Jika kita ingin masuk ke Siam melalui Bukit Kayu Hitam, Dan Noklah yang akan kita jumpa. Berbeza jika kita melalui Gerik. Destinasi popular bagi rakyat kita untuk pergi membeli belah adalah Padang Besar. Namun membeli di sana kini tidak lagi menguntungkan kita rakyat Malaysia. Keadaan sudah berbeza berbanding dulu memandangkan mereka kini sudah pandai meletakkan harga yang tinggi kerana sudah memahami nilai mata wang kita berbanding mereka.
Secara peribadi, saya sendiri melihat dan mengalami perubahan sedemikian. Harga barang di sana tidak lagi seperti dahulu. Bagaimana saya mengetahuinya? Hemm…ceritanya begini.
Sejak kecil, setiap kali musim cuti sekolah, percutian memanglah amat menyeronokkan. Destinasi kegemaran ibu dan ayah untuk membawa kami pastilah Siam uhu…bukan sahaja kami dapat makan Tom Yam yang sedap amat, membeli barangan dengan harga yang murah, malah, kami dapat juga merasa melancong ke ‘luar negara’ kononnya. Diingatkan kembali, kakak ku pernah berlagak dengan kawannya dengan mengatakan bahawa dia menyambut hari lahirnya di luar negara. Pecah perut mendengarnya hehe tapi ianya betul kan?
Walaupun seringkali ke sana, kami tidak pernah bosan malah itulah yang dinanti setiap kali. Banyak pengalaman dan benda baru yang dipelajari apabila mengunjungi Negara Gajah Putih itu. Itu pada pandangan sayalah. Tidak tahu adik dan kakak saya bagaimana. Saya suka ke sana, menaiki tut2 (teksi mereka yang seakan van), makan buah berangan goreng, makan tomyam yang mengancam serta membeli baju, kasut dan lain2. Mungkin ketika itu masih kanak-kanak. Seronoknya sentiasa ada ;p
Itu dulu. Selepas kami sudah meningkat dewasa (ceewah ;p) ayah sudah semakin sibuk. Tiada masa lagi untuk kami berjalan2 seperti dahulu. Justeru itu, apabila sahaja ayah ada kerja di sempadan, ibu dengan segera bercadang untuk ikut serta. Bukan sahaja dapat membeli tetapi juga membawa kami berjalan2 merehatkan minda.
Sambil menyelam minum air. Begitulah perumpamaannya. 12 nov lalu kami ada ke sana. Tetapi ke Dan Nok sahaja. Dan Nok tidak lagi seperti dulu. Cadangnya untuk membeli-belah tidak menjadi kerana bazaar yang dahulunya menawarkan pelbagai barangan tidak wujud lagi. Melihat2 pakaian2 yang dijual di kedai2 sekarang adalah berbeza seperti dahulu. Semuanya mempamerkan baju yang seksi2 belaka…apa sudah jadi? Yalah…itulah yang dipakai mereka, itulah yang dijual atau mungkin begini, itulah yang dijual, itulah yang dipakai. Rosak2…itu jugalah yang sedang berlaku di negara kita. Lihat sahaja anak muda masa kini. Sedari kecil sudah dipakaikan pakaian sebegitu. Ibu bapa seperti apakah itu? Peniaga juga terlibat sama dalam isu ini. Sesuatu harus dilakukan sebelum ia lebih parah.
Berbalik pada kisah ku tadi, walaupun tidak dapat membeli apa2, namun saya amat berpuas hati dengan makan tengah hari di sana. Sedap sungguh. Tom Yam, Ikan stim, kerabu mangga dan semuanyalah…everything was superb…selepas ini bolehlah makan di sana lagi ^_^
Apa sahaja yang aku merepek ni. Otakku tidak berfungsi dengan baik sejak balik ke rumah ini. Banyak perkara harus difikirkan huhu…doakan aku bisa tabah yah :) Terima kasih kerana masih setia dengan ku…bersabarlah ya ;p
Dalam perjalanan...
makan kat sini la..nyum2
p/s: kakakku tidak percaya awalnya kami mengkhabarkan pemergian kami ke sana ;p
0 comments:
Post a Comment