Memang rutin kami begini setiap kali selesai peperiksaan akhir. Saya dan sahabat akan merancang untuk keluar bersuka ria untuk melepaskan tekanan yang kononnya setelah penat menelaah pelajaran dan setelah selesai peperiksaan akhir semester.
Aku? Aku selalunya gembira setelah usai setiap kertas yang ku jawab namun kali ini tidak. Aku ragu2 dan tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Tidak puas hati dengan jawapan yang telah ku berikan pada setiap kertas yang lalu. Ketidak puasan hatiku bertambah di saat akhir aku meletakkan pena ku untuk kertas akhir semester ini iaitu undang2 keluarga.
Hari itu, 7 November 2008. Hari di mana perancangan kami untuk keluar setelah tamatnya ‘peperangan’ yang menguji bukan sahaja mental tetapi fizikal kami ;p kalau diikutkan hati yang kunun2 sedang ‘berduka lara’ ini, ingin sahaja ku menarik diri daripada rancangan awal kami namun memikirkan aku sudah berjanji kepada teman-teman, tidak sanggup rasanya untuk mengecewakan mereka.
Justeru, ku kuatkan semangat melangkahkan kaki menuju ke destinasi bersama teman-teman yang setia :) destinasi kami adalah---KLCC. Antara yang dilakukan kami di sana adalah berjalan-jalan+bergambar+makan aiskrim+bergambar+makan2+bergambar+masuk beberapa kedai yang terpilih (hoho) yalah…tahu-tahu sahajalah. Bukan semua kedai di sana akan menerima kehadiran kami dengan senyuman…biasalah…itulah persepsi mereka terhadap orang-orang seperti kami yang pada mereka, di mata mereka, kami tiada apa-apa makna. Huhu bunyinya macam sangat menyedihkan, kan? ;p
Lantaran itu, saya bersama teman-teman telah sama-sama berjanji akan membuktikan bahawa kami pasti mampu membeli di sana. Bukan untuk menunjuk2, membazir atau apa tetapi sekadar hanya ingin memuaskan hati kami sendiri. Tidak salah kan?
Ketika di sana, saya telah bertugas sebagai ‘pemandu pelancong’ kerana di antara kami hanya saya sahajalah yang sering ke sana memandangkan KLCC merupakan tempat kesukaan ku untuk berjanji temu dengan buah hatiku ^_^
Mungkin pada kalian, apa yang kami lakukan ini hanya biasa-biasa sahaja namun tidak bagi kami kan? Kan? :)
The most interesting part is when it comes to ‘makan time!’ I like…yum2. Kali ini tidak seperti selalu. Kali ini saya memilih ‘Spaghetti Meatball Marinara’. Wah sedapnya… ;p
before ;p
after ;p tapi habis juga dengan bantuan teman2 ^_^
Destinasi seterusnya adalah jeng3…jusco wangsa maju…wihuu hehe…macam biasalah jika kami ke sana. Walaupun terdapat pelbagai tempat yang lebih besar untuk membeli tetapi jusco ini tetap menjadi pujaan hati kami ;p Bukan apa, harga yang ditawarkan adalah berpatutan untuk kami2 yang masih belajar ini. Di sinilah tempat di mana aku menghabiskan wang untuk membeli koleksi kasut-kasut ku ;p
Semasa entri ini ditulis, fikiranku agak kacau bilau dek permasalahan yang berlaku di sekitarku. Kemudian akan ku kongsi yah...sementara itu ku memohon kemaafan pada kalian jika entri kali ini agak kelam kabut dan tidak menarik. Dengan ini juga aku lampirkan gambar-gambar hasil tangkapan ku sepanjang perjalanan bersama teman-teman tersayang. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ^_^
Di awalnya aku mengatakan bahawa aku tidak bersemangat untuk meneruskan perancangan namun setelah ianya telah berakhir, aku berasa amat puas. Sangat2 berpuas hati dan perasaan ini juga diakui teman-teman dan dengan itu kami telah berkongsi kegembiraan dan pastinya akan meninggalkan secebis kenangan bersama sepanjang pembelajaran kami di sini.
Terima kasih Tuhan,
terima kasih kerana menganugerahkan ku teman-teman yang baik+penyayang+memahami dan segalanyalah.
Terima kasih teman! ^_^
0 comments:
Post a Comment