Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 22, 2009

Apabila Pintu Diketuk

Tok3…pintu bilik di ketuk orang…siapa agaknya itu…selalunya apabila berada di compartmentku, aku yang paling malas menyahut panggilan pintu. Tahu sahaja pasti orang sedang berjualan. Selalu sahaja aku yang membuat pengumuman percuma dalam bilik…’sape nak beli spageti, mee kari, sandwich..’ dan tidak tahu mengapa si penjual menggelakkan ku. Suara terlalu merdu untuk berjualan mungkin hohoho ;p

Kali ini pintu diketuk tatkala ku sedang menggosok baju jadi pantas sahaja tangan memulas tombol pintu. Berdiri di luar sambil tersenyum bukan sekumpulan sister biasa tetapi seorang makcik yang luar biasa ‘beli nak, murah je ni, ubi blackpepper ade dan banyak jenis kerepek ni ha…tengok2 la nak..murah je ni…’

Selalu senang sahaja aku menolak. Bukan apa, perut sudah terisi, jadi kehadiran mereka tidak bererti lagi…tapi kali ini rasa kasihan terhadap makcik tersebut lantas ku membeli dengan niat untuk membantu walaupun di dalam kepala ni kerap mengatakan ‘rugi je beli...sikit tp mahal’

Huhu jahatnya aku. Nak buat baik tapi tidak berapa nak baik. Apalah nak jadi dengan diri ini huhu…selalu sahaja terfikir, bagaimana untuk melakukan kebaikan dengan seikhlas hati. Kadang2 terfikir, adakah kebaikan yang dilakukan selama ini hadir dari hati yang tulus ataupun sebaliknya…harapnya tidak begitu…dan aku akan berusaha ke arah itu, insyaAllah…

Mengimbas kembali kejadian di Tesco ketika menemani ayah berbelanja untuk keperluan rumah menjelang hari raya yang lalu. Seperti biasa, berkotak2 air kotak pasti akan dibeli untuk tetamu yang bakal hadir pada rumah terbuka kami. Ketika sedang membantu ayah menyorong troli, seorang makcik kategori nenek berbangsa cina mampir ke sisi sambil mengeluh minta dibantu. Aku sebagai seorang; anak muda yang prihatin akan keadaan nenek tersebut+warga Malaysia yang mempunyai pendidikan moral yang tinggi, serta seorang Muslim yang ingin menunjukkan contoh yang baik berasa amat bertanggungjawab lantas membantu nenek tersebut dengan bakulnya yang penuh terisi sehingga sampai ke kaunter bayaran.

Bukan untuk menunjuk2 baik. Bukan. Tidak sama sekali. Cuma sejenak terfikirkannya apabila ayah berkata:

‘Cube fikir, nape dalam banyak2 orang kat sini die mintak tolong kat angah. Nape x kat org len?’

Rasa2nya apa yang kalian fikirkan tentang itu? Aku? Entahlah…mungkin kerana aku ini tidak berapa nak baik? Hemm…mungkin ini salah satu cara Maha Pencipta ingin menegurku dan memberikan petunjukNya kepada ku hambaNya yang lemah dan serba kekurangan. Wallahualam…

2 comments:

wynn said...

sebab ko poyo. hahahahhahahahaha *gelak guling2*

oit. tesko kan boikot!

Heaven113 said...

mase tu x boikot tesco lg la mcik