Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 22, 2008

Sebelum graduasi…

my yummylicious ice blended capuccino ^_^

Hari ini hari terakhir kelas ‘Adab & Feqah dalam Kehidupan Seharian’ (Ethics & Fiqh in Everyday Life). Hari terakhir kami akan menghadiri kelas tersebut bersama pensyarah kami dari Turki yang baik hati ^_^

Aktiviti biasa yang kami lakukan selepas kelas tersebut adalah makan di kafe bersebelahan yang menyediakan makanan kesukaan kami iaitu…tauhu ^_^ nyum2…tapi mungkin hari ini juga kali terakhir kami makan di sini kerana selepas ini kami mungkin tidak lagi mempunyai kelas di sini. Tambahan pula, Fakulti Undang-undang yang agak jauh tidak memungkinkan kami kembali ke sini tanpa sebab yang munasabahlah.

Selesai berjalan-jalan di tempat yang dikenali oleh semua sebagai Centre, kami ternampak lori kuning itu…hehe…lori ‘Kopie Satu’ yang menyediakan pelbagai jenis minuman berasaskan kopi, my fave! Lama sudah tidak minum, jadi sebagai meraikan hari ini, saya dan sahabat masing-masing mendapatkan Ice Blended Capuccino yang sangat sedap…puas hatilah…

Bukan apa, saya dan sahabat saya ni ada macam-macam perancangan untuk dilakukan sebelum kami graduasi. Macam-macamlah usah ditanya, nanti kalian gelakkan kami pulak hehe…saya teringat kisah kakak saya dahulu ketika masih belajar di sini. Dia dan teman-teman pernah berkata salah satunya,

“Sebelum grad, kami nak try naik tangga batu caves tu…”

Ya, tangga batu caves yang tinggi melangit tu. Apabila kakak saya menyuarakan hasrat tersebut kepada Ibu, maklum balas yang diterima,

“ takde keje ke nak naik tangga tu..buang masa. Baik buat benda berfaedah yang lain…”

Hehe…sesekali terfikir juga, terfikir apa yang ada di sana, bukan mempunyai niat yang sama, cukuplah bagi saya menaiki ‘tangga batu caves’ di kampus saya sendiri ;p

Dalam pada itu, ketika sedang bercuti semester yang lalu, saya membantu makcik saya di kantinnya yang merupakan kantin mahkamah. Sementara di sana, saya berkawan dengan pengawal keselamatan di sana. Seorangnya lelaki melayu dan seorang lagi lelaki India. Di kesempatan yang ada, saya pernah bertanyakan kepada kepada lelaki India tersebut, Das namanya…tapi saya memanggilnya Devdas ;p

Saya: Apa yang ada kat dlm batu caves tu? Brapa bnyk tangga ye? Pnat tak?

Devdas: Entahlah saya pun tak pernah naik lagi..tak mahulah saya..penat saja buat pa

Rakannya yang melayu itu mencelah:

“ Dia ni Hindu murtad. Mane penah gi kuil. Dia siap makan lagi daging tuhan die tu”

Wah…begitu pulak. Tergelak saya mendengarnya. Ada jugak hindu murtad ye…ini merupakan kali pertama saya mempunyai kawan berbangsa India, beragama hindu yang murtad!

0 comments: