Peperiksaan akhirku telah berakhir 7 November yang lalu…alhamdulillah…bolehlah tahan…walaupun sepatutnya aku berasa gembira namun hati ku tidak. Kenapa? Usah ditanyalah…aku rasa aku tidak melakukan yang terbaik…kalau dikutkan hati memang rasa tidak bersemangat langsung namun dikuatkan jua kerana mengingatkan yang saya dan teman-teman sudah merancang untuk meraikan hari kami merdeka :)
Benarkah kami sudah merdeka? Merdeka sementara bagi saya. Selagi pengajian belum ditamatkan selagi itulah kami akan terus berjuang sehingga ke titisan dakwat pena yang terakhir.
Peperiksaan kali ini agak memberikan kami, pelajar tahun dua, tekanan. Orang Terengganu cakap tekanang ehe (teringat akan teman di matrik dulu yang sering menyebut ‘tekanang2’) Jadual peperiksaan yang agak padat menyebabkan kami kurang waktu untuk menelaah dengan lebih mantap sebagai persediaan. Memanglah, tidak dinafikan…persediaan awal itu amat penting dan perlu bagi kami tetapi…faham2 sahajalah…;p
Dengan persediaan yang agak kelam kabut, kami masih tegar menjawab di dewan peperiksaan yang dingin amat. Selama tiga jam suku kami di dalam sudah cukup untuk membekukan kami. Walaupun begitu, semangat kami tidak tergugat. Pena masing2 masih menari2. Ada yang khusyuk menulis jawapan2 yang sepatutnya mahupun ada juga yang mencipta ‘undang2 baru’ serta ayat2 indah yang mampu memanjangkan jawapan2 kami hehe ;p
Dan kali ini, semester ini, kulihat mata masing2 semuanya merah2 belaka…tidak cukup tidur akibat menekuni pelajaran sehingga tidak tidur…syabas kalian… mari kita bersama-sama doakan agar kejayaan milik kita bersama! ^_^

0 comments:
Post a Comment