Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 09, 2008

Cakapku Lebih Baik Daripada Diammu

Pepatah mengatakan bahawa diam itu emas dan cakap itu perak, maksudnya masih lebih baik diam daripada bercakap. Tapi seorang sufi yg bernama Asy-Syibli punya hujah lain dlm mematahkan teguran seseorg yg menegurnya supaya diam, tidak bercakap.
Diceritakan bahawa pada suatu hari, Abu Bakar Asy-Syibli sedang berjln2 di negeri Iraq, dan mendengar seorg penipu berkata: " Diam lebih baik drpd bercakap."
Sedang Asy-Syibli sering bercakap krn utk mengajar, memberi nasihat dan menjawab pertanyaan2 dari org ramai.
" Kalau diammu sudah tentu lebih baik drpd cakapmu. Akan tetapi, cakapku adalah lebih baik dr diamku." kata Asy-Syibli. " Mengapa pula?" tanya si penipu.
Krn cakapmu adalah sia2 dan menipu, sedang diammu adalah lawak yg konyol. Sedang diamku adalah suatu kesopanan dan cakapku pula adalah mengandungi ilmu pengetahuan." jawab Asy-Syibli.
Al-Hujwari mengatakan: " Jika org bercakap benar, maka cakapnya adalah lebih baik dari diamnya, tapi jika org bercakap palsu, maka diamnya adalah lebih baik drpd cakapnya.

-wassalam-

0 comments: