Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 04, 2016

Women


Thursday, August 18, 2016

Peristiwa Februari

Salam 'alaik people!

Hari ini saya ai nak throwback sikit sempena next holiday yang bakal tiba untuk saya...hurrah! I'll be away from saturday to tuesday so kindly dont miss me yah haha...

Februari tahun ni menarik sikit sebab tahun adalah tahun dimana wujudnya kembali 29 februari. Happee birthday to mereka2 yang sambut especially to my remy sehak yang tak tua2 dalam cerita kru tu hikhik...

This year's 29th februari alhamdulillah saya telah selamat sampai ke tokyo hoyeahhhhhh....

untuk cerita pasal tokyo tunggu yaaa...bagi i berholiday dulu. ciao!



p/s: read 5 books jyeah!

Monday, August 15, 2016

#Kongsi Resepi: Terung Sambal Cili Padi

Ola...

Sempena kemenangan Usain Bolt harini, i nak kongsi resepi seperti yang tersebut di atas. Actually tiada kaitan pun dengan that fastest man alive tapi saja ja tumpang gumbira hari ini sebab satu dunia dok sorak dia kan...

Yelah, dia dari jamaica dan bendera dia kaler hijau kuning, so resepi ni kita guna cili padi kaler hijau okay!

Resepi mudah giler ni i terjumpa kat fb ada kawan share. I suka terung dan pedas jadi masa di share tu terliur ngat2.

Bahan-bahan adalah seperti berikut:-

2 Biji terung (potong ikut suka)
20 biji cili padi (i suka pedasss)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
garam, gula dan asam keping

Cara2:-
- Cili padi + bawang2 + ikan bilis diblend jangan hancur sgt.
-tumis bahan blend, make sure cili tu masak then masukkan terung dan perasakan.

Tadaa siap!

Memang kompem pedas wehhhh... masa bulan puasa itu hari sebab my mom x makan pedas jadinya i buat cili tu asing dengan terung. terung tu bakar je dalam oven kekonon menu sihat dan pedasnya mmg ya ampun tapi sedah ummphhh...adik i yang kecik tu pun makan bertambah dan siap request suruh buat lagi tehehehe...

So cuba lah ya.

p/s: Nak tambah kiub ikan bilis pun bolehhh...dan kalau nak bagi tanak pedas sgt tambahkan tomato dan blend skali bagi dia kurg pedas sikit yaa...

Silahkan dicoba ;)

gambar sekadar hiasan. tiada kaitan dengan terung yang saya korbankan masa bulan ramadhan ituhari 

Friday, August 12, 2016

Entri Dedikasi #3 : Si Sengau

Salam 'alaik people!

Entri dedikasi seterusnya ini adalah ditujukan khas kepada adik angkat iols, Syed Putra atau nama manja dia ai bagi Si Sengau sebabnya masa kat sis dia kata dia shoutul faizin (poyo betul kan kekonon sore sedap) dan dia panggil ai kak senget kahkah...

Historically kami kenal masa sekolah rendah. Opkos i senior okay. Dia famos amos sebab budak lompat then kapel ngan anak ostat haha ;p

Tup tap tup tap jumpa balik masa i tengah jadi kakak fasilitator (poyo tul) untuk satu program kat matrik uia. masa tu i dah kat gombak. Program dekat CFS, Nilai. Actually adik angkat i ni orang lain (baca: nanti i cerita dalam entri dedikasi untuk dia ya). Kawan rapat dengan si sengau ni. Ate berkepit je ke mana, dalam group tetiba tetiba ai cakap kat diorg, eh, uols sekolah seri ek?

Dek kekonon poyo hebat time tu alang2 amek jela jadi angkat disamping boleh membantu mereka bila perlu nanti. Yelah, mereka pun junior sekolah rendah dulu apa salahnya tolong ye dak. En. Hasben salu marah istilah berangkat-angkat ni. Dia kata mana wujud angkat2 ni, ni semua kaver line untuk kapel. Ceh...poodah. Mana ada. Saya bukan camtu okay (walaupun time tu i tengah single kahkah).

Sebagai seorang kakak yg baik, selepas adik2 ni masuk main camp, i la yang salu tolong hantar amek diorg ni sebab ada kereta katakan. Pernah jugak balik ipoh sama, tong2 minyakla kan.

Suka budak ni sebab minat kami sama!


p/s: teringin adik lelaki kekonon kan hahah dapatlah yang dah besar terus senang. Memang salu buli si sengau ni mintak dia belanjakan buku dan yay dapat hahahahahah...sampai kini since dia di kl kalo iols x dapat pergi pesta buku akan mintak tolong dia neh... tengkiu sengau. Moga cepat kawen. udah2 lah tu keciwa dgn anak ostat tuuuu kbai

nota kaki: gambar tu curik kat fb dia. jgn saman ai ya sengau!

Thursday, August 11, 2016

^-~v


Sometimes indeed. It's the reason for us to live our life right? ;)

Thursday, March 31, 2016

Ragam ibu bapa dengan anak-anak kecil makan di luar be like...



I dun mind kalau makan kat luar bebudak tumpahkan semua benda and sepah2 because the wisdom behind it is that we do not need to clear them right? Kalau kat rumah memang ya ampun penat. Haha cakap macam ada anak but i knew it from observations and pengalaman orang sekeliling.

Yang saya benci lihat adalah bapak2...yang anak ramai kecik2 lagi semua, selamba makan je x hirau benda lain dah. Si ibu la yang x makan. Dengan tengah peknen, kena dukung anak yang kecik lagi, anak2 lain nak itu ini lagi...haishhh i marah betul bapak2 camni rase cam nak sepak pun ade. To make things worst yang bayar makanan tu tau sape? Ha tau2 jelah sape xyah den nak kabo.

Yang standard bapak makan dulu and mak kemudian gilir2 pegang anak is fine. Memang itulah caranya ye dak. Tapi ade satu couple ni cool gila. Kebetulan anak tgh tido. memula isteri pegang anak, suami g amek makanan semua. Then mereka dua2 duduk dan baringkan anak atas peha mereka dan mereka pun makan dengan cool kekonon tgh detim hahaha cool kan.

batman pun kalah weh

kbai...

p/s: sebenarnya harini mood lari sebab defence call today and judge bagi 10 hari je untuk ready (--'). I hate her. Truly. madly. deeply do.

Tuesday, March 29, 2016

Nomophobia, satu penyakit?

Ya, ini antara satu penyakit saya.



Baru je berlaku masa en hasben ambil nak pergi lunch tadi hahaha...happens everytime. Trauma jugak sebab pernah hilang phone dekat dalam cubicle toilet tu yang seriau tu. Hengpong dahla mahal sekarang wuwuwuwu...

Apekebende nomophobia ni?


Parah jadi orang sekarang ni kan? Bila keluar je jadi cam situasi kat bawah ni,


Lagi parah bila parents kita pun dua kali lima hooo....teringat dulu pernah post pasal adikku sikurus yang teringin nak hengpong. Masa itu dia 6 tahun kot. Dok usung remote tv and keep saying itula fon dia haha...

Bebudak sekarang ni hp ni macam satu keperluan tapi keperluan yang amat membimbangkan. Ade tertengok video adik ni telefon mak dia guna jam je gila canggih.

Kita dulu after spm baru dapat telefon. Itu pun hp tiga tiga sekupang. Dapat pun sebab pergi sambung belajar kat keyel. Itu pun masa ada hp tu kakak sedara bising2 time dia dulu mana pakai hp pakai telefon public je (baca: anak dia sekarang baru sekolah rendah pun dah pakai iphone uols (--')) 

Payah nak beza2 kan zaman dulu dengan sekarang. Kadang2 kena tengok aci ke x nak beza2 kan. Perasan x baby2 sekarang pandai gila main hp? takyah ajar deme lagi advance.

Mengikut kajian bukan kedoktoran saya, yelah dah ibu mengandung kini semua dok main hp so kirenya dari dalam perut baby tu dah praktis. xleh jugak nak salahkan bebudak tecik comey tu kan haha..

So note to myself nanti bila dah tiba masanya: jangan main hp!!!!! 

Sila baca buku banyakkkkkkkkkkkk...baca Quran everytime...zikir, menjahit, memasak, jawab soalan matematik, main sahibba, sudoku, dan senyummmmm selaluuuuu ;)

p/s: nasib kat ofis memang kak tun pasang radio ikim pheww ;p


Monday, March 28, 2016

Tale as old as time...la la la la la.....

Tale as old as time
True as it can be
Barely even friends
Then somebody bends
Unexpectedly


Kinda like my own story eh the lyrics?

Jyeah...very unexpectedly. It is me who decide my life by just going by the flow... just have faith, believe in it and let it sail you to the rightful destination. As for now, the key of happiness is, 

to read,
read,
and read!

Above all, please please don't forget to read Al-Quran. The Greatest Book of 'em All. (Note to myself: You to my dear, jangan asyik baca buku duniawi je (--') ;p)

Okay! Seperti yang anda sedia maklong, my dreams dari kecik teringin sangatttttt nak pergi Tokyo Disneyland and hoyeah 18 years later baru tercapai so u guys jangan berhenti berangan sebab satu hari nanti pasti berjaya, in sha Allah.

Full story on disneyland nntla kemudian cerita ya. Maybe akan buat whole story of my trip to tokyoooo yang best sangat (Nota untuk suami: jom pergi lagi)

Apa yang iols nak fokus di sini adalah: My Beautiful Belle ^_^v

Trip to tokyo actually 8 orang tapi hanya saya dan en hasben sahaja ke disneyland sebab yang lain mereka pergi ke disneysea. Nasib baik iols ada hasben yang baik hati lagi kacak yang sudi layankan je isteri fefeeling princess balik ke istana haha...

Misi utama di sana adalah mencari belle. Hampir mengalah sebab yang lain2 tu dah ajak balik sebab mereka bosan xde games nak main dah kat disneysea. So bila mereka dah kata nak ajak balik tu, cepat2 tarik hasben pusing area fantasyland and taraaa jumpa aurora. ceh...dah la sombong xmo bergambar sebab tiket nak begambar dgn dia dah habis.

So pusing lagi sambil2 melilau mata then ternampak gown kuning yang belle dok pakai tu di antara beberapa orang dikelilingnya...pergi dekat tengok alaaa budak kecik menyamar rupenya...pastu bulat mata when it is actually belle kat situ tapi dia pakai baju biasa dia tuuuu...ape lagi eksaited gilos tolak semua orang and manage to be in front.

Ya. i know it is kinda a childish n belle is actually a character from an animation only but please you guys kena cuba and you seriously will know how it feel. En hasben dia pun eksaited tetiba padahal dia bukan kenal belle pun haha...yang tersilap sikit i tak bawak buku kalau tak boleh suh belle sign wuwuwuw but okla dapat gak bergambar bila belle panggil kami n said, eh baju kita sama kaler so let's posed! 


gambar gegor sikit mungkin sebab minah jepun yang kami mintak tolong ni pun eksaited n jeles tengok kami dapat bergambar. Memang cantik betul dan very in the character. rasa nak peluk jeee haha tapi sebenarnya advantage kami, kami speaks english properly than the japanese so she understands us and thanks to en hasben sbb pakai topi sven tu so mmg nampak macam beast hahahahah ;p

if you ask me, of cos i will definitely come again! Belle jangan lupa kamiii yaaaaaaa....

tak sabar nak tunggu ceritanya keluar tahun depan yang mana my hermione will be belle ohyeahhh...double eksaited.

Filem tu keluar bulan Mac so yeay hadiah bday lagi weeeeeee...






Am flying in the air wihuuuuuuuu...

Last sekali pesanan penaja, jangan berhenti membaca yaaaaaa!


Me in disguise ;p

Monday, February 22, 2016

Friday, February 19, 2016

Peristiwa Januari

Tahun lepas masa Aeon Mall Klebang baru buka, kami sesaja singgah sana melawat kawasan. Antara kedai yang kami eksaited nak masuk adalah Kaison. Peghak sebab kat Ipoh takdak sebelum ni dan sebelum ni pergi kat Manjung aje.

So, macam biasa masuk kedai tu kalau x membeli sesuatu mesti tak sah. So nampak kalendar comel 2016 jadi i pun beli lah.

Dia ada banyak ruangan kosong plak kat kalendar tu so i decided to put pictures to summarize each month. Jadi ini lah dia peristiwa Januari saya...



Ok. Biarlah gambar-gambar itu berbicara sendiri. Kalau ada siapa2 tak paham tanya ya.

Kbai.

P/s: Hopefully buku yang dibaca bulan 2 ni bertambah ye awakkkkk 

Thursday, February 18, 2016

10 Tahun yang lalu

Apela yang i dok merapu dulu2 ni huahuahua...


Suka kopi? 

yesssss...

Especially like to torment lawyers? 

jyeah and am a lawyer myself (--")

...blergghhh...


Tuesday, February 16, 2016

#Kongsi Resepi: Puding Roti Nutella

Dah masuk tahun 2016. Macam biasa blog dah berhabuk baru gedik nak update semula hehehe...

Azam tahun baru?

Nak lebih rajin memasak.

Jadi demi menyeru semangat kearah keazaman tersebut, meh i kongsi resepi berikut:-


+


                                                                      =

Puding Roti Nutella ;)


Bahan2:-

-Beberapa keping roti (roti ikut suka nak gandum ka atau butterscotch ke atau apa2)
-Nutella
-1 1/2 cawan whipping cream (boleh tukar guna fresh milk atau susu cair)
-1/2 cawan gula pasir
-3 biji telur
-Kismis (optional, boleh letak choc chips kalau suka)
-Hirisan Badam (optional, any kekacang pun boleh)
-1 1/2 sudu teh ekstrak vanilla
-1/2 sudu teh garam halus

Cara2:-

1. Panaskan oven 160 darjah celcius
2. Sapu roti dengan nutella, potong & susun dalam tray
3. Make sure tray tu anda sapu dengan butter untuk elak melekat
4. Tabur kismis & badam
5. Untuk custard;
                           i.   pecahkan telur dalam bekas,
                           ii.  masukkan whipping cream, vanilla, gula & garam,
                           iii. kemudian whisk hingga sebati.

6. Tuang custard dalam tray, tekan bagi meresap
7. Tutup tray dengan aluminium foil
8. Bakar 30minit
9. Buka foil, bakar lagi 15minit.

Siap!

Nota kaki:-

* Resepi ini bukan milik saya. Saya belajar dari chef cilik yang sado dan baik hati dan kami mempunyai hubungan serius di alam maya ;p

* Gambar sekadar hiasan. Kalau nak tau rupa dia cemana sila buat dan lihat sendiri.

* Olah ikut kreativiti kalian. Jangan risau, pasti sedap!

* Sesuai untuk ubah selera daripada puding roti biasa.

* Sangat membantu untuk habiskan roti yang dah nak expired.

Selamat mencuba ^_~v