi adalah ini…


Salem (Osama’s half brother) and other bin Ladens paid their way into elite British boarding schools and American Universities. On their wings of their wealth many of them moved comfortably and even adventurously between the kingdom and the West. Salem married and English aristocrat, played the guitar, piloted airplanes, and vacationed in Orlando. A photograph of the bin Laden children snapped on a cobbled Swedish street during the early 1970s shows a shaggy, mod clan in bell-bottoms. Perhaps because his mother was not one of Mohammed’s (Osama’s father) favored wives, or because of choices she made about schooling, or because of her boy’s own preferences, Osama never slipped into the jetstream that carried his half-brothers and half-sisters to Geneva and London and Aspen. Instead he enrolled in Jedda’s King Abdul Aziz University, a prestigious school by Saudi standards but one isolated from world affairs and populated by Islamist professors from Egypt and Jordan - some of them members of the Muslim Brotherhood or connected to its underground proselytizing networks.

Osama bin Laden was an impressionable college sophomore on a $1 million annual allowance during the first shocking upheavals of 1979. His teacher in Jedda included Abdullah Azzam, a Palestinian who would become a spiritual finder of Hamas, the Palestinian branch of the Muslim Brotherhood, the Islamist rival to the secular-leftist Palestine Liberation Organization. Another of bin Laden’s teachers was Mohammed Qutb, the brother of Sayyed Qutb, an Egyptian Islamic radical executed in 1966 for advocating his secular government’s violent overthrow. In these classrooms bin Laden studied the imperative and nuances of contemporary Islamic jihad.
“ I loved Osama and considered him a good citizen of Saudi Arabia,” Badeeb said.

The Badeeb family and the bin Ladens hailed from the same regions of Saudi Arabia and Yemen, Badeeb said. When Ahmed Badeeb first met Osamaat school in Jedda, before Badeeb become Turki’s chief of staff, bin Laden had “joined the religious committee at the school, as opposed to any of the other many other committees,” Badeeb recalled. “He was not en extremist at all, and I liked him because he was a decent and polite person. In school and academically he was in the middle.”
As the Afghan jihad roused Saudis to action, bin Laden met regularly in the kingdom with senior princes, including Prince Turki and Prince Naif, the Saudi minister of the interior, “who liked and appreciated him,” as Badeeb recalled it. And as he shuttled back and forth to Afghanistan, bin Laden developed “strong relations with the Saudi intelligence and with our embassy in Pakistan.” The Saudi embassy in Islamabad had “a very powerful and active role” in the Afghan jihad. The ambassador often hosted dinner and would invite bin Laden to attend. He “had a very good rapport with the ambassador and with all the Saudi ambassadors that served there.”

Prince Turki has acknowledged meeting bin Laden “several times” at these embassy receptions in Islamabad. “ he seemed to be a relatively pleasant man,” Turki recalled, “very shy, soft spoken, and as a matter of fact, he didn’t speak much at all.”

The Afghans regarded bin Laden as “a nice and generous person who has money and goof contacts with Saudi government officials.”

The chief of staff to the director of Saudi intelligence put it simply: “We were happy with him. He was our man. He was doing all what we ask him.”

For now.

Since the Gulf War in 1991, bin Laden now declared, the United States “has been occupying the most sacred lands of Islam: the Arabian Peninsula. It has been stealing its resources, dictating to its leaders, humiliating its people, and frightening its neighbors. It is using its rule in the Peninsula as a weapon to fight the neighboring peoples of Islam”. The Americans had declared war “on Allah, His Prophet, and Muslims”. In reply, the signatories of the manifesto “hereby give all Muslims the following judgment: The judgment to kill and fight Americans and their allies, whether civilians or military, is an obligation for every Muslim who is able to do so in any country.”


Bersediakah kita?