Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 16, 2008

Kantuk

Pertama kali saya mengenali perkataan ini adalah ketika membaca karya Faisal Tehrani. Ia adalah kata akar daripada perkataan mengantuk tetapi yang biasa kita gunakan ialah ‘ngantuk’ Minta maaflah kalau saya tersalah. Tak sempat untuk saya meneliti dengan lebih tepat dalam Kamus Dewan. Kamus Dewan bergerak saya pula ada di Jordan sekarang. Tambahan pula saya pun sedang mengantuk ni, jadi malas untuk mencari dan menelaah perkataan tu hehe ^_^

Mata jadi mengantuk kerana lega baru usai ujian Undang-Undang keluarga. Lega bukan kerana dapat menjawab dengan baik tetapi kerana tidak perlu untuk memikirkan ujian untuk subjek ini lagi ;p yang tinggal untuk difikirkan sebelum peperiksaan akhir semester ini adalah dua lagi pembentangan. Diharapkan kedua-duanya akan berjalan lancar.

Pertama kali saya mendengar kalimah ini keluar dari ibu saya ketika saya menelefonnya siang tadi,

Ibu saya: Saje je ibu kol tadi. Ibu ngantuklah. Nak tido jap.

Saya: Tak aci ibu nak tido. Nak tido jugaklah hehe…

Memikirkannya membuatkan saya tergelak sendirian. Ibu agak berbeza sedikit selepas dapat menantu ni hehe ;p

Situasi dua pula berlaku petang tadi. Saya geram dengan sahabat saya ni. Kami ber’SMS’ dan saya menceritakan masalah kepadanya. Mengharapkan dia akan memberi nasihatlah. Permulaannya baik tapi tiba2 dia senyap dan setelah seketika membalas:

Sahabat saya: ngantuk…

Rupa2nya saya seorang yang beria-ia bercerita sedangkan dia tidur rupanya…sabar sajalah huhu ;p

0 comments: