Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, June 30, 2009

Recently Read…


Life of Pi is a fantasy adventure novel written by Canadian author Yann Martel. In the story, the protagonist Piscine "Pi" Molitor Patel, an Indian boy from Pondicherry, explores issues of sexuality, spirituality, and practicality from an early age. He survives 227 days after a shipwreck, while stranded on a boat in the Pacific Ocean.

---Buku tentang kehidupan yang amat menarik untuk diladeni pada saya...namun begitu, terjumpa akan saya dalam karya En. Martel ini yang mengisahkan bagaimana watak utama menggambarkan agama Islam dan ianya seperti yang saya petik di bawah ini.

Pi then explains how he became a Muslim at age fifteen. It began when Pi met a Muslim baker and mystic, a second Mr. Satish Kumar, who, in the middle of a conversation with Pi, excused himself to pray. Pi watched the routine and returned later to ask the baker about his religion; the baker explained that Islam is about the Beloved. Pi began to pray with Mr. Kumar and to visit a local mosque.

I Quote:
“Islam had a reputation worse than Christianity’s – fewer gods, greater violence, and I had never heard anyone say good things about Muslim schools…”

Saya petik ayat di atas seperti yang dituturkan oleh Pi, si Protagonis. Dia menggambarkan Islam seperti di atas. Yang pasti bukan dia sahaja yang berfikiran sedemikian bukan?...mungkin ramai yang berfikiran sedemikian bagi yang belum mengenali Islam yang Agung dan suci ini.

Justeru itu, kita yang Muslim ini mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka...jangan dihalang niat suci mereka untuk mengetahui Islam dengan lebih dekat dengan perangai2 buruk kita...yang buruknya kita..bukannya agama Islam.

Ada kisah daripada seorang penceramah Cina Muslim yang saya sudah lupa namanya menceritakan bahawa dia amat marah apabila dia ke pejabat agama untuk mengucap dan beriman dengan Islam namun ini reaksi yang diterima oleh pegawai di pejabat agama tersebut...

"mana itu perempuan Melayu?"

Patutkan reaksi sedemikian dilemparkan terhadap Muallaf tersebut? memangla kebanyakkannya menerima Islam kerana ingin berkahwin tapi tidak semua kan? Penceramah tersebut mengatakan, "saya masuk Islam selepas saya betul2 mempelajari Islam dan mengenalinya jauh lebih baik dari org Melayu itu sendiri"...

Ya, saya setuju akan kenyataan tersebut...malu sendiri apabila para muallaf adalah lebih bagus daripada kita yang lahirnya Islam...mereka lebih fasih dah lebih hafiz daripada kita...mengingatkan itu, haruslah kiranya bermuahsabah diri dan mempertingkatkan segala ilmu dan amalan...bukan untuk bertanding..tidak...memang itu tugas kita sebagai hamba Allah yang daif ini...

Ini belum lagi dibicangkan tentang Melayu itu sendiri...kalau Melayu sahaja mestilah Islam agamanya...benarkah? panjang diskusi tentang ini nanti hatta artikel2 dalam perlembagaan juga pasti terkeluar heee...tentang itu..kemudianlah ya? jangan marah ;p

berbalik kepada si Pi itu tadi, dia mendapat hidayah ketika melihat en. Kumar si pembuat roti meminta diri untuk bersolat selepas berkumandangnya azan. Agak menarik cara si pengarang menceritakan bagaimana seorang Muslim itu bersolat, sujudnya, rukuknya...lengkap...si Pi itu pula dengan senang hati berkata lebih kurang beginilah..."Oh...senang sahaja solat org Muslim ini...seakan2 yoga yang diamalkan oleh penganut Hindu"

Justeru itu, sememangnya Pi mendapat hidayah. Dia menjadi Muslim yang baik. Itu dipuji oleh Imam di masjid yang selalu dia tunaikan solat Jumaat...sedihnya, dia juga penganut hindu dan kristian yang baik. setiap hari ahad ke gereja dan juga tidak pernah tinggal upacara di kuil. Dia juga dipuji oleh pendita2 kedua2 agama tersebut...

Dia akhirnya 'kantoi' apabila ketua ketiga2 agama bertembung sekaligus dengan bapa si Pi itu...lantas, dengan kuasa veto yang dimiliki, bapanya mengisytiharkan yang anaknya Hindu seperti dirinya...Pembelaan daripada Pi, dia amat cintakan agama dan merasakan ketiga2 agama adalah baik untuk dirinya malah dia ingin lebih kalau mungkin...alahai Pi...mahu dilabel apa kamu ya?

maaf ya en. Martel...kupasan mengenai agama si Pi itu lebih saya bincangkan disini. Kisah Hidup si Pi ini banyak lagi alkisahnya...amat menarik...cubalah kalian mencuba cebisannya ya! ^_^



Ini satu lagi...Empire Falls...saya mengambil masa yang agak lama untuk menjamah habis buku ini...terus terang sukar untuk saya memahami kisah tersebut tentang apa sebenarnya...yang saya tahu, Empire Falls merupakan sebuah tempat atau pekan kecil yang dimiliki oleh sebuah
keluarga Whiting yang kaya-raya...ada siapa2 yang bisa ceritakan kembali kepada saya heheh maaf ya en. Russo...saya akan cuba buat kali kedua di masa2 akan datang insyaAllah...

0 comments: